Archive for 'Breaking News'

Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Alahai TV3 dan Isu-Isu Tak Masuk Akal.

Siapa minat menonton TV3? Jika kalian peminat setia TV3 seperti Khai, pasti akan setuju dengan apa yang ingin Khai tuliskan di sini. Kalau nak tahu, tv kat rumah Khai ni tak pernahnya nak bertukar channel. Kalau boleh, biarkan je TV3 24 jam tak tutup-tutup. Tapi remote control yang rosak & bagai retak menanti belah turut memainkan peranan di sini gara-gara malas bangun nak tukar channel lain. Haha. Ini merupakan kritikan yang hanya ditujukan untuk TV3 dan bukan channel lain terutama RTM yang minta maaflah sebab tak sudi nak nengok. Berkenaan TV3, aku sebagai seorang lelaki pun dah cukup malu dengan lambakkan iklan tuala wanita di channel tersebut apatah lagi wanita?. Jika kita berfikir sendiri, adakah kaum wanita di Malaysia ini begitu bodoh dan malas untuk membaca sendiri label yang tertulis di pek tuala tersebut? Perlukah iklan untuk menjelaskan fungsi setiap jenis tuala dari keluaran Kotex?

scukz_blog_pad.jpg
Sudah semestinya, pihak pengiklan terlalu kaya untuk mengiklankan produk mereka. Tidak cukup dengan iklan, ada plak drama bersiri “Kisah Kaisara’ di mana bagi aku cerita tu kosong. Langsung takde faedah untuk nengok. Just for fun ok la. Jika kau peminat setia cerita tu, Ya, mereka telah berjaya memperdayakan kau dengan lambakkan wanita-wanita cantik yang tak abis-abis mempromosikan tuala istimewa mereka. Jika kau seorang yang peka, adakah logik untuk remaja simpan pad dalam locker? Dah tu berbungkus-bungkus dan macam-macam jenis plak tu. Locker ke mini market tu? Kaisara kasi 1 pack Kotex yang masih belum di buka untuk kegunaan kawan dia yang kemudian terus ke tandas. Bila dah siap pakai, logik ke pek yang dia pinjam tadi masih belum dibuka? Still in perfect shape and condition? Alahai, sape director dia ni? Hah, lagi satu ada ke awek-awek kat luar sana tu yang muka tak tahu malu nak pinjam pad kat kawan? Alahai.. cukuplah pasal iklan tuala wanita, 3R siap buat episod khas lagi baru baru ni. Open discussion lagi. Diharapkan pihak TV3 lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat Malaysia terutama kaum hawa. Tapi bukan Kotex je, ade StayFree la, Whisper la dan macam-macam lagi yang membuatkan kaum wanita di luar sana rambang mata tapi lelaki, sakit mata. Hahaha. Itulah zaman makin berkembang. Orang semua cakap, Open Minded la sket beb!! aku pun tak kisah sebenarnya, tapi korang yang perempuan tu, tak tahu la ada rasa malu ke tidak.

Lagi pasal iklan mempromosi Singapore. Kata tahun melawat Malaysia tapi mana iklannye oi? Apesal iklan visit singapore yang dah la panjang, pastu buat aku sakit hati yang asib keluar? Apesal sakit hati? Kau pun faham-faham je la ape lagi kalau bukan pasal pertikaian Pulau Batu Putih dan dua lagi pulau tu. Naik menyampah aku dengar. Senang-senang dua-dua tak payah amik. Biar je hantu duduk. Kalau ikutkan hati aku ni, kasi je la singapore yang sekangkang kera tu ambik pulau-pulau yang 100% confirm tenggelam kalau Tsunami kecil melanda. Tsunami melanda ye bukan sos tumpah melanda. Haha.. Tapi bukan kasi gitu-gitu je. Syaratnya Johor tak payah kasi Singapore air lagi. Kalau setuju, Deal!! Tapi apakan daya, hak tetap hak dan aku doakan Malaysia akan dapat semua Pulau tersebut dengan segala bukti yang Malaysia ada. Oi Singapore, nengok jarak pulau-pulau tu dengan negara kau pun, kau dah kalah la.

khai_blog_tv3.jpg
Menonton Buletin Utama setiap hari juga hampir jelak dengan isu-isu tak sudah. Isu penyapu? Aku simpulkan di sini, si dia (kau pun tahu sape) tak perlu nak ubah tanggapan masyarakat Melayu kita sejak beratus-ratus tahun lamanya tentang apa itu penyapu. Rasanya bukan kaum Melayu je yang ada tanggapan buruk dengan penyapu, tapi semua bangsa kot. Seperti yang kalian tahu, penyapu digunakan untuk sapu longkang, sapu najis, kejar korang keliling rumah kalau degil dan pendek kata, benda tu memang kotor la dan secara tak sengaja semua dah tahu penyapu tu bad luck. Perlu ke nak adakan ‘Anugerah Penyapu’ yang terang-terangan menghina pelbagai pihak. Tolong la jangan buat sesuatu yang kononnya baru tapi tak boleh diterima akal. Banyak lagi benda lain boleh dijadikan Anugerah walau nak memerli pun.

Then pasal masalah orang asing yang buat hal ni. Ape kejadahnye semua ini (cey, Khai aka Wan Kamarudin la beb). Apesal melambak diorang kat Malaysia ni? Aku rasa, kita semua dah tak payah susah-susah nak melancong pergi oversea lagi sebab kat sini pun dah rasa macam kat oversea. Diorang ni pun kadang-kadang kesian gak sebab dek kerana spyware seekor, abis rosak data se’hardisk’. Haha, peribahasa baru hari ini! Aku yakin yang cikgu-cikgu diorang masa sekolah dulu bukanlah terlalu pemalas untuk letak grade kelakuan kat sijik peperiksaan. Ape kata before masuk Malaysia, kita check dulu grade kelakuan diorang. Kalau grade “D” yang jahat nak mampus masa sekolah dulu, sepak je masuk laut biar berenang gi balik negara diorang. Then untuk indon-indon tu, suruh baca doa Qunut ke, Tahyat akhir ke, at least nampak yang mereka tu solat dan beriman yang tahu baik dan buruk. Idea aku ni nampak cam sengal je, tapi cuba praktikkan. Tapi kalau ikutkan hati aku dan mungkin juga kalian, suruh je diorang tu semua balik negara. Biar Malaysia ni ZERO pendatang haram mahupun halal. Lagi bagus kan idea tu? tapi lepas tu jom la kita warga Malaysia beramai-ramai panjat tinggi-tinggi buat bangunan ngan tar jalan tengah-tengah panas.. Nak tak? Kalau nak, ok je… hehe..

scukz_blog_himpun_haram.jpg

Pasal perhimpunan haram plak, Huh, sakit betul hati dengan “si bodoh” yang rupanya masih ramai kat Malaysia ni. Menyusahkan orang. Tu la dia bila dah taksub dengan politik. Benda yang takde pun cuba di ada-adakan. Untuk SPR apa susah, ikut aje la ape yang diorang nak. Kasi puas hati. Pasal kejadian bunuh, rompak, rogol, rasuah dan segala macam lagi yang ada dalam Buletin Utama tu, sebenarnya ada satu je kesimpulan dia iaitu undang-undang ciptaan manusia takkan mampu menghentikan jenayah. Percayalah!!

Paling aku pelik dalam berita TV3 ni, apesal Karam Singh Walia yang ternyata bukan melayu tu je yang pandai berpantun hebat-hebat? Agaknya wartawan melayu yang berlambak kat TV3 tu bila cuba berpantun, terkehel lidah tu kot. Hehe, kesian…..

* Artikel di atas adalah pendapat En. Khai sahaja dan tidak bertujuan menentang kerajaan mahupun mengkritik TV3. Apapun, memang TV3 la yang terbaik dari semua channel yang ada especially RTM. Anti betul!!

Posted on 2 December '07 by Khai, under Breaking News. 31 Comments.

Dunia Hiburan Kita

Letihnya, ambil masa dalam 1 jam untuk memberi tumpuan nak siapkan page index Scukz.Com yang baru. Baru je tak sampai beberapa minggu page yang lalu, Khai dah tukar baru. Ya, aku memang lelaki yang mudah bosan dengan sesuatu. Cubalah masuk page utama scukz.com dan jangan lupa, segar semula (refresh la tu)..

Amy AF3


Khai bukanlah seorang peminat Akademi Fantasia. Pastinya semua tahu ianya sebuah rancangan yang melalaikan. Ramai yang masuk Astro semata-mata untuk menonton AF walaupun semua orang juga tahu, Astro adalah sebuah mesin penyedut darah paling besar di negara ini. Kali ini Khai nak cerita mengenai seorang bekas graduan AF3, Amy namanya. Tolong jangan kaitkan Astro dengan entri ini. Ingat lagi tak masa Mawi menjadi sebutan dulu? Semua nak cerita pasal Mawi, Mawi dan Mawi. Ada juga sekali sekala baca mengenai Amy di internet. Kalau tak silap Khai, masa tu Amy ni terkeluar awal. Ramai la yang bengang coz orang cakap Amy ni suara dia best tapi tak dapat undian SMS dari penonton yang ternyata kurang bijak. Kurang bijak bukan kerana tidak mengundi Amy ni tapi ternyata kurang bijak dek kerana asyik membazir kredit untuk perkara yang sia-sia. Rancangan Bersamamu tu pandang sebelah mata pun taknak, apa lagi nak beri sumbangan.

Baru-baru ni terdengar pula cerita mengenai Amy ni konon-kononnya dah jadi tomboy. Alamak?!! betul ke? Punya la cantik manis, menawan, ayu, jelita bla bla, lagi nak jadi tomboy. Ape kes? Sebenarnya Khai susah nak percaya benda ni even dah ada bukti pun. Dari gambar yang ada tu, mungkin ya atau mungkin bukan Amy. Mirip wajahnya sama tapi mungkin itu adik beliau tak pun kambing pelanduk dua serupa. Terpulanglah ikut aliran pemikiran masing-masing. Banyak lagi gambar, tapi cukuplah ini sahaja yang Khai paparkan di blog ini secara umum. Jika nak lihat yang lain, jangan segan silu email Khai ye?

amy_af3_1.jpg amy_af3_3.jpg amy_af3_6.jpg

Lim Goh Tong

gohtong.jpg

Untuk yang tidak mengenali beliau, bolehlah hantukkan kepala di dinding dan untuk mereka yang selalu berhibur di Genting pula, kalau tidak kenal siapa Lim Goh Tong, haruslah pergi ke Genting secepat mungkin, naik Rollercoaster dan lompat dari Rollercoaster tu. Lim Goh Tong adalah insan ketiga terkaya di Malaysia dengan aset hartanya sebanyak 4.2 billion. Beliau ni adalah pengasas kepada Genting Highland di mana semua tahu, Malaysia negara yang amat memalukan kerana mengaku sebagai sebuah negara Islam tetapi mempunyai sebuah pusat perjudian yang termasuk dalam senarai Casino terbesar di dunia. Itu dia Islam Hadhari!! Yeah!!

Lim died at 11.20am, 23 October 2007, at the Subang Jaya Medical Centre (SJMC). He is survived by wife Puan Sri Lee Kim Hua, and their six children and 19 grandchildren.[30] His body will be laid to rest at Gohtong Memorial Park at Gohtong Jaya on Monday 29 October 2007.

Black Eyed Peas who were performing on the night of 26th October in Genting Arena Of Stars paid tribute to Lim during their concert.

“A man died recently who was responsible for the place where we are today. I’d like to ask for a moment of silence to honour his life and legacy,” will.i.am said in his tribute.

Among those who pay their respects to Lim was the wife of former Malaysia’s Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, (who himself could not come due to heart illness), her sister Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali and her daughter Datin Paduka Marina Mahathir as well as the wife of Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Genting Group and Resorts World Bhd deputy chairman Tun Hanif Omar, his wife Toh Puan Hamidah Abdul Hamid, CIMB Bhd Group chief executive Datuk Nazir Razak, YTL group executive chairman Tan Sri Yeoh Tiong Lay and his wife Puan Sri Tan Kai Yong, HSBC Asia chairman Vincent Cheng, HSBC Malaysia CEO Irene Dorner, wife of the late Tan Sri Mohd Khir Johari, Puan Sri Christine Khir Johari, and Tun Musa Hitam.

Wreaths received from all over the world, including Las Vegas’ Caesar’s Palace, leader of Macau and more than 500 are being displayed along the entrance of Gohtong Villa. Stanley Ho was among the many corporate leaders who sent wreaths to Tan Sri Lim Goh Tong’s family.

Ingatlah, kekayaan di dunia sememangnya sama sekali tidak boleh di bawa mati. Bawa masuk kubur memang boleh. Dan ingatlah, janganlah kamu mati sebagai seorang yang bukan Islam.

Posted on 30 October '07 by Khai, under Breaking News, Entertainment. 13 Comments.

Japan Fear Factor - Prize 1 Billion Yen

Sekali lagi ingin bercerita pasal Jepun, sebuah negara termaju di Asia dan mungkin juga di dunia. Dua hari lepas aku bercerita mengenai kegilaan jepun merekacipta bentuk ais krim menjadi seakan-akan kemaluan sang lelaki, apa pula kali ini. Entri kali ini mungkin akan membuatkan kalian berasa nak termuntah dan tak lalu nak baca. Tapi takpe la.. gambar je pun, bukan ada bau. Hehehe.. Aku ingin menunjukkan beberapa gambar extreme sebuah rancangan terhangat seluruh dunia iaitu Fear Factor. Tapi kali ini bukan versi english, tetapi versi jepun iaitu Japan Fear Factor. Ganjaran mereka juga lebih tinggi iaitu 1 billion Yen. Kalian tukar’kan kepada mata wang Malaysia, sampai mati pun belum tentu mampu kita habiskan.

Kena dengan ganjaran, cabarannya bukan lagi lompat bangunan, terjun helikopter atau apa sahaja aksi extreme yang biasa kita tonton di kaca televisyen, tetapi Japan Fear Factor betul-betul membawa satu cabaran yang tersangat-sangat extreme sehingga jika aku menjadi pesertanya, aku lah orang pertama yang berambus tanpa berkata apa-apa.

makan-taik-1.jpg

Gambar seterusnya, (more…)

Posted on 20 August '07 by Khai, under Breaking News, Fun & Jokes. 65 Comments.

Semut Phobia

ant_by_alexbalix.jpg
Aku ada buat sedikit research mengenai semut. Tapi hanya di Wikipedia saje lah sebab tak banyak masa sangat. Kalian boleh lihat dan baca sendiri jika minat. Klik di Sini. Sebenarnya nak kasitahu yang aku ni sangat berani orangnya. Luaran nampak aku ni macam pendiam, penakut, pengecut dan bermacam-macam lagi andaian ke-arah kesopanan gitu, haha tapi aku sahaja yang tahu siapa aku. Aku akan tegas pada siapa yang kurang ajar pada aku tak kiralah tua atau muda even family aku sendiri. Aku berani kerana benar dan aku berundur secara terhormat kalau aku tahu aku salah. Itu prinsip aku! dan seberapa berani aku pun, aku takut pada serangga kecil ni. Ianya Semut. Tidak kira lah apa jenis semut pun samaada warna, berbisa atau saiz tapi kalau ianya dipanggil semut, secara automatik bulu roma aku akan naik seberapa banyak kali apabila hati aku terdetik tentang semut sambil otak menggambarkan semut yang sedang berjalan mengikut laluan mereka dengan penuh setia. Bukan bulu roma sahaja berdiri tetapi aku rasakan seluruh saluran bulu yang ada pada aku akan menegang yang menyebabkan aku beraksi seperti geli-geleman. Ianya termasuklah juga bulu yang sedang kau fikirkan sekarang ni. hehe. Nakal!! Ini semua kerana Semut! Ya SEMUT!! bukan lipas, lipan, unta, cipan, cicak, rama-rama, kucing mahupun apa jenis serangga dan haiwan pun. Harimau pun aku tak pernah takut tapi aku terpaksa takut sebab kalau aku lawan dia, dah tentu aku kalah nye kan?

180px-antsdismemberingbigbug.jpgAku sering menjadi bahan ejekkan member dek kerana semut! Mereka selalu ambil seekor semut dan baling atau letakkan secara senyap kepada aku dan kau tahu apa yang akan terjadi? aku tak pernah kira apa akan terjadi pada semut tu mahupun rakan aku selepas itu. Nasib la kamu berdua. Dulu hidup aku bahagia apabila datang ke hostel ini kerana ini bangunan baru dan susah sekali aku ingin melihat semut walaupun seekor. Tetapi kini aku susah sekali nak jejakkan kaki ke lantai apabila duduk di kerusi gara-gara semut makin membiak pula di sini. Aku takkan merelakannya. Kalau ada kamera, aku dah snap apa yang ada di sebelah aku ni. Kau rasa apa yang ada? Ya, ianya se-tin Ridsect pembunuh semut yang sentiasa menjadi senjata aku menentang serangga kecil ini. Aku tak tipu, sebut pasal hantu, cerita seram atau apa sahaja yang membuatkan bulu roma manusia normal berdiri, aku takkan begitu cuma semut yang membuatkan bulu roma aku berdiri dengan penuh bangga. Aku rasa jika suatu hari nanti ada pertandingan bulu roma siapa paling cepat berdiri atau paling banyak kali boleh berdiri dalam sejam, akulah juara’nya. No doubt about it!!

405px-the_ant_bully-_poaster.jpgAda nengok filem The Ant Bully arahan John A. Davis? aku memang tak boleh terima animasi tu apabila manusia boleh berbaik-baik dengan semut. Iskk.. Seram-nya. Apakah perkara yang boleh menyebabkan bulu roma kalian berdiri dengan megah? adakah ianya sama seperti aku dek kerana gara-gara seekor semut? Oh semut, minggirlah kamu dari dunia-ku. Aku tertanya-tanya, mengapa aku jadi begini? Hati aku kaut mengatakan, ini bukan penyakit keturunan kerana family aku sendiri ketawakan aku. Adakah mungkin pernah terjadi sesuatu antara aku dan semut semasa usia kecil aku dulu yang menyebabkan aku begitu menyampah dengan serangga paling comel di dunia ini. Kau tahu berapa kali bulu roma aku dah naik semasa aku menulis artikel ini? Kau kiralah berapa banyak perkataan “semut” di dalam artikel ini, dan itulah jumlahnya! Boo-Yah!!

Pssttt: ya, aku bercerita mengenai semut, bukan hantu! Oh, satu rahsia terbesar aku telah terbongkar.

Posted on 16 August '07 by Khai, under Breaking News, Fun & Jokes, Weird/Funny Stuff. 20 Comments.

Derma Air Mani?

Uwaa.. tension tension.. dah 3 hari tak online.. Sebab? aku still lom topup internet. Sekarang ni kan kat hostel. Kene topup RM50 dulu baru la boleh online. Duit plak tunggu family masukkan.. so sabar aje la.. dan aku menulis entry kali ini, menggunakan account internet Nieza.. Dia tengah sedap merayap kat IOI Mall tu, so ape kata dia kasi pakwe mithali dia ni pinjam jap.. Ngee.. Maybe Selasa atau Rabu ni baru topup kot. So boleh la update blog ni hari-hari macam sebelum ni.

Neway hidup dah mula busy. Tadi dah ade briefing & registration untuk semester 4. Dan kini aku boleh berbangga sebab bukan lagi belajar di College University sebab Limkokwing sekarang dah diiktiraf sebagai University sepenuhnya. Yeah!! i’m a siswa! Lol.. Neway dalam masa yang singkat pinjam internet awek ni, ape aku nak update yerk? kau nak ape? info kat bawah yang aku karang hampir 3 jam tu kau dah baca? baik kau baca.. insyaAllah, dapat la info sket sebanyak.. so lepas ni boleh la kau cerita kat member-member kau sedikit sebanyak apa yang kau dah tahu..

Ermm.. lama aku tak cerita pasal artis yer? so boleh tak nak ceria sikit? cerita pasal Erra Fazira dan aku confirm dapat rasakan yang Erra ni memang Playgirl. Dan maklumat yang aku dapat, dia bercerai bukan salah Yusry. So andaian aku Yusry penyebab penceraian mereka sebelum ni, terpaksa aku lupakan. dan before sebelum Erra khawin dengan Yusry lagi, Erra memang dah …… tapi Yusry memang bagus orangnya. Malas cerita banyak sebab satu Malaysia tak tahu hal yang aku tahu ni. Tapi maklumat yang aku terima dari Crew yang baik dengan Hans Issac ni, membuatkan aku tahu siapa itu Erra. [ada gambar sini]

Dan ini mengenai tajuk entry ini. Agak mengejutkan even fikiran aku memang cukup terbuka. Tapi ini memang dah terlalu terbuka untuk aku. Kau bayangkan, kalau kat Malaysia pun ada benca macam ni.. Keluar satu iklan khidmat masyarakat kat TV yang menyeru kau menyumbang sedikit air mani untuk yang memerlukan. What The Hell!!!!!!!

sdms101_01.jpg

Gambar lagi? .. (more…)

Posted on 16 July '07 by Khai, under Breaking News, Weird/Funny Stuff. 46 Comments.

Chris Benoit’s death part of a double murder-suicide

benoit_with_guerrero.jpg
“Dua-dua dah rest in peace.. peace la sgt”

What a breaking news.. especially for die hard fans of World Wrestling Entertainment.. huhu.. baru je beberapa haritu writed entry pasal Vince McMahon mati dibunuh dalam letupan limosin nya (Tuhan je yang tahu betul ke tipu), arini dikejutkan ngan kematian Chris Benoit plak (khai la yg baru tahu).. haha.. bunuh diri la plak.. ternampak dari feedback yang si Khairilz tulis kat shoutbox tepi tu.. Lepas satu, datang satu hal plak.. Benoit nye kes ni lagi gila gila.. dah bunuh family dia, dia plak bunuh diri.. wut the heck? ape nak jadi ngan wrestler WWE lagi lepas ni pon tak tahu la.. huhuhu.. bunuh diri aje la… x pon kene bunuh sia sia.. itu la dia.. kapir!!

Benoit’s Profile

benoit.jpg

Height: 5 foot 11
Weight: 220 pounds
From: Atlanta, Ga. (originally from Edmonton, Alberta, Canada)
Finishing Move: Crippler Crossface

Career Highlights: World Heavyweight Champion; 3-time World Tag Team Champion; 3-time Intercontinental Champion; 4-time United States Champion; WWE Tag Team Champion; 2004 Royal Rumble Winner; 2-time WCW Tag Team Champion, 3-time WCW Television Champion; ECW Tag Team Champion

WWE Debut: Jan. 31, 2000Trained By: Stu Hart

Keratan Articles dari beberapa web dan akbar tempatan..
(more…)

Posted on 28 June '07 by Khai, under Breaking News, Celebrity. 7 Comments.