Archive for 'Celebrity'

Bandwidth Habis lah Weii..

Mohon maaf kepada semua pelawat setia mahupun baru pertama kali yang cuba masuk ke JustKhai ni bermula 2 minggu lepas. Bandwidth habis la wei. Tension gak Khai pikirkan 50GB bandwidth tak sampai separuh bulan dah KO. Itu namanya JustKhai makin mendapat sambutan dari korang, korang dan korang. Ada 3 orang hamba Allah yang email Khai nak sponsor tambah bandwidth. Tapi kalau boleh Khai nak Syia jugak yang upgradekan coz Khai nak blog ini disponsor oleh seorang, bukannya dua atau tiga. So hari ni adalah saat yang Khai nantikan. 01 May 2008, bandwidth dah reset serta adalah hari yang menyeronokkan buat korang yang dah bergelar sang pekerja. Hari ni kan Labour Day wei!. Well, untuk student macam Khai, sama saja. Apapun Khai tengah bercuti sebulan ni sebelum mulanya internship 02 Jun nanti. Sekarang Khai di Desa Pandan ni dan sebentar lagi, Khai akan pulang ke hometown di Gemas, Negeri Sembilan. Merempit dengan Yamaha 125zr kesayangan Khai tu. Doakan Khai selamat yosh!

Congkak

Dua hari lalu, 10 Malam - Khai, Aidil dan Ayem ke GSC, Berjaya Times Square untuk menonton Congkak. Itupun dek kerana cerita yang still ditayangkan langsung tak menarik minat. Percayatak? cerita seram tapi kitorang boleh gelak macam nengok cerita Senario kat dalam tu. “Isteri Saya Terapung” adalah ayat yang membuatkan kitorang gelak macam nak pecah perut. Kesimpulannya, lebih enak jika RM9 korang terjatuh ke dalam mangkuk tandas dari pergi menonton cerita Congkak!!

Tokoh Maal Hijrah Kita

Beliau ni dianugerahkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah atau Tokoh Maulidul Rasul kerana beliau seorang Angkasawan Negara (melancong je lebih sebenarnye). Meh sini Khai petik apa ayat yang keluar dari mulut si bangang ni!! (jangan saman saya, saya orang susah).

PENGANUGERAHAN Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan adalah satu penghormatan yang begitu besar buat diri ini. Saya berasa begitu terharu dan berbangga menerima anugerah itu memandangkan ia adalah satu tanggungjawab yang begitu besar. Ia sudah pasti membuat saya berusaha dengan lebih gigih menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan harapan dapat mengembalikan keagungan Islam khususnya bidang astronomi dan sains. Bagi saya, “Islam is a way of life” dan amat penting ibadat dilakukan baik di bumi mahupun di angkasa.

Fuh. Best gila skrip mamat ni buat. Hahaha. Siapa ek nama dia ni. Dulu Khai ingat tapi sekarang tetiba rasa macam nak buat-buat lupa plak. Korang nengok je la gambar-gambar di bawah dan cuba hayati maksud “Islam is a Way of Life” seperti yang dikatakan beliau tu.

Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3

Wahai juri-juri pengendali Anugerah Tokoh Maal Hijrah, ape korang nak sangat aku cucuk mama tu dengan garpu ke hape?

Tersirat dan Tersurat

via Scukz forums.
Anak siapa ni wei? Tolong angkat tangan cepat!!

Ada Apa Dengan Nieza?

Ada lagi yang nak manja-manja request nak nengok gambar gurl Khai la, gambar awek Khai la. Gambar nenek Khai taknak plak request nak nengok. Agaknya diorang ni buta Myspace ke hape. Pergi la usya kat Myspace jer. Haiyaa… Hah, ini Nieza! Tolong jangan cakap dia cantik, comel dan sebagainya sebab Khai dah sedia maklum semua tu. Hahahaha.

Pssttt: Nieza dah ada kat Perlis sekarang ni. Dan kejap lagi Khai plak akan balik Negeri Sembilan. Yup, cinta utara selatan. Bila cuti semester ni la terasa azabnya berjauhan. Rileks la sayang, sebulan je. Takyah windu-windu. Hehehe. Eh korang, izinkan Khai berehat kat kampung untuk beberapa minggu ye? Nak amik lesen lah. Teruskan mengunjungi blog ni. Kalau boleh, baca semua entri yang ada dalam blog ni. Kalau bosan, kerat jarilah. Bukan jari Khai, pergi la kerat jari kuda ke kalau ada. Hahaha.

Posted on 1 May '08 by Khai, under Announcement, Celebrity. 45 Comments.

Gila Wayangkah Diriku?


2 Minggu lepas, Khai gi Alamanda, Putrajaya untuk shooting video clip. Untuk final assignment bagi last semester ni, Khai pilih lagu dari Sixthsense bertajuk Tak Bisa Memilihmu untuk Khai jadikan video clip. Video clip diorang kat Youtube tak banyak membantu pun. Bak kata Lecturer Khai, sah-sah diorang tak banyak budget nak buat video clip tu. hahaha. So habis shot kat Alamanda, Kitorang gi Genting plak shot kat sana dan sampai Cyberjaya balik dalam pukul 11 malam. Nanti dah siap editing video clip ni nanti, InsyaAllah Khai publish’kan untuk korang semua komen.


So untuk sesiapa yang tak tahu lagi, GSC Alamanda dah dibuka kepada semua. So jom la merasa nengok wayang kat Alamanda plak. Hehehe. Rasanya ni adalah GSC yang paling besar dan cantik yang ada kat Malaysia ni. Agaknya ada yang tertanya, apesal cerita 2 minggu lepas Khai cerita hari ni plak, ini adalah disebabkan ketidak-boleh-belah-an Internet di Limkokwing Hostel ni. Memang siot. Memang Khai akan cuba jugak dapatkan Maxis Broadband nanti.

Evolusi: KL Drift


Ini pulak kisah hari Ahad minggu lepas (6 April). Lepas frust cari rumah/bilik untuk disewa tak jumpa-jumpa, boleh pulak melencong gi IOI Mall nengok KL Drift. Serious, memang tak rancang langsung. So kalau korang still tak nengok lagi sebab terdetik dalam hati tu cerita ni macam taik, sebenarnya korang tu yang taik sebab cerita ni bagi Khai memang awesome! Kalau nak dibezakan dengan Impak Maksima, macam langit dan bumi bezanya. Cerita ni bagi Khai sangat OK (bagi standard cerita negara kita). Lagi-lagi ada satu scene yang memang susah nak lupa time Farid Kamil kene langgar kat Jambatan Cinta tu. Memang real and powerfull!! Kepada yang dah nengok, betul tak? Tahniah kepada Skop Production. Dashat jugak anak Yusof Haslam ni ek? Bapak dia pun tak boleh nak buat cerita macam ni agaknya sebab bapak dia dah tua. Ni kan cerita remaja. Hahaha. Jangan saman saya, saya orang susah :P

Pssttt: Usya tiket wayang tu, apesal la duti hiburan mahal sangat. Sampai RM1.60 sedangkan harga tiket just RM6.40 jerk! Semua nak cukai. Makan KFC pun nak cukai. Cam siak je government ni!!

IMAX Theater


Fuh, kenapalah Khai tak pergi IMAX ni dari dulu lagi. Semalam, Faculty of Multimedia Creativity Limkokwing University buat satu program ramai-ramai gi IMAX, Time Square KL (Level 10). Harga tiket RM11 je tapi kepuasan dia tuhan saja yang tahu. Sampaikan cerita hampir 1 jam Khai rasakan macam 5 minit aje. Tak puas! Nak lagi nak lagi!! Kitorang nengok cerita Hunted Castle. Kalau still tak tahu, IMAX ni adalah wayang terbesar di dunia. Bila korang masuk je, korang akan terpegun dengan screen dia setinggi 3 tingkat bangunan dan sound dia, 5 bintang! Cerita kat IMAX ni semua cerita 3D yang akan membuatkan korang seakan-akan watak dalam cerita tu. Mean macam korang berada dalam cerita tu lah sebab gambar dia akan timbul membuatkan korang rasa nak pegang je apa yang ada kat depan korang. Contoh macam Khai nengok semalam, ada satu hantu yang mengerunkan cucuk camera pakai tombak. So kitorang kat dalam semua jerit sebab rasa macam hantu tu nak cucuk kitorang. Hehehe. Burung terbang pun rasa macam boleh tangkap je. Bila try tangkap, tak dapat pun. hahaha. InsyaAllah, ada masa Khai akan ke sana lagi. Nak nengok cerita T-Rex la plak. Sure rasa macam nak kena makan dengan Dinosour nanti.

Posted on 12 April '08 by Khai, under Celebrity, Daily craps, Download, Friend. 40 Comments.

Sindarela Idaman

Download mp3 OST Sindarela
Amylea - Sindarela (akustik version)
Bau - Warkah

Pagi tadi Khai sampai kampus dalam pukul 8:30 pagi. Masa nak parking motor tu, perasan ada satu kawasan dalam Universiti yang dah jadi tempat ramai orang sarapan pagi. Ada payung-payung macam kat pasar malam tu.Khai bajet, LUCT nak bukak satu warung murah kat dalam kawasan Universiti ni kot. Wah gempak!.. Bila tengahari tadi, usya-usya kat tempat tu, rupanya ada satu produksi drama tengah shooting. Korang rasa drama ape yang diorang tengah shooting kat Limkokwing University tu? Tak lain tak bukan, Lestary setiap hari selasa jam 9 malam di TV3, Sindarela. Sumpah Syarifah Armani berdiri depan Khai. huhuhu. Sumpah jugak dia memang comel. Comel gile rasa nak geget-geget. Aiseh, semalam Acha Septriasa, harini, si Zoela ni plak.

justkhai_nieza_with_armani.jpg
Sempat juga nengok diorang shooting. Nengok krew produksi Sindarela bertungkus-lumus tak kenal erti penat menarik hati Khai untuk melekat di situ selain ingin melekat bersama Syarifah Armani. Terus-terang Khai katakan, rasa benci dan meluat Khai kat dia tiba-tiba lenyap macam tu je. Benci pun korang pun tahu kenapa kan? macam-macam angkara yang dia ni buat. Saya nampak bodoh bila bercakap dalam bahasa melayu la, botakkan kepala sampai licin la yang cukup membuat kontroversi satu arena hiburan negara. Tapi rambut dia sekarang yang macam korang nampak dalam cerita Sindarela tu betul-betul mencairkan kahak di tekak. Meleleh beb. Oh Sharifah Armani, sudikah dikau menjadi pacarku? haha. So harini, N73‘ku ini telah memecah rekod menangkap gambar artis. Nengok Nieza tu, kemain lagi.

Scukz.Com kembali Online?

Petang tadi bila Khai check inbox kat Myspace, ade dua orang budak Scukz beritahu yang Scukz dah ok. Khai ingatkan diorang main-main. Bila Khai cuba, eh dah OK la. Apa kena dengan CGYhost ni? So Khai gi kat main website dia, nengok ada satu announcement di situ yang betul-betul membuatkan Khai tak faham. Mereka mengatakan yang mereka memohon maaf atau masalah sejak kebelakangan ini kerana proses pemindahan server ke Cyberjaya sedang dijalankan. Aik, kenapa tak beritahu awal-awal? Kenapa mereka tak email’kan tetapi sanggup bernanah telinga menanggung sumpah-saranah dari customer dan yang tiada kena-mengena. Khai bertanya dengan seorang ex-staff CGYhost mengenai notis tu. Dia jawab, itukan notis yang dah lama ada kat sane. Heh, amik ko Khai. Which mean, CGYhost still sama dan Scukz boleh online balik mungkin sebagai satu keajaiban untuk sesiapa yang berada di dalam CGYhost, untuk backup data secepat mungkin.

Road block Oh

Haha, selama dah ada motor ni, Khai selalu pikir bila la nak ade road block. Saja nak ngetest power. Ape taknya, sebab takde benda yang perlu ditakutkan. Motor pon standard, lesen ada, road tax ada, side mirror dua dua ada. Kalau kene saman gak tak tahu la nak cakap. So ditakdirkan, petang tadi masa balik kelas, ade road block kat flyover highway KL - Putrajaya. Kereta semua lepas, sampai motor je, dia suh pi tepi. Hampeh! Mintak lesen boleh terkasi plak lesen L awek (saja Khai simpan Nieza punya). Mampos kene berdekah ngan polis tu. Haha. Then dia cakap kamu ni bila nak amik lesen P. Khai cakap nanti incik lepas saya abis final semester ni. Then dia tanya lagi apesal kamu tak tampal L kat motor kamu ni. Khai jawab, incik tak nampak ke punye besar L tu. Hahaha.. otai jugak aku walaupun tak tahu kenapa tangan terketar-ketar abis masa nak masukkan lesen dalam wallet. Pengalaman pertama diriku di tahan polis. Yay!

Internship

Khai di’rekomen’kan oleh seorang lecturer untuk buat internship di Go International Group, Damansara. Rasa berat sikit nak tolak sebab ni lecturer yang rekomen’kan. Masalahnya sekarang kat Damansara. I hate Damansara. Tapi nengoklah camana nanti. Kalau tak jadi praktikal kat Limkokwing ke, Khai pergi lah sana. Nengok portfolio diorang pun sangat OK. Nieza awal-awal dah tak kasi, sebabnya, malaslah Khai nak cerita.. Sebab merepek sangat..

Rosak

Kad Maybank rosak. Damn, tak boleh keluar duit dari semalam. So tadi buat pertama kali’nya sejak Khai dilahirkan, Khai berdikari sendiri seorang diri. Merentas Cyberjaya untuk ke Maybank nak apply kad baru. Alhamdulillah semua’nya selamat. Lihatlah akak-akakku, adikmu kini sudah pandai berdikari. Hihi.. Tapi hanya kerana semangat 125zr itu masih ada.

Psstt: Isk, kalau Nieza dengan Armani dah sama tinggi, itu bermakna, Kalau Khai khawin ngan Armani nanti, tinggi dia hanyalah pada paras bahuku. Haha, indahnya mimpi malam ni.

Posted on 27 February '08 by Khai, under Celebrity, Entertainment, University. 41 Comments.

Benarkah itu Video Seks Ida Nerina?

Pembuka bicara untuk domain baru lagi nampaknya. Baru je kita digemparkan dengan gambar “romen-romen” si Anak Pontianak, Zarina An-Julie, kini muncul satu lagi hasil keluaran selebriti. Tapi ini bukan gambar tapi video. Mana mungkin super impose! Mungkin Khai lambat sedikit memberi komen mengenai video yang kononnya dikatakan aksi seks antara Ida Nerina dan Fauzi Nawawi. Khai malas sebenarnya nak tulis pasal ni, tapi tadi masa lepak mamak dengan akak Khai, kitorang ada cerita pasal Ida Nerina punya video. So Khai tergerak hati nak disemadikan dalam database blog ni. Mengenai Fauzi Nawawi tu, tak dinafikan lelaki berkenaan memang ada iras-iras Fauzi Nawawi (husband Lisdawati), tapi rasa Khai, Fauzi memiliki badan yang tegap bukannya boroi seperti dalam video tu. Pasal Ida Nerina pula, memang nampak macam dia dan gambar di bawah, mampu membuktikan, itu DIA!! Gambar tu Khai amik dari sebuah blog lain. Tapi mungkin juga itu bukan. Sila renung gambar di bawah tanpa berkelip. Kalau dah kelip, jangan nengok lagi nanti dosa :P
ida_nerina_video_lucah_justkhaidotcom.jpg
Pic & link download di bawah Khai ambil dari xBrain. Terus terang, Khai dah download video tu dan apa yang mengecewakan, satu lagi penyalahgunaan handphone berkamera dari artis kita.

Download Ida Nerina & Fauzi Nawawi Clip

Apa pun, tak baik kita berburuk sangka walaupun ada bukti itu dia. Mungkin juga secara tidak sengaja atau bagaimana, Allahualam. Dan entri ini ada bukan kerana mahukan hits, itu kerana blog ini memang dah dikenali sebagai blog yang selalu mendedahkan perangai selebriti. Bagaimanapun, Khai tidak sama-sekali menyeru kalian agar mempercayai itu Ida Nerina kerana kita tahu, Ida Nerina sejak dulu lagi tidak pernah ada kontroversi yang membuta tuli.

Psstt: Link download Video Khai dapat dari link yang dah memang wujud dalam internet ni. Jauh sekali untuk Khai upload dan kongsikan bersama. Hurm, apa komen korang?

Posted on 9 February '08 by Khai, under Celebrity, Entertainment. 42 Comments.

Anak Pontianak Mengamuk Lagi

anak-pontianak_banner.jpg
Korang semua tentu tahu dengan drama bersiri terbaru kat TV3 ni. Anak Pontianak as sequal dari filem Pontianak Harum Sundal Malam. So jangan lupa saksikan setiap hari Khamis jam 9 malam. Kalau malas nak nengok tv pon, korang boleh nengok online setiap episod di website utama TV3. So harini korang bersama Khai, bukan lagi bersama Nas Ahmad.

Jom kita TERJAH beberapa aksi belakang tabir Zarina An-Julie ..

anak_pontianak_1.jpg

anak_pontianak_2.jpg

anak_pontianak_3_edit.jpg

Untuk aksi belakang tabir katil.. sila baca lagi.. (more…)

Posted on 14 January '08 by Khai, under Breaking News, Celebrity. 93 Comments.

Gegar U! 2

bersama-dafi.jpgAku baru lepas potong rambut. Ah rimasnya badan tapi nanti la mandi, baik update blog ni dulu untuk menunaikan janji satu hari satu post untuk blog ini. Hurm.. study di Limkokwing sangat untung. Dunia kau sudah cukup di hostel. Jika kau nak gunting rambut, kau boleh cari member yang amik course Hair Design. Kalau kau nak buat fashion kau sendiri atau seluar kau koyak, kau hanya cari member yang amik course Fashion. Aku beruntung sebab room-mate aku adalah seorang budak fashion. Jika kau perlu membuat editing atau web, kau hanya perlu cari member seperti aku kerana aku budak Creative Multimedia dan jika kau ingin tankap gambar kau dengan menarik ala-ala seorang model, kau hanya perlu cari member yang amik course Photography. Hah! tu baru sikit contoh aku bagi. Kau boleh bayang’kan tak bagaimana gembira’nya aku hidup di sini?

dsc01134.jpg

Oklah, sebenarnya aku still penat ni. Pagi tadi bangun tidur lambat. Maklumlah dulu ada alarm handphone aku yang bunyi takpun awek aku call, sekarang ni takde apa-apa bunyi dah. Handphone dah hilang la kata’kan. So aku naik bas pukul 12 tengahari. Sampai campus, aku nengok orang dah ramai. GEGAR U! dah start dari jam 10 pagi lagi. Ah aku terlambat! Aku jumpa member-member aku di sana. Masing-masing nak tunjuk gambar diorang bersama artist. Haiya! Yang aku nampak tadi adalah Aqasha, Dafi dan beberapa budak Akademi Fantasia lain. Lepas tu ambil air tin free sumbangan Power Root. Cakar dinding la aku kejap lagi. Kawan-kawan aku amik ber’tin-tin. Langsung tak tinggal orang belakang. Apa la diorang ni.

tina_dafi_poyo.jpg
Lepas je minum air, masing-masing busy bawa haluan sendiri. Tangkap gambar dengan artis la, main game yang ada la dan yang duduk lepak-lepak pun ramai. Aku ada la amik sekeping dua gambar dengan Dafi. Dengan Aqasha sorry la, tak berapa nak minat la. Kesian aku nengok Dafi, kene serbu sampai dia kena bawak lari pergi tempat lain. Gayat juga student-student Limkokwing ni. Buat malu betul. Kawan plak kepada Pat yang janji nak kasi hadiah cenkodok ntuk besday aku tu. hahaha.. Sibuk terjerit-jerit Dafii!! Dafii!! nak aje aku sekeh!! Nieza (awek aku) pun dua kali lima je. Tu la perempuan. Pantang nengok jantan jambu sikit terus mental! Awek kat atas tu takyah cakap la. Nyampes!

Then artis-artis tu semua perform la sket. Disambung ngan band dari student (member-member aku gak). Aku dan (more…)

Posted on 2 August '07 by Khai, under Celebrity, Daily craps, Function & Party. 20 Comments.

Chris Benoit’s death part of a double murder-suicide

benoit_with_guerrero.jpg
“Dua-dua dah rest in peace.. peace la sgt”

What a breaking news.. especially for die hard fans of World Wrestling Entertainment.. huhu.. baru je beberapa haritu writed entry pasal Vince McMahon mati dibunuh dalam letupan limosin nya (Tuhan je yang tahu betul ke tipu), arini dikejutkan ngan kematian Chris Benoit plak (khai la yg baru tahu).. haha.. bunuh diri la plak.. ternampak dari feedback yang si Khairilz tulis kat shoutbox tepi tu.. Lepas satu, datang satu hal plak.. Benoit nye kes ni lagi gila gila.. dah bunuh family dia, dia plak bunuh diri.. wut the heck? ape nak jadi ngan wrestler WWE lagi lepas ni pon tak tahu la.. huhuhu.. bunuh diri aje la… x pon kene bunuh sia sia.. itu la dia.. kapir!!

Benoit’s Profile

benoit.jpg

Height: 5 foot 11
Weight: 220 pounds
From: Atlanta, Ga. (originally from Edmonton, Alberta, Canada)
Finishing Move: Crippler Crossface

Career Highlights: World Heavyweight Champion; 3-time World Tag Team Champion; 3-time Intercontinental Champion; 4-time United States Champion; WWE Tag Team Champion; 2004 Royal Rumble Winner; 2-time WCW Tag Team Champion, 3-time WCW Television Champion; ECW Tag Team Champion

WWE Debut: Jan. 31, 2000Trained By: Stu Hart

Keratan Articles dari beberapa web dan akbar tempatan..
(more…)

Posted on 28 June '07 by Khai, under Breaking News, Celebrity. 7 Comments.

Hot Kiss dari selebriti kita..

deanna-yusof-kiss.jpg

Dah lama tak bukak cerita pasal artis kat blog ni.. Tak tahu la bagi y’all ini cerita lapok ke atau tidak. Maybe dah ramai yang tahu.. tapi mungkin juga ada yang taknak amik tahu.. tapi takpe la.. kasi tahu jugak.. wakakaka.. Last week, masa Khai nak beli newspaper, ternampak satu kat muka surat depan Malay Mail.. Kisah pasal aksi cium penuh bernafsu dari selebriti terkenal Malaysia ni.. Dalam hati Khai.. alahai lembap nye suratkhabar ni sebab baru nak kuarkan cerita padahal kat forums Scukz tu hah dah lama dah ade.. Masuk akhbar muka depan, tapi semua yang kene mengena ngan artis tu dikaburkan. Snapshot website YouTube yang ada tertulis nama artis tu juga, di blur kan.. Ape punye newspaper la cerita nak best aje kat muka depan.. tapi craps.. bukan ke akhbar ni tempat memberitahu kepada umum.. bukan kasi news yang blur tu… Agaknya dia takut artis tersebut saman malu kot.. Pada pendapat Khai, ape nak takut.. sebab artis tu bukan tahu malu pun.. tahu plak dia pasal saman malu ni.. haha..
(more…)

Posted on 19 June '07 by Khai, under Celebrity. 13 Comments.