Archive for 'Computer'

Dua Plugin Paling berguna untuk Web Designer

Eh, Khai ade blog rupanya. Hahaha. Punye la busy dengan internship sampai dah kurang masa nak update blog ni. Lagipun tengah nak develop balik Scukz tu. Kesian ko JustKhai. Apepun, ni nak update la ni.

Ini mengenai dua plugin untuk Firefox. Sebelum ni Khai tak amik berat sangat pun pasal dua extension ni. Tapi bila dah internship kat company web design ni, nak taknak, kat PC office pun pakai, kat Laptop pun pakai.

Thanks to Peter (Khai punya office mate yg kacak bergaya) sebab memperkenalkan dan tunjuk Khai satu-satu semua fungsi kedua-dua extension Firefox ni. Jika korang seorang yang bercita-cita menjadi web designer or web developer, Khai wajibkan untuk korang download. Kalau cita-cita korang just main internet untuk Myspace yang langsung tidak memberikan korang duit, abaikan saje lah.

1. Firebug - Firefox Extension/plugin
Firefox Firebug
- Khai terpegun dan terpersona dengan ke’dasyat’an plugin seperti ini. Pendek kata, dengan plugin seperti ini, korang boleh detect apa yang salah dan betul dalam website korang tu dalam sekelip mata. Korang juga boleh inspect any coding dari mana-mana website sekalipun. Untuk kaki curi design n theme orang, rasanya plugin ni wajib untuk korang. Kalau before, korang nak try and error dengan cara leceh like download upload guna ftp file korang tu, dengan Firebug korang boleh buat editing any coding secara live. Untuk apa-apa website sekalipun. Nak menjahanamkan website orang pun boleh tapi untuk suka-suka korang je la. Web sebenarnya tetap macam tu jugak. Korang cubalah sendiri. Tahu la apa yang Khai bebelkan ni. Atau lihat DEMO dia di sini.
Firebug Download Link: Here | 107 download & counting…

2. Web Developer - Firefox Extension/plugin
Firefox Web Developer
Ini lagi satu kegunaan para pembangun website di dunia. Nama plugin pun dah “web developer” ye tak? Apa yang seronoknya kalau korang ada plugin ni? Banyak juga function yang sama seperti Firebug, tapi Web Developer ni bagi Khai kelihatan lebih complete untuk para web designer n developer. Nak disable Myspace CSS pun boleh supaya korang lebih senang nak customize page kat sane. So ini satu lagi plugin yang tidak merugikan korang langsung malah amat menguntungkan untuk dicuba. Boleh lihat DEMO di Youtube.
Web Developer Download Link: Here | 85 download & counting…

Pssttt: Ini tips berguna untuk mereka yang menggunakan Photoshop untuk edit gambar yg nak diletakkan dalam blog/website. Bila nak save, janganlah save as (ctrl + s), tapi gunakan save for web (ctrl + alt + shift + s). Untuk gif, gunakan dafault setting. Kalau Jpg pula, set kan quality hanya 75 sahaja. Inilah tips yang digunakan oleh para web designer untuk hasil gambar yang tiada cacat cela tapi bersaiz ringan.

Posted on 13 June '08 by Khai, under Computer, Download. 15 Comments.

Kaspersky New License Key

Kalau korang tidak menggunakan Kaspersky Anti-virus atau BitDefender Anti-Virus, Korang adalah termasuk dalam golongan yang tidak mementingkan kualiti atau lebih enak dikatakan golongan yang pikir “asal ada antivirus sudah”. Asal ada anti virus je, korang pikir pc korang dah cukup best dan selamat. Kejadah? Tak pernah tahu bila anti-virus tak popular bila scan tak detect virus tapi bila pakai anti-virus yang pemes ni boleh detect beratus-ratus virus? Tidak, pilihlah anti virus “majoriti dunia” atau yang sudah terbukti hebat dan berada dalam kedudukan ranking yang baik. Tapi Khai lagi suka menggunakan Kaspersky Antivirus. Cnet memberitahu BitDefender Antivirus berada dalam kedudukan nombor 1 meninggalkan Kaspersky Antivirus di tangga No 2. Namun perbezaannya langsung tak ketara. Mungkin BitDefender di atas hanya kerana namanya bermula dari B dan bukannya K seperti Kaspersky. Apepon, Khai berani mengatakan orang biasa-biasa seperti kita di Malaysia ni, mungkin 1 dalam 1000 sahaja yang menggunakan anti virus yang original. Betul tak? Limkokwing pun guna yang free je oiii..

Untuk pengguna Kaspersky Antivirus, masalah terbesar korang buat masa sekarang mungkin hari-hari akan dapat notice seperti di bawah.

Product license expires in (number) days. You are advised to renew the License.

Hari artikel ni Khai tulis (04 April), license key sebelum ini akan expired lagi 3 hari. So jangan malu-malu dan segan untuk apply License Key baru yang boleh korang download di bawah.

Download Kaspersky New License Key.
2243 orang sudey download taw!
Broken link? Let Khai know k..

How to update your license key? (more…)

Posted on 4 April '08 by Khai, under Computer, Download. 65 Comments.

Berbaloikah untuk Maxis Broadband?


Petang semalam, aku ke Maxis Centre KLCC. Tujuannya ada dua. Satu aku ingin mengkonfigurasi Nokia N73 ini supaya dilengkapi teknologi 3G. Kedua, aku ingin mendaftar sebagai pengguna Maxis Broadband. Tidak tertahan lagi aku menggunakan Go Lightspeed sebagai ISP yang sedia ada di hostel aku duduki. ISP ini boleh aku simpulkan sebagai ISP paling teruk servis’nya 2 kali ganda dari Streamyx. Pagi sebelum aku ke Maxis Centre, sempat aku membuat sedikit research. Seperti biasa, tiada satu pun produk di dunia ini yang tidak mendapat kritikan. Maxis Broadband tidak lari dari itu. Ternyata keburukkan yang aku baca lebih banyak dari pengguna yang menulis tentang kebaikkannya. Dari semua itu, conclusion dari aku, Maxis Broadband sebenarnya mampu memberikan perkhidmatan internet yang baik jika kena pada tempatnya. Maksud aku area di mana pengguna itu duduk. Kali ini aku menulis entri ini menggunakan Maxis Broadband. Bukan akaun aku tapi akaun akak aku. Rumah ini terletak di Desa Pandan, Ampang yang sagak berhampiran dengan KLCC. Jadi hasilnya, aku mampu online 24 jam tanpa sebarang masalah putus-putus atau kelembapan seperti yang dikatakan pengguna lain di internet.

Maxis Broadband terdapat dalam 3 pakej..

Tapi buat masa sekarang, Maxis telah memperkenalkan sebuah modem baru yang bersaiz poket. Hanya mempunyai USB untuk di’plugkan. Apa yang aku dengar dari jurucakap Maxis Broadband itu, dengan modem kecil ini, sesiapa sahaja mampu melayari internet di mana-mana saja pada bila-bila masa. Harga untuk perkhidmatan internet 3.6Mbps bersama Modem kecil ini berharga RM138.00. Oh, aku mahukannya kerana aku mahu online setiap masa tapi bila dilihat pada harganya, RM138.00 sebulan bukanlah harga yang murah bagi aku sebagai seorang pelajar sepenuh masa.

Aku agak kecewa kerana sudahlah pakej modem comel ini aku tak dapat, bahkan semua pakej lain yang menggunakan Modem gedabak juga tidak merasa. Modem gedabak (besar) mempunyai wayar penyambung kepada sambungan elektrik dan kabel sambungan Network ke komputer. Ini kerana hostel aku di Cyberjaya tidak ber’ada dalam coverage area Maxis Broadband. Hoi Maxis, tolong la faham, itukan Cyberjaya yang kononnya kawasan MSC di Malaysia. Apesal boleh terabai kawasan tu untuk masuk dalam senarai coverage area korang? Untuk melihat sama ada kawasan kalian termasuk dalam coverage area atau tidak, sila klik di sini.

Aku bukan cemburu jika kawasan korang termasuk dalam coverage area mereka, tapi nasihat aku, buatlah research sebelum terikat dengan kontrak 18 bulan selepas mendaftar bersama Maxis Broadband. Jika kau kaki torrent, janganlah mimpi kerana Maxis hanya membenarkan 3GB bandwidth sebulan yang membuatkan Streamyx la yang paling layak untuk kau biarpun Streamyx terkenal dengan servis paling menyayat hati di negara ini. Oh kita tiada pilihan. Jika negara jiran terdekat kita Singapora mampu tersenyum sinis dengan servis Internet 8mbps sejak tahun lepas lagi, Kita di Malaysia, bersyukurlah dengan kelajuan koneksi 4mbps yang baru sahaja diperkenalkan ini. Aku tidak mahu bercerita tentang Celcom Broadband di sini kerana servisnya hampir sama juga dengan Maxis Broadband. Apa yang aku kesalkan di sini, mengapa DiGi tidak diberikan lesen untuk 3G di negara ini. Jika tidak, lihatlah apa yang mampu si Kuning lakukan diikuti dengan peniruan sang Hijau dan Biru. Kau pun tahu itu.

Diingatkan aku bercerita mengenai Maxis Broadband jenis Wireless dan bukan Wired. Mungkin banyak info yang terlupa aku nyatakan di dalam entri ini, kalian tanyalah melalui komen nanti. Keterangan lanjut mengenai Maxis Broadband, terus ke sana.

Posted on 18 October '07 by Khai, under Celcom, Computer, DiGi, ISP, Maxis, Technology. 31 Comments.

Spy Shredder & SUPERAntiSpyware

imgsuperantispywarefull.gif

Lambat aku men’update blog kali ini. Lagi beberapa jam aku perlu menulis artikel baru untuk hari esok. Kali ini aku ingin memberitahu buat sesiapa yang terkena Spyware SPY SHREDDER tolong jangan terpengaruh dengan apa yang dituliskan. SPY SHREDDER adalah satu spyware yang sangat bahaya (EXTREMELY DANGEROUS). Spyware tersebut akan cuba memperdaya kalian untuk membeli satu software bagi membuang segala ‘bad file’ yang ada di dalam Operation System (OS). Spyware ini ternyata boleh dianggap ‘bodoh’ oleh mereka yang agak geek atau hebat tetapi mereka yang tidak banyak pengalaman pasti akan diperbodohkan pula oleh spyware tersebut. Sebentar tadi kawan Nieza meminta tolong dan kelihatan dia sudah terpedaya untuk membeli perisian tersebut di mana tanpa diketahui’nya, itu hanya’lah palsu.

Aku ingin membantu dia dan terima kasih kepada Yahoo Answer. Seorang pengguna bertanya adakan SPY SHREDDER benar atau tidak. Soalan pengguna itu tertulis seperti di bawah.

I just really need to know if this is a real program or is someone messing up my computer. It somehow just started scanning my computer then told me I should purchase it to delete all my bad files. In the license field it says”I shuld purchase” I mean the word -should- isn’t even spelled right. Can anyone please give me a good answer. Thanks sooooooooooooo much-

Dan jawapan yang diterima oleh seorang user lain memberitahu sesuatu seperti berikut.

SpyShredder is an extremely dangerous corrupt anti-spyware parasite that may seriously damage your system and scare you into buying the parasite itself. The main ways of SpyShredder infection are trojans and browser security exploits. Once it installs itself onto your system, SpyShredder starts harassing you with countless popups, trying to trick you into buying its full version. Moreover, SpyShredder may install other malware on your PC, thus further damaging your system.

Scan your PC with this to remove it. Its free and safe to use.

SUPERAntiSpyware is the most thorough scanner on the market. Our Multi-Dimensional Scanning and Process Interrogation Technology will detect spyware that other products miss! SUPERAntiSpyware will remove ALL the Spyware, NOT just the easy ones.Easily remove over 100,000 pests such as SmitFraud, Vundo, WinFixer, SpyAxe, SpyFalcon, WinAntiVirus, AntiVermins and thousands more!

Seperti yang dinyatakan, kalian boleh mendapatkan anti spyware itu melalui link ini. Screenshot ada di sini. Download sahaja’lah. Bukan bermakna hanya perlu download bila sistem kalian diserang SPY SHREEDDER, mungkin tanpa diketahui, kalian juga adalah penternak virus & spyware jenis lain yang berjaya. Hehe.

Posted on 7 September '07 by Khai, under Computer, Software. 5 Comments.