
2 Minggu lepas, Khai gi Alamanda, Putrajaya untuk shooting video clip. Untuk final assignment bagi last semester ni, Khai pilih lagu dari Sixthsense bertajuk Tak Bisa Memilihmu untuk Khai jadikan video clip. Video clip diorang kat Youtube tak banyak membantu pun. Bak kata Lecturer Khai, sah-sah diorang tak banyak budget nak buat video clip tu. hahaha. So habis shot kat Alamanda, Kitorang gi Genting plak shot kat sana dan sampai Cyberjaya balik dalam pukul 11 malam. Nanti dah siap editing video clip ni nanti, InsyaAllah Khai publish’kan untuk korang semua komen.

So untuk sesiapa yang tak tahu lagi, GSC Alamanda dah dibuka kepada semua. So jom la merasa nengok wayang kat Alamanda plak. Hehehe. Rasanya ni adalah GSC yang paling besar dan cantik yang ada kat Malaysia ni. Agaknya ada yang tertanya, apesal cerita 2 minggu lepas Khai cerita hari ni plak, ini adalah disebabkan ketidak-boleh-belah-an Internet di Limkokwing Hostel ni. Memang siot. Memang Khai akan cuba jugak dapatkan Maxis Broadband nanti.
Evolusi: KL Drift

Ini pulak kisah hari Ahad minggu lepas (6 April). Lepas frust cari rumah/bilik untuk disewa tak jumpa-jumpa, boleh pulak melencong gi IOI Mall nengok KL Drift. Serious, memang tak rancang langsung. So kalau korang still tak nengok lagi sebab terdetik dalam hati tu cerita ni macam taik, sebenarnya korang tu yang taik sebab cerita ni bagi Khai memang awesome! Kalau nak dibezakan dengan Impak Maksima, macam langit dan bumi bezanya. Cerita ni bagi Khai sangat OK (bagi standard cerita negara kita). Lagi-lagi ada satu scene yang memang susah nak lupa time Farid Kamil kene langgar kat Jambatan Cinta tu. Memang real and powerfull!! Kepada yang dah nengok, betul tak? Tahniah kepada Skop Production. Dashat jugak anak Yusof Haslam ni ek? Bapak dia pun tak boleh nak buat cerita macam ni agaknya sebab bapak dia dah tua. Ni kan cerita remaja. Hahaha. Jangan saman saya, saya orang susah :P
Pssttt: Usya tiket wayang tu, apesal la duti hiburan mahal sangat. Sampai RM1.60 sedangkan harga tiket just RM6.40 jerk! Semua nak cukai. Makan KFC pun nak cukai. Cam siak je government ni!!
IMAX Theater

Fuh, kenapalah Khai tak pergi IMAX ni dari dulu lagi. Semalam, Faculty of Multimedia Creativity Limkokwing University buat satu program ramai-ramai gi IMAX, Time Square KL (Level 10). Harga tiket RM11 je tapi kepuasan dia tuhan saja yang tahu. Sampaikan cerita hampir 1 jam Khai rasakan macam 5 minit aje. Tak puas! Nak lagi nak lagi!! Kitorang nengok cerita Hunted Castle. Kalau still tak tahu, IMAX ni adalah wayang terbesar di dunia. Bila korang masuk je, korang akan terpegun dengan screen dia setinggi 3 tingkat bangunan dan sound dia, 5 bintang! Cerita kat IMAX ni semua cerita 3D yang akan membuatkan korang seakan-akan watak dalam cerita tu. Mean macam korang berada dalam cerita tu lah sebab gambar dia akan timbul membuatkan korang rasa nak pegang je apa yang ada kat depan korang. Contoh macam Khai nengok semalam, ada satu hantu yang mengerunkan cucuk camera pakai tombak. So kitorang kat dalam semua jerit sebab rasa macam hantu tu nak cucuk kitorang. Hehehe. Burung terbang pun rasa macam boleh tangkap je. Bila try tangkap, tak dapat pun. hahaha. InsyaAllah, ada masa Khai akan ke sana lagi. Nak nengok cerita T-Rex la plak. Sure rasa macam nak kena makan dengan Dinosour nanti.
Aku menulis lagi. Syukur, internet akan expired esok jadi boleh’lah aku lenjan internet ni puas-puas sampai esok meskipun kelembapan betul-betul membuatkan hati aku dicarik-carik. Sebentar tadi aku keluar makan bersama teman di sebuah gerai mamak hampir 200 meter dari hostel ini. Wah! ramainya orang. Rupanya filem Charlie’s Angels sedang ditayangkan di Astro. Seluar dalam sana sini dan bikini melambak sana sini. Mungkin itulah cerita terbaik dari Astro sempena bulan kemerdekaan ini. Tahniah Astro kerana mengajar kanak-kanak di negara ini betul-betul merdeka menonton apa sahaja di Televisyen. Cayalah Astro!
25 Ogos ni, Rumpun 2007 dah nak berlangsung. Ramai yang dah daftar kehadiran di bawah nama aku atau ScukzdotCom. Tunggu aku di pintu masuk Pelita Nasi Kandar nanti tau. Bagaimanapun, aku masih belum betul-betul sure samada dapat pergi atau tidak tetapi keinginan untuk memeriahkan majlis betul-betul di tahap 100%. Moga aku ada kelapangan waktu pada hari tersebut tanpa kelas tambahan atau apa-apa exam dan duit tak kering pada hari tersebut. Boleh’lah aku jumpa rakan-rakan blog yang selama ni kenal dikenali melalui penulisan mereka sahaja. Aku tiada transport jadi mungkin aku akan menaiki LRT ke KLCC dan berjalan sahaja ke Pelita Nasi Kandar. Ada blogger yang duduk area Cyberjaya atau Puchong? Bawa’lah aku ke sana bersama. Hehehe. Oh ya, aku menukar lagi tagline untuk blog ini. Ya! aku semakin berminat untuk mengubahsuai blog ini kepada 100% bahasa Malaysia kena dengan penulisan aku di blog ini. Basmilah bahasa penjajah sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-50 ini. Martabatkan bahasa sendiri seperti apa yang dilakukan Indonesia dan Jepun. Mereka sangat bagus! Oh, ada kelainan sedikit di siderbar blog ini. Mana perginya iklan dari Nuffnang? Naluri aku telah memaksa aku untuk membuang iklan mereka yang menyakitkan mata tetapi habuk pun tiada. Kau pun patut nyah’kan iklan yang tak menentu ketinggiannya itu.
Alamak! Jepun sekali lagi buat hal. Tidak puas dengan kehebatan memperkenalkan fashion baru yang over, mengeluarkan alat untuk wanita kencing berdiri dan pelbagai hal lagi, kini ada aiskrim istimewa di jual di sana. Aku mesti dapatkannya bila pergi ke sana nanti! Booyah untuk Jepun!! Maju dalam segala hal! Mungkin’kah ais krim seperti ini akan diperkenalkan di negara ini? halal dari segi kandungan tetapi haram dari segi bentuk? mungkin JAKIM akan bertindak! Gambar ini aku dapat di Forums Scukz. Di sanalah tempat kau perlu pergi jika kau kekeringan idea untuk berblogging. Percayalah cakap aku. Ke sana sekarang dan daftar sebagai ahli untuk ke forums.

“Ianya aiskrim! jangan fikir bukan-bukan. Ya, Kretif tapi bodoh”
Jangan amalkan memakan ais krim seperti di atas dan sudah tentu, jangan beri pada anak-anak kalian. Esok pada pukul 12:05 pagi, kau mesti masuk blog ini, kerana aku dah tulis mengenai segala jenis Eye yang ada di dunia. Jika kau rasa Eye on Malaysia dah cukup bagus, ada lagi bagus.. tunggu esok ok!! Aku dah tuliskan dahulu kerana esok aku takkan dapat update kerana internet expired! Ingat tu.. Kita jumpa esok…
Eh! ada budak tercucuk garpu!! (more…)
Still ramai yang belum tahu tentang perkhidmatan terbaru dari Yahoo! ni. Kalau dulu, kita gunakan applikasi Yahoo! Messenger (YM) yang diinstall di C:/ atau menggunakan E-Messenger (sekarang E-Buddy), kini semua tu boleh tolak tepi. Kalau dulu bila kat lab di University atau sekolah y’all tak boleh nak install Yahoo! Messenger, sekarang x payah risau semua tu. Ini adalah kerana pihak Yahoo! telah memperkenalkan Yahoo Messenger for Web. Lepas ni kalau lepak kat campus ke, still la boleh chating even kat PC tu takde applikasi Yahoo! Messenger dan semestinya, NO download required. Cuma yang perlu ada Flash Player je la dalam computer yg y’all guna tu..

” Suitable with any web browser “
Ianya sesuai untuk semua jenis web browser yang ada di pasaran. Khai dah cuba guna, ermm .. boleh tahan la.. Tapi kalau dah Pc ada install full YM version, janganlah nak ngade2 pergi online kat web pulak kan.. ni untuk terdesak je.. Antara yang menarik di YM for web ni, dia punya imoticon sangatlah menarik. Lain dari yang selalu kita guna tu. Pihak Yahoo menggunakan Flash untuk icon2 baru ni. Selain tu y’all boleh juga view message history. Tapi mesti la dia ada banyak kekurangan berbanding YM Full Version. Dah nama pon still BETA release.. Y’all takkan boleh share pictures, no send files, no imvironment, no audible dan tak boleh main main BUZZ dah.. hehehe.. tapi tu semua takpe la.. janji lepas ni, bila kat tempat yang takde YM, dah senang nak online ikut website jer.. Yeah!! Y’all boleh nengok video preview dia.
This is the URL : messenger.yahoo.com
This is my screenshot:
Click Here
pssttt: abis la URL Yahoo Messenger for web ni kene ban ngan University plak nanti..
[update 02 june 2007]
Hari ini, Khai agak terkejut bila check Email tadi sebab melalui Email pon dah boleh masuk YM jugak. Ingatkan lambat lagi benda ni.. rupanya mmg dah boleh guna pun.. So memang tak boleh dipertikaikan lagi, Yahoo adalah yang terbaik untuk semua.. Lepas ni boleh la chating dalam kelas ke .. depan lecturer ke .. bila lecturer lalu je, buat2 la check email.. ngeh ngeh ~
Screenshot .. click this thumbnail..
Posted on 28 May '07 by Khai, under Friend, Web Promotion. 12 Comments.