Archive for 'Fun & Jokes'

Kenapa Khai Benci Zaman Sekolah? - Part 2


6. Gangstarz, eh Gangster
- Rasanya kat mana-mana sekolah pun ada kelompok yang bodoh tapi bajet pegang satu sekolah mengalahkan ketua murid mahupun Pengetua sekalipun. Diorang ni sah-sah memang tak masuk kepala Khai. Tapi apa yang paling Khai ingat, masa tu tingkatan 2. Khai ada couple dengan seorang awek cun ni nama dia Nurul Farhana binti Samsuri (saja tulis penuh kot-kot dia search Google nama dia ke.. haha). Nak dijadikan kisah sadis, seorang dari geng otai’k kucing ni minat kat si Nurul ni. So mamat ni tak payah ngorat or cari jalan nak usya si Nurul ni dah. Cara dia mudah je, tarik Khai pergi belakang sekolah, ajak gaduh one by one tapi team dia bersepah keliling. Siapa kalah, lu pikirla sendiri apa nak kene buat kan? Bertumbuk sepak terajang la jugak sekejap. Tapi sebelum Khai kalah (haha), Khai cakap malas nak gaduh sebab perempuan dan dipersilakan wahai encik otai’k kucing oi. Hari ini, kalau nak tahu ape dah jadi kat Nurul Farhana tu, dia dah nak khawin pun dengan mamat yang tak pernah dia kenal pun masa form 2 tu. Haaa, nasib la kau tak gaduh sampai patah riuk Khai oi sebab perempuan. Kalau tidak, tak ke sia-sia tu? Mangkuk yang otai dulu tu pun, dengar cerita dah jadi Askar. Amin, ada juga masa depan kau ye? Haha, jangan saman saya. Bukan sebab saya orang susah tapi takut kepala kau pecah. Hehe.

7. Chenta Monyet

- Alahai, ni sebenarnya nak cerita pun rasa macam dah transfer jadi monyet la pulak. Kalau sekarang ni korang dah masuk alam Universiti atau dah bekerja, mesti tersengih sorang-sorang terkenang kisah cinta monyet masa kat sekolah dulu kan? Tak pernah bercinta zaman sekolah? cukup-cukuplah cakap korang pergi sekolah hanya untuk belajar padahal kisah sebenarnya, korang tak popular pun kan? Hakhak. Sian dia. Tapi ingat, bukan semua cinta monyet tu hanya gayutan untuk sementara. Khai ada member yang couple dari sekolah hampir 9 tahun. Sekarang dah bahagia pun dia menanti kelahiran anak yang pertama. Wa salute sama lu la babe! Khai dulu time form 3 pernah couple dengan seorang akak yang 3 tahun lebih tua dari Khai. Nak tahu ape jadi dengan akak tu sekarang? Tengah jaga anak kat rumah la beb!! hahaha. Yang penting, sumpah itu bukan anak aku!! Hai, lawak nye la chenta cipanzi ni kan?

8. Poyo plus Loyo

- Masa form 5, Khai ade seorang member kelas ni nama dia Thines. Seorang pelajar india yang fasih berbahasa melayu. Ok la dia ni tapi apa yang kurang menyenangkan, dia ni tak boleh nengok ada orang lebih dari dia. Bukan Khai je la yang perasan, tapi satu kelas pun dah faham sangat. Ok fine la kalau dia nak lebih tapi kalau korang tahu camana cara dia nak lebih dari Khai tu, korang mesti rasa nak pelempang. Mula-mula Khai masuk Streamyx 512kbps, seminggu kemudian dia pun masuk Streamyx 1mb la pulak. Then Khai beli thumbdrive 256mb dengan harga RM150 (time tu ramai orang Malaysia tak tahu thumbdrive tu ape). Gila mahal kan time tu? Seminggu lepas tu, mamat india ni beli thumbdrive jugak. Punya banyak jenis thumbdrive ngan pendrive kat kedai, dia beli yang sebijik jugak. Warna, Saiz, Harga mahupun kedai pun sama. Oh tidak hampir jadi gila Khai dibuatnya. Khai beli pulak beg sekolah baru, selang beberapa hari je, dia pun beli beg sekolah baru dengan warna, jenama, saiz dan harga yang sama. Tak pasal-pasal member kelas cakap kitorang adik beradik la, boria la. Alahai memang dah gila Khai time tu. Dengan tiadanya sikit pun sifat ingin berlumba dengan dia, Khai beli plak MP3 Player. Beberapa hari lepas tu je dia bawak pergi sekolah MP4 Player. MP4 la pulak babe! Khai belajar design website dan beli domain Scukz dot com tu, dia pun beli domain tapi tak tahu ape fungsi domain tu. Hahaha. Kesian ke tidak tu?

Ini kisah yang memang benar-benar berlaku pada diri Khai. Korang pun mesti pelik kan? Tapi Khai tak kisah pun sebab Khai tahu dia jadikan Khai role model. Hahaha. Eh ade satu lagi. Khai yang struggle duk cerita kat dia yang Khai nak study kat MMU (time tu dia ingat MMU tu sejenis kuih), dia pulak sekarang yang tengah study kat MMU melaka. Khai dah tercongok kat Limkokwing University ni. Apekejadah’nya ada makhluk macam ni? Korang study MMU? kalau ye tolong bunuhkan dia untuk Khai. Khai kasi ganjaran terima kasih punya. Jangan risau. Haha
(more…)

Posted on 2 June '08 by Khai, under Daily craps, Fun & Jokes. 32 Comments.

Kenapa Khai Benci Zaman Sekolah? - Part 1


Time-time cuti semester macam ni, bila balik kampung tu, mesti lalu depan sekolah. So nak taknak, macam-macam ler kenangan best ngan tak best yang masuk dalam kepala ni. Masa kat Universiti, lecturer tak macam cikgu. Student pulak semua boleh dikatakan satu taraf tak macam kat sekolah dulu ada pengawas, ketua kelas dan macam-macam lagi la. Eh tapi kat campus kira Khai ketua kelas cuma takde la dipanggil ketua kelas. Dah macam budak sekolah plak bunyiknye. Ianya dipanggil? Class Rep. Hehe. Ada la lagi student yang jadi Embassador la ape la, tapi ahh!! persetankan mereka tu. Mengapa mereka perlu dipersetankan? bagi Khai, mereka tak layak sebab kita kenal siapa diorang kan? Tapi dah diorang apply then dapat plak, rezeki la tu.

Ok sambung pasal teringat zaman sekolah tadi, entri kali ni Khai nak senaraikan beberapa perkara zaman sekolah yang bila dikenang balik masa zaman Universiti ni, rasa macam nak pergi bakar je sekolah tu.Tapi harap maklum, ini semua atas pengalaman Khai sendiri dan kejadian di sekolah Khai.

1. Salin Semula
- Khai betul-betul tak faham, kenapa dulu cikgu mesti suruh salin semula soalan dalam buku latihan dulu then jawab soalan kat bawah dia. Pernah dulu Khai taip semula soalan tu then tampal dalam buku, sekali kena piat telinga juga. Nasib Khai taip, kalau fotostat la agaknya, lagi parah. Dia cakap kenapa pemalas sangat?!! Pelik bukan? Bukankah itu memudahkan murid. Mana yang penting, soalan atau jawapan wahai guru? Lagi haru ada pelajar yang salin soalan, then baca soalan dari buku teks juga. Alasan sebab tak faham dengan apa yang dia salin. Ape taknye, tulisan macam cakar mak ayam. Hehe..

2. Datang Lambat
- Masa form 5, Khai adalah seorang pengawas dan kebisaannye, Khai bangun tidur jam 6:30 pagi. Lepas siap-siap semua, pergi sekolah dalam jam 7:15 pagi. Time tu, mana-mana sekolah pun, paling lewat boleh sampai pagar jam 7:30 pagi. Dek kerana guru HEM yang poyo, waktu paling lewat sampai pagar adalah jam 7:00 pagi. Wtf? Tak kiralah pengawas atau murid biasa, kalau dah lebih pukul 7 pagi tu, nasiblah. Kena rotan dengan cikgu lelaki, boleh tahan lagi just sekali kat punggung. Dapat kat guru HEM perempuan, hurm nahaslah puting. Dia main cubit kat puting daaa.. Gila seks mungkin.

3. Lepas Tangan

- Bagi mengelakkan pelajar-pelajar sampai lewat ke sekolah, pihak sekolah menyarankan pelajar ke sekolah dengan motosikal. Khai pun pergi la sekolah dengan motor lama Khai dulu. Suzuki RGV biru je beb masa tu. Tu pun dah kira motor paling “kaya” kot masa tu dan menjadi motor idaman para wanita yang gemar menumpang. Hehehe. Memang hebat kan cadangan pihak sekolah tu sampaikan diorang siap sediakan tempat parking untuk motor kat depan sekolah. Tapi yang bangangnya, kadang-kadang ada JPJ datang buat sportcheck motor sambil cari tuan motor tu mintak lesen. Yang kejamnya, bila jadi macam tu, pihak sekolah kelu seribu bahasa. Tak nak masuk campur langsung. See?

4. Ragam Kelas

- Masa Khai form 5 dulu, lantai kelas Khai bukan lantai biasa tapi ada mozek. Masuk kelas siapa pakai kasut, jawapannya kalau kepala tak kena luku tiga kali dek cikgu Rahman (kurang ajar betul main kepala), mesti kena duduk luar kelas sampai balik. Masalahnya, bila dah bukak kasut, ramai plak student yang pakai stokin duk main ski atas mozek tu. Licin la katakan. Hasilnya, stokin putih boleh bertukar jadi hitam dan bila pakai kasut, hah lihatlah hasilnya di bahagian dalam kasut tu. Eeee.. geli..

5. Jerat
Kat belakang kelas Khai juga terdapat papan karem (mainan jentik2 buah masuk lubang tu la) dan juga papan main dam yang siap ada tutup oren lagi. Apa yang peliknya, cikgu-cikgu buat-buat tak nampak atas kewujudan permainan tu. Khai pun masa masuk kelas kali pertama dulu memang dah nampak permainan tu. Tapi baguslah, at least kitorang boleh release tension ape lagi lepas subjek Add Math yang menggunakan kepala lutut tu. Tapi lama-lama kitorang rasa ianya bagai sebuah jerat. Apa tidaknya, kalau la ada cikgu yang masuk time kitorang happy-happy main karem atau dam belakang kelas, hehe, malaslah nak cerita. Lu pikirlah la sendiri bak kata Nabil.

lagi? ada lagi.. tapi.. dalam part 2 nanti yang lebih menarik. Tunggu ek! :P

psstt: Tolong jangan kasi komen macam cikgu banyak berjasa la, Khai tak mengenang jasa la dan apa-apa pun komen yang poyo since entri ni masih ada sambungan. Untuk komen kali ni, please sokong Khai atau nak tolong kutuk cikgu or sekolah korang pulak, dipersilakan. Ok guys!!

Posted on 29 May '08 by Khai, under Fun & Jokes. 27 Comments.

Khai’s New Hair Style

Tak tahu nak cakap ape.. just esok hari jadi orang yang penting dalam hidup Khai. Tapi Khai ngah kering ni dan pada masa yang sama, orang tu tengah merajuk sekarang. Entah lah, dia memang suka merajuk, tapi Khai tahu yang merajuk dia bukan betul-betul sangat. Sekejap sangat dah ok dah. Takpe la, korang tunggu je la perkembangan terbaru nye nanti dalam entri terbaru..

Now, pernah korang terpikir apa jadi kalau watak2 kartun kat dunia ni betul-betul jadi realiti depan mata korang. Cuba bayangkan kalau Doraemon yang kita nengok dari kecik kat dalam tv tu berdiri depan korang membawa pokot dia yang best tu. Dah la kemetor, takde jari. Kucing warna biru plak tu. Hahaha. Tak ke haru.. Tapi Doraemon tak tahu la bila lagi nak direalitikan, yang Khai dapat via email ni pun, gambar si Simpson yang dah dijadikan manusia. Seakan-akan Simpson ni betul-betul wujud. Hahaha.

Kelakar ek? Nengok mata dia. Kalau nak nengok lain-lain kartun yang dah direalitikan, korang nampak URL dia kat gambar tu kan?

Oh ye, sabtu ni kat Limkokwing ade Graduation Day untuk student batch 1. Kira senior Khai la. Datuk Najib datang nanti. Kitorang semua kena pergi la plak untuk sambut kedatangan Najib tu. Dalam hati Khai, ape kejadahnye? Tapi nengok la kalau rajin nanti pergi la kot. Err, korang nak nengok keadaan rambut Khai sekarang tak? Chop chop!! bukan botak tapi.. errr, errrr.. sure ada antara korang yang cakap rambut macam orang sakai la, rambut orang tak guna la. Satu je Khai nak cakap. Sekarang ni kita berada dalam dunia global yang dikelilingi dengan dunia kreativiti. Apa lagi jika korang seorang student sebuah University Kreativiti seperti Limkokwing University. Everything is about creativity. Tiada yang lain dari itu.

Amacam? Hahaha. Rambut Khai ni di design oleh dua student hair design, Bob dan Botak. Terima kasih kepada diorang. Buat kat Headline, Limkokwing je. Takyah pergi jauh-jauh. Free pulak tu kalau dah namanya member yang buat. Hahaha. Tapi ni gambar beberapa minggu lepas (awal april). Sekarang dah panjang sikit dan line pun dah tak berapa nak nampak. Errr, kalau ditanya mengenai tema, disebabkan sekarang we’ll kat sini tengah tergila-gila nengok bola dan main game Fifa08, so tema untuk rambut kali ni adalah Football Maniac. hahaha. Ni kalau nampak kat abang Khai ni, mesti dia bebel. Tapi bukan ke kreativiti tu bukan hanya terletak di atas sebuah kertas, kat Sungai Klang area Pasar Seni tu pun, kalau korang perasan, ada jugak yang nak buat grafitti. Cool heh?

Beego Bercerai

Alahai, baru je lagi tulis entri pasal artis main geget-geget, sorang mamat ni dah pun dikatakan bercerai. Ape kejadahnye kejap je dah nak bercerai. Ni khawin ke main khawin-khawin ek? Hahahaha.. Entah la.. itu la yang pernah Khai katakan dulu, kalau khawin ni orang cakap mendirikan sebuah masjid, tapi dalam masjid tu dipenuhi dengan maksiat, ape kejadahnye? bukan begitu?.. Beego jangan saman saye :P saya orang susah :P

Entri artis main main geget-geget, klik sini.

Posted on 18 April '08 by Khai, under Daily craps, Fun & Jokes. 13 Comments.

Any Vacancy out there?

Alhamdulillah, setelah hampir 3 hari Scukz di suspend, akhirnya pulih kembali pada malam ini. Hakikatnya, Scukz terpaksa disuspend seperti biasa dek kerana overload atau dengan kata lainnya, Scukz ni memang suka makan cpu usage yang agak tinggi. Jadi bagi tidak memberi effect tidak baik kepada web-web lain yang berada di dalam server yang sama terutama KelantanTV yang mengadakan event agak besar di website mereka, Scukz terpaksa beralah dulu bagi memberi peluang kepada mereka. Inilah ironinya website yang disponsor sepenuhnya seperti Scukz.Com. Mohon maaf kepada semua dan perhatian kepada pemilik blog di bawah domain Scukz, tolong beri perhatian kepada load blog anda. Jangan streaming lagu yang diletakkan dalam direktori Scukz dan jangan upload something yang bersaiz terlalu besar (seperti yang terkandung dalam syarat free blog at Scukz).

Beberapa hari ini, Khai agak busy dengan jemputan open house saudara mara dan adik-beradik sendiri. Siang tadi hantar Nieza balik Perlis pula tapi takde la sampai Perlis, sampai Puduraya sudey. Sejak Scukz disuspend ini, aku rasakan internet tidak terlalu bermakna lagi. Sekejap sudah boring. Kau akan tahu apa yang Khai rasa jika kau memiliki sebuah web berdomain & berhosting sendiri. Jika web kau bermasalah, kau lah orang paling bermasalah sekali jika dilihat. Haha. Khai banyak menghabiskan masa melawat blog orang lain terutama blog mereka-mereka yang popular. Lihat saja di senarai mybloglog mereka, pasti ada aku, Khai.

Kini Khai dah masuk fasa cuti Semester. Hampir 3 bulan juga cuti ni. Ingat nak kerja. Usya-usya takde la plak kerja kosong. Ingat nak cari Cyber Cafe atau apa sahaja peluang pekerjaan melibatkan internet. Kira Khai boleh bekerja sambil ber’internet kan diri. Jadi sesiapa yang ada peluang pekerjaan, email atau call la Khai yer? Kalau leh area KL la. This is for the first time cuba nak cari kerja part time untuk lebih kurang 2 bulan macam tu. Boring duduk rumah. Awek pun jauh. Perlis sana tu hah!

Untuk mengelakkan post kali ini dianggap crap semata-mata, apa kata amik tahu sikit mengapa kita diWAJIBkan untuk off handphone atau sekurang-kurangnya JANGAN call sapa-sapa masa tengah mengisi minyak. Tapi bagi Khai kalau kita tak call pun, kalau orang call kita naya juga. Kesimpulannya, Off sahaja handphone tu. Lebih lanjut, (more…)

Posted on 28 October '07 by Khai, under Daily craps, Fun & Jokes, Weird/Funny Stuff. 8 Comments.

Dunia Animasi di Malaysia, Upin & Ipin dan Les’ Copaque

dunia-animasi-di-malaysia-upin-dan-ipin-jadi-model.jpg

Pernah menonton animasi pendek bertajuk Misi Mustahak? Misi 3 orang tua yang mahu menonton televisyen terhalang oleh seorang wanita berbadan sasa penjaga rumah orang tua. Hah, kalau tak pernah nengok, kau masih lagi seorang yang berbumbung’kan tempurung. Untuk animasi pendek itu, sudah cukup membuatkan aku terbayang-bayang malaysia akan ada animasi yang hebat tidak lama lagi. Berikan pula animasi kita kepada dunia luar. Bukan hanya membayar animasi luar untuk dibawa masuk ke sini. Aku pilu melihat animasi kita seperti Usop Sontorian dan Keluangman. Aku sangat sukakan jalan cerita kedua-dua animasi itu tetapi apa yang membuatkan aku pilu adalah akan ‘kecantikkan’ animasi’nya. Jalan cerita yang baik perlu diikuti dengan animasi yang baik. Bukan lagi seperti animasi Doraemon yang sudah wujud sejak 30 tahun dahulu apakan lagi jika animasi kita lebih biasa dari Doraemon. Oh, itu satu disaster!

Aku pernah berbicara dengan seorang senior aku yang kini menjalani praktikal di sebuah studio animasi terkenal di Malaysia. Aku bertanyakan tentang dunia’nya di sana. Aku terkejut mendengar mereka membuat kartun untuk projek terbaru bagi animasi di TV1 menggunakan Adobe Flash. Adobe Flash? ah, patutlah kartun Malaysia tidak pernah berubah. Belajar di Universiti yang penuh dengan dunia kretiviti, membuatkan aku lebih celik mengenai animasi. Aku tidak lagi memandang animasi hanya sebuah cerita kanak-kanak tetapi lebih memandang di mana keunikkan sesuatu animasi yang ada. Menonton animasi dari luar terutama dari Jepun membuatkan kita berfikiran ianya sudah biasa. Akan tetapi, bagaimana jika kita dapat melihat animasi seperti mereka wujud di Malaysia?

upinipin.jpg
pemegang watak suara bagi animasi Upin & Ipin.

Aku terpaku melihat sebuah animasi dari Malaysia bertajuk Upin & Ipin yang berkisarkan tentang kehidupan dua beradik kembar melalui bulan puasa. Jalan cerita’nya sangat baik membuatkan aku ketawa tidak kering gusi. Upin dan Ipin terlalu comel bagi aku walau kepala mereka terlebih besar sedikit dari badan. Melihat animasinya pula, eh, betul ke ini animasi dari Malaysia? Ya, ianya betul. Lihat sahaja rekaan watak yang ada. Tersangatlah kemelayuan dan ini adalah sebuah animasi 3D. Akhirnya, slogan Malaysia Boleh akhirnya menjadi kenyataan. Bukan sekadar angan-angan kosong.

about_lescopaque_khai-blog.jpg

Les’ Copaque Production, sebuah produksi yang sama menghasilkan Misi Mustahak yang aku ceritakan di atas tadi telah muncul untuk merubah persepsi animasi di Malaysia. Les’ Copaque menjadi bumbung kepada anak-anak muda kita yang menjadi tiang kepada Les’ Copaque sendiri. Kebanyakkan dari mereka datang dari pelajar lulusanMMU dan lebih 90% dari mereka adalah anak Melayu. Tidak cukup membuatkan aku teruja dengan itu, lihat pula apa yang sudah mereka ada. Mereka telah menang banyak award. Lihat sahaja di sini. Projek terbaru mereka ialah animasi Geng:The Adventure Begins yang akan beraksi di kaca televisyen atau mungkin panggung wayang pada akhir tahun ini. Cuba lihat trailer mereka. Hopefully bukan di RTM atau Astro!! Ini adalah filem animasi CGI Malaysia yang pertama. So, tulis dalam diari atau note sedikit dalam handphone kalian!! Made in Malaysia by Malaysian you know!

7upin_ipin00.jpgBerbalik kepada animasi Upin & Ipin, ianya adalah kesinambungan bagi filem animasi Geng dek kerana Upin & Ipin juga turut beraksi dalam filem animasi tersebut. Sebuah lagi produk berkualiti dari Les’ Copaque. Sehingga artikel ini di tulis, animasi ini baru 4 episod keudara di TV9 setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 7:30 malam. Masih menunggu dua (2) episod lagi bagi menggenapkan enam (6) episod kesemuanya. Minum segelas air, pergi solat Maghrib dan makanlah di hadapan televisyen bersama Upin & Ipin. Aku terlalu banyak ‘miss’ dengan animasi ini tetapi terima kasih kepada Youtube. Pergi ke sana dan tonton’nya. Kau tahu, animasi ini membuatkan aku rasa yang Kak Rose si cantik manis itu betul-betul wujud. Oh, aku admire akan beliau. Kak Rose….. juga ingin saja ku tarik jambul Upin dan sekeh kepala botak licin si Ipin yang kuat sangat melantak ayam goreng!

Download - Right click & save link as

Kalau dah sedar diri awak tu guna Streamyx yang lembap, takyah la nengok sekat2 camtu buat sakit hati je. Ni aku ada sediakan link untuk terus Download. Sila Right Click & save Link As. Tambahkan extension .flv di belakang nama file dan perlukan any FLV Player untuk dimainkan. Dapatkanlah GOM Player!!

1.jpg
Download Upin & Ipin Episod 1 - Esok Puasa

2.jpg
Download Upin & Ipin Episod 2 - Dugaan

3.jpg
Download Upin & Ipin Episod 3 - Nikmat

4.jpg
Download Upin & Ipin Episod 4 - Terawih


Download Upin & Ipin Episod 5 - Esok Raya


Download Upin & Ipin Episod 6 - Hari Raya

Ini paling wajib kalian download. Aku rasa sampai nak menangis melihat kehebatan trailer ini.

5.jpg
Download Geng: The Adventure Begins Trailer

Panjangnya aku menulis. Dah pukul 8:45 pagi aku masih belum tidur lagi. Dah lebih 2 jam 45 minit waktu tidur aku.. Huwaaa…

* Dua lagi episod telah di tambah pada 16 Oktober 2007.

Posted on 28 September '07 by Khai, under Anime, Download, Fun & Jokes, TV Programs, Technology, Web Promotion. 28 Comments.

Jajahan Minda Si Kecil

Thanks to Moghammmer. Kali pertama melihat iklan ini, aku terkejut. Terkejut dari pelbagai aspek. Pertama’nya aku terpesona melihat budak itu menjawab soalan. Tidak tahu’lah samaada ianya dirancang atau budak itu memang bijak menjawab soalan secara spontan. Dalam english pula tu. Memang bijak. Ianya kelihatan sangat bersahaja. Kedua’nya, aku tertanya mengapa ada iklan seperti itu? Apa yang ingin diberitahu kepada umum dan apa mesej yang diselitkan.

Tan Hong Ming ialah pelajar sekolah rendah yang menyukai seorang pelajar wanita se’usianya, Umi Qazrina. Comel sungguh budak perempuan itu. Jikalau aku menjadi Tan Hong Ming, pasti aku juga akan menyukai Umi Qazrina. Err, tapi mana mungkin kerana aku masih budak sekolah rendah yang hingusan lagi. Berikut adalah dialog iklan di atas yang aku ambil dari blog Wardahmustapa.

Tan Hong Ming : Her name is Umi..Umi Qazrina.. I like her..
Lady : Why do you like her?
Tan Hong Ming : She wears earrings.. She ties a ponytail… She’s pretty.
Lady : What do you wish you could say to her?
Tan Hong Ming: Do you wanna come on a date.. err.. to a romantic dinner..
Lady : Does she know you like her?
Tan Hong Ming: No, I keep it a secret.
Lady : Why?
Tan Hong Ming: I don’t want the whole world to know.
Lady : Why not?
Tan Hong Ming: Because everybody will laugh at me.
Lady : Why should they laugh at you?
Tan Hong Ming: Cause she doesn’t like me.
Lady : She doesn’t like you?

Then comes the interesting part, where Umi Qazrina walks in.. and stood right beside Tan Hong Ming.

Umi Qazrina: My name is Umi Qazrina.
Lady : Who’s your best friend?
Umi Qazrina: Tan Hong Ming.
Lady : Do you like him?
Umi Qazrina: * momentary silence*
Lady : Do you have a boyfriend?
Umi Qazrina: Yes.
Lady : Who is your boyfriend?
Umi Qazrina: Tan Hong Ming.

Apa yang kelihatan selepas itu, Tan Hong Ming menarik tangan Umi Qazrina membawa entah ke mana. Tagline untuk iklan ini ialah “Kanak-Kanak Memahaminya” yang membuatkan aku menjadi agak konfius. Apa yang kanak-kanak itu faham? Ini iklan kemerdekaan. Adakah ingin menunjukkan yang kanak-kanak itu cintakan negara? Tidak sama-sekali. Adakah ingin menunjukkan kanak-kanak itu gatal? Ya, itu yang aku nampak. Pengarah iklan itu perlu menghantuk-hantuk’kan kepala di dinding kerana mengeluarkan idea seperti itu. Ramai yang memuji iklan ini mungkin dek kerana gelagat dua kanak-kanak itu dan ramai juga yang mengutuk. Masuk saja di link Youtube ini http://www.youtube.com/watch?v=ZTJBnlk1TQw, dan kalian lihat’lah sendiri. Aku tak mahu berbicara lebih-lebih di sini. Pada pendapat aku, ini adalah iklan dari Petronas yang paling buruk dalam sejarah pengiklanan’nya. Mungkin dari segi mesej yang ingin disampaikan.

Download Iklan Ini. Right Click di sini.
- right click dan save link as. Sila rename file ini kemudian tambahkan .flv di belakang
- Buka menggunakan flvplayer atau GOM Player. Jika tiada, sila download di sini.

Posted on 8 September '07 by Khai, under Celebration, Entertainment, Fun & Jokes, Religion. 47 Comments.

Japan Fear Factor - Prize 1 Billion Yen

Sekali lagi ingin bercerita pasal Jepun, sebuah negara termaju di Asia dan mungkin juga di dunia. Dua hari lepas aku bercerita mengenai kegilaan jepun merekacipta bentuk ais krim menjadi seakan-akan kemaluan sang lelaki, apa pula kali ini. Entri kali ini mungkin akan membuatkan kalian berasa nak termuntah dan tak lalu nak baca. Tapi takpe la.. gambar je pun, bukan ada bau. Hehehe.. Aku ingin menunjukkan beberapa gambar extreme sebuah rancangan terhangat seluruh dunia iaitu Fear Factor. Tapi kali ini bukan versi english, tetapi versi jepun iaitu Japan Fear Factor. Ganjaran mereka juga lebih tinggi iaitu 1 billion Yen. Kalian tukar’kan kepada mata wang Malaysia, sampai mati pun belum tentu mampu kita habiskan.

Kena dengan ganjaran, cabarannya bukan lagi lompat bangunan, terjun helikopter atau apa sahaja aksi extreme yang biasa kita tonton di kaca televisyen, tetapi Japan Fear Factor betul-betul membawa satu cabaran yang tersangat-sangat extreme sehingga jika aku menjadi pesertanya, aku lah orang pertama yang berambus tanpa berkata apa-apa.

makan-taik-1.jpg

Gambar seterusnya, (more…)

Posted on 20 August '07 by Khai, under Breaking News, Fun & Jokes. 60 Comments.

Semut Phobia

ant_by_alexbalix.jpg
Aku ada buat sedikit research mengenai semut. Tapi hanya di Wikipedia saje lah sebab tak banyak masa sangat. Kalian boleh lihat dan baca sendiri jika minat. Klik di Sini. Sebenarnya nak kasitahu yang aku ni sangat berani orangnya. Luaran nampak aku ni macam pendiam, penakut, pengecut dan bermacam-macam lagi andaian ke-arah kesopanan gitu, haha tapi aku sahaja yang tahu siapa aku. Aku akan tegas pada siapa yang kurang ajar pada aku tak kiralah tua atau muda even family aku sendiri. Aku berani kerana benar dan aku berundur secara terhormat kalau aku tahu aku salah. Itu prinsip aku! dan seberapa berani aku pun, aku takut pada serangga kecil ni. Ianya Semut. Tidak kira lah apa jenis semut pun samaada warna, berbisa atau saiz tapi kalau ianya dipanggil semut, secara automatik bulu roma aku akan naik seberapa banyak kali apabila hati aku terdetik tentang semut sambil otak menggambarkan semut yang sedang berjalan mengikut laluan mereka dengan penuh setia. Bukan bulu roma sahaja berdiri tetapi aku rasakan seluruh saluran bulu yang ada pada aku akan menegang yang menyebabkan aku beraksi seperti geli-geleman. Ianya termasuklah juga bulu yang sedang kau fikirkan sekarang ni. hehe. Nakal!! Ini semua kerana Semut! Ya SEMUT!! bukan lipas, lipan, unta, cipan, cicak, rama-rama, kucing mahupun apa jenis serangga dan haiwan pun. Harimau pun aku tak pernah takut tapi aku terpaksa takut sebab kalau aku lawan dia, dah tentu aku kalah nye kan?

180px-antsdismemberingbigbug.jpgAku sering menjadi bahan ejekkan member dek kerana semut! Mereka selalu ambil seekor semut dan baling atau letakkan secara senyap kepada aku dan kau tahu apa yang akan terjadi? aku tak pernah kira apa akan terjadi pada semut tu mahupun rakan aku selepas itu. Nasib la kamu berdua. Dulu hidup aku bahagia apabila datang ke hostel ini kerana ini bangunan baru dan susah sekali aku ingin melihat semut walaupun seekor. Tetapi kini aku susah sekali nak jejakkan kaki ke lantai apabila duduk di kerusi gara-gara semut makin membiak pula di sini. Aku takkan merelakannya. Kalau ada kamera, aku dah snap apa yang ada di sebelah aku ni. Kau rasa apa yang ada? Ya, ianya se-tin Ridsect pembunuh semut yang sentiasa menjadi senjata aku menentang serangga kecil ini. Aku tak tipu, sebut pasal hantu, cerita seram atau apa sahaja yang membuatkan bulu roma manusia normal berdiri, aku takkan begitu cuma semut yang membuatkan bulu roma aku berdiri dengan penuh bangga. Aku rasa jika suatu hari nanti ada pertandingan bulu roma siapa paling cepat berdiri atau paling banyak kali boleh berdiri dalam sejam, akulah juara’nya. No doubt about it!!

405px-the_ant_bully-_poaster.jpgAda nengok filem The Ant Bully arahan John A. Davis? aku memang tak boleh terima animasi tu apabila manusia boleh berbaik-baik dengan semut. Iskk.. Seram-nya. Apakah perkara yang boleh menyebabkan bulu roma kalian berdiri dengan megah? adakah ianya sama seperti aku dek kerana gara-gara seekor semut? Oh semut, minggirlah kamu dari dunia-ku. Aku tertanya-tanya, mengapa aku jadi begini? Hati aku kaut mengatakan, ini bukan penyakit keturunan kerana family aku sendiri ketawakan aku. Adakah mungkin pernah terjadi sesuatu antara aku dan semut semasa usia kecil aku dulu yang menyebabkan aku begitu menyampah dengan serangga paling comel di dunia ini. Kau tahu berapa kali bulu roma aku dah naik semasa aku menulis artikel ini? Kau kiralah berapa banyak perkataan “semut” di dalam artikel ini, dan itulah jumlahnya! Boo-Yah!!

Pssttt: ya, aku bercerita mengenai semut, bukan hantu! Oh, satu rahsia terbesar aku telah terbongkar.

Posted on 16 August '07 by Khai, under Breaking News, Fun & Jokes, Weird/Funny Stuff. 16 Comments.