Sejauh mane korang tahu pasal Apple Macbook Air? Apple cakap ini adalah laptop atau notebook yang paling nipis pernah terhasil di atas muka bumi Allah ni. Ya, mungkin jari-jemari Khai adalah jari yang ke 123,560,001 menari di atas keyboard mengenai Macbook Air, tapi ramai lagi yang tak tahu sebenarnya.
Kat atas ni ialah official ads of Macbook Air. Bukan yang Macbook Parody ok. Dah cukup teransang? Hah, pergi minum Kacip Fatimah. Hahaha. Belum cukup teransang? Wooo, dashat korang ni. Takyah minum Tongkat Ali plak, just nengok je Macbook Guided Tour kat bawah ni.
Tak payah Khai nak cerita panjang lebar pasal Macbook Air ni kan? Kalau dah nengok dua video kat atas tadi, korang paham-paham je la sendiri. Cuma apa yang mengecewakan (harga mahal tapi rasa tak berbaloi), bagi Khai, Macbook Air ni agak melecehkan. No DVD drive, 1 port USB dan banyak lagi. Tapi zaman sekarang, everything kita nak yang kecil dan nipis kan. So dah keluar notebook senipis macam ni, pergi la beli.
So amacam? PC or Mac? Khai dah order taw. RM10k lebih je tak mahal. Tapi…
Err, ada sapa-sapa cakap lagu dalam iklan Macbook Air tu sedap? Mahu download? (more…)
Hari ini adalah hari yang paling gembira dalam hidup aku. Kegembiraan ini telah aku bawa dari semalam hinggalah kini. Apa tidaknya, aku menerima hadiah yang paling mahal dalam hidup aku sempena hari jadi. Hadiah yang aku maksudkan, adalah Nokia N73 yang aku idam-idamkan selama ini. Kehadiran N73 semamangnya tidak disangka seawal ini. Biar aku ceritakan bagaimana N73 ini boleh dikatakan datang bergolek menemui aku.
Beberapa bulan lepas, jika kau pembaca setia blog ini, pasti tahu pasal kehilangan handphone aku, N-Gage QD. Ya, kalau boleh aku ingin hebah’kan satu dunia kerana aku betul-betul bengang dengan kehilangan handphone pertama hasil titik peluh aku tu dan sesuatu telah berlaku di Myspace.
Kak Lea, seorang ibu dan isteri yang betul-betul baik bagi aku. Beliau pernah memberi bantuan kepada aku beberapa tahun lepas untuk terus memajukan Scukz. Itulah sebab aku sentiasa ingat’kan dia. Aku tidak pernah berjumpa Kak Lea secara empat mata mahupun berbual di telefon, tetapi fikirkan bagaimana ada seorang insan yang sungguh mulia datang menghulur bantuan di saat aku betul-betul memerlukan pertolongan demi Scukz.Com dan semua ahli. Jika portal itu tutup dahulu, aku tahu pasti ramai yang kecewa dikala misi berlumba-lumba jumlah post sedang meriah berlangsung di forums. Bantuan Kak Lea bukan sekadar satu ratus atau dua ratus, tetapi lebih dari yang aku perlukan.
Di Myspace,
Aug 8, 2007 11:16 PM
a’kumm adik kak sayang!!! khai kak minta maaf sebab kak curi lagu khai….kak minta maaf khai
Aug 9, 2007 12:56 AM
kekek.. ooo curi yee. nak kene babab ni akak ni.. hehe.. ala ape khai nye, anggap je akak punye jugak.. okies..
Aug 9, 2007 1:42 AM
trima kasih khai!!! nak hadiah bday tak?? kak belikn phone nak tak khai kak kira 1,2,……. kalau x jwap maknanya tolak rezeki jengggg jenggggg….
Aug 9, 2007 1:54 AM
niru tapak tangan, nokia n73 patik tadahkan… wakakakaka… okies kak.. thanks for wish my besday….. hehe.. kejap je dah 1 tahun ek…
Balasan testimoni yang aku berikan itu sekadar melayan Kak Lea yang aku anggap sengaja mengusik. Kemudian aku menerima sebuah email. Email apa? Email bertanyakan alamat hostel aku? Isk, betul ke akak ni. Ingat gurau-gurau, sekali sampai send email mintak alamat la pulak kan? Sesi berbalas email berlaku selama beberapa hari. Akhirnya tanggapan aku ianya sebagai gurauan hilang dek kerana kesungguhan Kak Lea membuatkan aku nampak yang ianya betul-betul suatu yang serius,
Aug 15, 2007 4:12 PM
mekasih kakkkkkkkkk.. love u love u love uuuuuuuuu!!!! hehehe :D
Semenjak dari itu, aku menunggu hadiah hari jadi dari Kak Lea dengan penuh debaran. Aku menunggu tetapi bukan dengan harapan yang tinggi. Dalam fikiran aku, ah, mana mungkin aku akan dapat hadiah N73 percuma! Pasti Kak Lea ingin mengusik aku lagi. Oleh kerana kesibukan Kak Lea, kerap kali beliau kirimkan ucapan memohon maaf kerana lewat menghantar hadiah itu. Lihatlah, sudahlah ingin berikan aku N73, boleh pula dia berkata begitu. Aku selalu sahaja menjadi serba salah. Malu pun ada dengan Kak Lea.
Maka semalam, 21 September 2007 jam 2 petang, aku menerima sebuah bungkusan yang dibalut rapi. Aku lihat ianya kiriman dari Ipoh. Tertulis nama Kak Lea di bungkusan tersebut. Oh, aku tersenyum sendiri tidak menyangka. Jika tiada orang, mahu sahaja aku lompat setinggi mungkin. Aku membuka bungkusan kuning itu dengan penuh debaran. Dah buka satu, ada lagi balutan lain yang menggunakan kertas pembalut hadiah bertulis Happy Birthday. Aku buka bungkusan itu dihadapan kawan-kawan dan semua macam tidak percaya, ianya sebuah telefon bimbit Nokia N73 Music Edition. Suasana menjadi kelam kabut seketika.
Terdapat sebuah kertas berwarna PINK di dalamnya tertulis,
Assalamualaikum Khai! Maaf lambat hantar hadiah… Kak bz sikit….. Khai jagalah phone ni baik-baik ye.. sayangkan’lah phone ni macam Khai sayangkan Nieza.. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa.. Kita makan sama2.. Ikhlas dari kakakmu yg taklah berapa jauh.. kat Ipoh je :P
Malam tadi aku menghubungi Kak Lea. Ini kali pertama aku mendengar suara insan yang aku anggap ‘angel’ ini. Biarpun perbualan kami tak lama kerana Kak Lea sibuk bersiap-sedia menyambut hari jadi anak’nya, tapi dah tentunya Khai dapat mengucapkan terima kasih dan menunjukkan bertapa Khai sangat menghargai pemberian dari Kak Lea itu. Itulah, Siapa kata di Internet susah nak jumpa orang yang baik-baik? ramai sebenarnya.. Terima Kasih Kak Lea!! Kalian cubalah cari “Kak Lea nombor 2″, mana tahu bernasib baik seperti aku mengenali insan seperti itu.
Dalam berita kegembiraan aku menerima hadiah Nokia N73, Nieza pula kehilangan handphone beberapa jam selepas N73 aku terima. Dia keluar bersama kawan sebilik mencari baju raya dan kehilangan handphone berlaku di Pasar Seni ketika sedang berebut menaiki bas. Sungguh pakar si pencuri durjana itu. Bukan sahaja handphone Nieza yang diambil’nya, duit RM100 kawan sebilik Nieza juga lesap tanpa disedari. Dalam hati aku terdetik, mungkin mereka dipukau. Pergi mati’lah sama si pencuri itu dan seluruh keturunan’nya. Nieza menangis semasa menemui aku tadi disaat aku ingin menunjukkan hadiah N73 yang aku terima. Hajat dia tidak kesampaian untuk bertukar-tukar handphone N73 dengan SE Cybershot K700i semasa hari raya nanti. Tidak mengapalah, sabar sajalah sayang. Lihat pada Khai, hilang N-Gage QD dan apa yang Khai genggam sekarang? sebuah Nokia N73. Setiap kejadian pasti ada hikmah’nya.
Pssttt: Kak Lea setia berada di senarai Myspace Top Friends aku. Lihatlah, selepas ini blog ini akan lebih berseri dengan kedatangan gambar-gambar yang aku ambil sendiri.
Tarikh paling best untuk tahun ini [070707] telah pun berlalu semalam. Tak hairanlah jika akak kepada tunang akak aku ingin bernikah dahulu pada hari ini dan bersanding pada ahad depan.. Puas semalam aku memikirkan kenapa pula dia berbuat begitu.. ternyata menyusahkan pihak lelaki dari Terengganu untuk berkunjung tetapi baru hari ini aku perasan yang dia mahukan tarikh yang datang setahun sekali ni untuk hari pernikahannya.. Wutever lah! ada apa dengan tarikh kan?
Ni entry kedua aku pasal I-Phone dalam minggu ni. Isk, geram betul la.. kalau la ada kuasa boleh hilang-hilang macam Goku tu, dah lama aku pergi US jap curi beli I-Phone. And sehingga kini aku tak henti-henti memikirkan tentang I-Phone dengan cara membuat sedikit sebanyak research bersama-sama pakcik kesayangan aku yang bijak tapi bisu. Tapi harganya yang macam $!@! mesti akan lebih mahal bila sampai di Malaysia nanti. Mampukah aku membelinya? Dan terima kasih kepada Fifi kerana kasi aku selaras gambar (akulah perosak penjodoh bilangan) yang dengan bangganya telah menjelaskan kepada aku kenapa I-Phone ni mahal. (more…)