” unique hits this week for justkhai.com (06 - 12 mar) “
Image di atas adalah screenshot Unique (from Nuffnang) Hits untuk minggu ini. Khai dapat rasakan traffic ke blog untuk minggu ini betul-betul sesak. Setiap 5 minit, ade saja beberapa komen yang masuk. Semuanya gara-gara adanya entri seperti ini. Terbukti rakyat Malaysia begitu dahagakan cerita-cerita cinta dan yang berbentuk mistik. Hihi. Takpe takpe, korang memang best. Komen la Ok banyak-banyak. Khai memang suke baca komen dan jawab komen dari pembaca. Go go, teruskan membaca. Tekan Ctrl + D dan masuk ke blog ini hari-hari. Korang pasti akan rasai sesuatu yang best. Kalau tak best tu, kadang-kadang je!! Leh?
Ok, lupakan pasal hits dan kisah chenta tiga segi, kita sebut pasal politik pula. Ah politik, bosan la.. cerita lain la. Ini ada beberapa auta fakta yang nak Khai kongsikan. :P
1. Gay or not?
Ha, ini khas untuk korang yang ada accessory kat celah kangkang. hurm??.. Khai selalu pekena member ngan fakta ini. And of coz ianya menimbulkan keraguan, tetapi jangan terperanjat kalau Khai katakan dari pengamatan Khai, kebanyakkan kawan Khai yang gay, tangan mereka seperti itu. Lihat tangan korang. Apekah?
2. SPAM Proof!
Oleh kerana masalah SPAM tidak lari dari blogger seperti Khai dan mereka, Wordpress dengan bangganya telah mengeluarkan satu plugin bagi mengurangkan SPAM atau mungkin bayang-bayang SPAM pon tidak akan kelihatan dalam blog lagi. Maka para komenter tidak perlulah risau kalau-kalau komen korang masuk dalam kategori SPAM. So sila jawab dengan tepat bila nak komen entri dalam blog Khai ni. SPAM Proof dia berbentuk seperti image kat atas tu lah. Sila panggil cikgu add math, physic, chemistry dan kalau boleh 5 orang lecturer dari University berhampiran. Kalau tak keluar macam tu bila korang nak komen, maka korang bernasib baik.
Perkara yang anda perlu tahu sebelum membaca entri ini: - Arwah yang dimaksudkan nanti sama sekali BUKAN Allayarham Hazwan Wafiy Abu Hassan, pelajar SMKAB seperti yang tersebar di internet. Ini Hazwan lain!
- Entri yang akan Khai tulis ini masih tidak tahu kesahihannya. Apa yang Khai tulis adalah melalui fakta yang ada di Internet. Anda dinasihati tidak terus percaya sebaliknya baca semua komen yang ditulis oleh pembaca di bawah entri ini. Mungkin anda akan dapat sesuatu yang benar. Adili’lah sendiri. Allahualam.
Kalau korang rasa video kat youtube tu tak berapa clear or kecik, silakan download file sebenar video tu yang hanya bersaiz 4MB sahaja. Download VIDEO Cinta Tiga Segi - 1715 orang sudey download taw!
Alkisahnya, Khai baru tahu pasal lagu ni. Itu pun sebab room mate Khai, Rizal yang beria-ia sangat nak lagu ni. Dia cakap kat Khai lagu ni best gila dan dinyanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung. Dengar setiap bit bit lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang dinyanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir. Cuba korang selami hati seorang Hazwan yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta. Dari sedikit research yang Khai buat, begini ceritanya.
Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Khai jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki seperti Hazwan. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan telah dijatuhkan hukuman (more…)
Khai di tag oleh Mohd Ismail untuk pecahkan rahsia apekah 5 website kegemaran Khai. Terlalu banyak website yang Khai minat. Tapi dah dia mintak 5 aje, so Khai senaraikan antara 5 website yang paling kerap Khai lawati untuk awal tahun 2008 ini.
1. MediaFire - www.mediafire.com/ Diperkenalkan oleh seorang crew Scukz. MediaFire ternyata berbeza dengan mana-mana free data hosting yang pernah Khai cuba. Menariknya, bila kita upload file, status upload kita tu ditunjukkan dengan begitu detail sekali dan boleh manage file dengan cara yang sangat mudah. Untuk download pun, sangat friendly. Kalau nak tahu, semua mp3 yang Khai share di emp3-download.net tu, semuanya di hostkan di MediaFire. Mari lupakan Rapidhare, Megaupload, USA Upload dan apa sahaja data hosting lain yang leceh.
2. Job Street - www.jobstreet.com.my Untuk yang pernah menjadi student, tentu kenal apa itu Internship. Kalau kenal Internship, mesti kenal Jobstreet juga. Ini juga website yang hari-hari Khai lawati. Dah hampir 12 Dozen Internship yang Khai apply di sana. Paling menarik, Jobstreet menyediakan satu form untuk kita isikan resume, dan bila dah selesai, kita boleh download resume tu ke dalam format Microsoft Word (.doc). Tak payah nak pening-pening camana nak buat Resume lagi.
3. YouTube - www.youtube.com Jika korang merasakan duduk di depan TV itu kerja yang sia-sia, korang sama seperti Khai. So jawapan untuk orang seperti ini, YouTube pastinya satu penyelesaian. Cakap sahaja ape, semua ada. Nak buat koleksi anime ataupun video clip, download saja menggunakan KeepVid. YouTube juga Khai jadikan web reference utama jika Khai perlukan idea untuk membuat assignment ataupun mencari tutorial berbentuk video. Samalah seperti DevianArt.
4. Engadget - www.engadget.com Sehari tak masuk di website seperi Engadget, percayalah korang akan jadi seorang yang ketinggalan zaman mengenai perkembangan terkini dunia gadjet dan teknologi dunia.
5. Smashing Magazine - www.smashingmagazine.com - Sebuah weblog luar biasa. Khai paling suka bila diorang tu suka sangat buat review pasal web tercantik la, top tutorial la.. dan banyak lagi la. Jangan mengaku otai Photoshop kalau belum khatam kesemua tutorial yang ada di sana.
Hi all.. Selamat kembali ke JustKhai.Com.. rindu gila dengan blog ni. Terlalu banyak juga untuk Khai ceritakan termasuklah mengapa blog ni tak dapat korang masuk hampir seminggu. Ramai yang SMS dan PM khai di Yahoo Messenger bertanya akan masalah yang menimpa blog ini. Kak Lea juga hampir tiap hari SMS Khai marah kenapa blog Khai tak boleh di access. Sorry ye Kak. Hehe. Oh, ada yang lebih penting untuk Khai kongsikan apa lagi kalau bukan Yamaha-125zR yang Khai idam-idamkan sekian lama tu.
Bandwidth Limited Exceeded
Bermula dari minggu lepas, blog ini tidak dapat di’access dek kerana bandwidth yang habis tidak sampai setengah bulan. Tak tahu bandwidth tu apa, sila rujuk Wikipedia. Xtudent Hosting Plan yang Khai beli dan dibayar oleh Syia ternyata tidak mampu menampung hit yang melebihi 500 Unique Hits sehari menurut Analytics dari Nuffnang.
So Syia yang menjadi penaja blog ni telah memindahkah JustKhai ke dalam pakej lain yang diberi nama Ebiz Plus Linux dari Exabytes . Pemindahan ke dalam server baru ni memakan sedikit masa dan kerana itulah, agak lama blog ni berehat. Hurm, kalau ada yang masih bertanya mengapa Syia ingin sponsor Khai, jawapan dari gadis cantik manis itu sendiri sangat mudah iaitu dia suka baca blog Khai ni. Even simple tapi sangat seronok di baca. Puas hati? Syia juga dalam proses beralih ke wordpress dengan berdomainkan dot com. Nantikan saja.
What about Scukz.Com?
Mengenai Scukz pula yang hampir sebulan down, Khai tak mampu berkata apa-apa. Mereka yang bertanya, bukan sengaja tidak Khai balas, cuma Khai malas nak ingat pasal Scukz. Bertapa sakitnya hati. Nasiblah blog ini dah dikeluarkan awal-awal dari server Scukz. Tidak keterlaluan Khai katakan, Khai sendiri sudah anggap CGYhost tidak wujud lagi. Mungkin juga sudah gulung tikar. Apa tidaknya, staff diorang sendiri pun tak tahu ape yang dah jadi dengan CGYhost. Gaji pun tak dapat dengar cerita. Main website CGYhost juga tidak lagi dapat diaccess. CEO’nya si Yazrie, Tuhan saja yang tahu mana dia pergi. Apalah salahnya beritahu melalui email kepada semua user mereka. Jika bankrup pun, biarlah secara terhormat. Hurm, jika benar CGYhost telah terkubur, ini kali kedua Khai ter’kena macam ni. Hampir Dua tahun lalu pernah juga kehilangan seluruh website tanpa ada sebarang backup. Khai bangun dan bina kembali Scukz tu, tapi jadi lagi macam ni. Tapi nasib baik, kali ni Khai sempat backup segala database yang ada termasuklah forums dan register user. Kalau tidak melopong la nampak gayanya. So seperti semua tahu, Scukz berdiri kukuh dengan bantuan sponsornya selama ini. Hilangnya CGYhost menjemput mereka yang berhajat ingin men’sponsor’ forums Scukz untuk menghubungi Khai.
Yamaha 125zR New Edition
Haha, ini bukan gambar hiasan atau gambar motor sebarangan lagi. Ini adalah motor Khai. Yup, mine! Sebuah motor idaman yang dah Khai impikan dari di tingkatan 3 lagi. Motor yang sering Khai sebutkan dalam blog ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Yatie dan Abg Fird kerana bersusah payah melalui prosedur pengeluaran motor yang menjengkelkan. Tidak Khai lupa, Kak Lea yang kasi Khai N73 tu sekali lagi memberi bantuan duit untuk Khai dapatkan sebuah Y-125zR. Terima Kasih Kak Lea. So 16 Februari lepas, dah selamat WQX 7709 tu sampai di Cyberjaya dan selamat juga berulang-alik dari hostel ke Limkokwing University. Bus? apa itu? haha.
Nak nengok gambar motor baru yang lain, Khai dah upload’kan di Myspace. Komen la ye. Klik di sini.
Khai penat.. masih mencari feeling untuk ber’blog. Tunggu saja entri akan datang. Salam..
Syukur Alhamdulillah, akhirnya blog ni selamat Khai pindahkan. justkhai dot com, sebuah domain yang Khai khas’kan hanya untuk blog keramat ni. “Just khai” tu pun main petik je, malas nak fikir nama domain. Actually, dah berhajat dari minggu lepas lagi nak pindahkan kat hosting baru ni, tapi disebabkan takde duit nak bayar, so Khai biarkan dulu dan cuba cari sponsor kot kot ada. Mujurlah, muncul seorang gadis bernama Syia yang volunteer nak sponsor blog ni. Thank You so much Syia!! I lope u la!! Jom ramai-ramai ke Blog Syia dan tolong ucapkan terima kasih kepada dia. Tidak dilupakan juga, seorang lagi insan yang nak sponsor domain untuk Web download terbesar di Malaysia pula, Emp3s. Thanks Wizurai. Tapi buat masa sekarang, Khai masih belum terfikir domain name yang sesuai untuk web Emp3s tu. Kalau korang ada idea, beri tahu Khai ye.
Hurm, macam biasa, nak memindahkan blog ke sebuah hosting lain memang mudah. Download database di hosting lama, kemudian upload balik ke dalam hosting baru. Tapi yang susahnya, kesan yang diterima selepas itu. Di antaranya, ranking untuk blog ini pasti akan jatuh mendadak. Dulu masa under domain Scukz, PR (page rank) dah capai 4. Tapi untuk JustKhai ni, hurm kosong la ape lagi.. Secara tidak langsung, Pengunjung juga pasti akan berkurang. Pendapatan dari ads juga, akan jatuh mendadak. Ah lantak, apa yang penting bagi Khai selaku penulis blog Syok Sendiri, pertama yang Khai nak, blog ini mampu berfungsi sama seperti dalam hosting lama. So kepada yang tahu cara lain nak tukar URL gambar dalam semua entri dengan cara mudah, sila beritahu Khai. Kalau nak tukar satu-satu entri, ada beratus-ratus entri tu. Khai ada baca entri “Mass Replace String in MySQL” kat blog LiewCF, tapi terlalu ringkas dan tak jelas untuk orang yang baru pertama kali nak berpindah-randah ni. [updated: dah tahu cara, kat sini]
Pemindahan blog ini Khai lakukan atas sebab tersendiri. First, Khai tak mahu blog ini berada dalam satu server dengan Scukz Portal. Semua maklum, Scukz portal dah makan hampir 3/4 percentage dari server so membuatkan blog ini agak slow untuk load. Second, Khai agak “cuak” dengan status sponsorship dari CGYhost sendiri. Asib down je tanpa tahu sebab ape.. Thirdly, blog & domain baru ini menggunakan package Xtudent Hosting Plan dari Exabytes. So apa yang Khai harapkan, blog ber’hosting dan ber’domain baru ini akan jauh lebih bagus dari dulu. No more down down.. Aku dah bosan.. dan paling penting, korang akan nampak blog ini makin aktif dan Khai janji, akan selalu ada entri2 baru kerana Khai akan lebih serious ber’blog dengan adanya blog baru ini.
Akak Khai, Riena dah pun selamat nikah 2 Feb lepas. Semalam, baru siap tolong dia pindah rumah baru kat Puncak Jalil. Kakcik, no more Desa Pandan eh? hehe.. Hurm, ini perkahwinan akak Khai yang ke-3 dari 4 orang akak.
Untuk korang, Terima Kasih kerana masih menyokong blog Khai ni eventhough banyak lagi blog lain yang tumbuh bak cendawan lepas Hujan.. Even Khai dah redirect URL blog yang lama terus ke blog baru ni (justkhai.com), tapi korang yang dah letak link blog ni pun, tolong la tukar ye. Tak susah pun bahkan dapat pahala lagi sebab Khai mintak tolong ni. Hehehe.. Selamat Datang kepada JustKhai.Com
Pssttt: Jangan lupa nengok Sindarela setiap Selasa jam 9 Malam di TV3. Cerita yang menggantikan slot Lestari sebelum ini, Jelatang. Kenapa korang kene nengok? selain dari muka Sharifah Amani yang comel nak mampus tu, diorang juga berlakon kat Limkokwing University. Haha, tempat study Khai (aku, bukan Khai AF1), IcedNyior, Dafi AF5, Sazzy Falak, Awal Ashaari, Acha Septriasa dan ramai lagi lah. Saksikanlah satu-satunya Universiti paling hitam di Dunia.
Ah, Khai tak boleh biarkan blog ni berhabuk semata-mata nak tunggu Yamaha 125zr tu sampai. Apa punya bengong kedai motor tu kasi JPJ nombor siri enjin yang salah. Dia boleh terletak huruf O jadi nombor 0. Khai pun tak boleh nak salahkan mereka sebab perkara macam tu memang selalu terjadi. Kenapalah nombor 0 tu bulat ye? buat la petak ke, segi tiga ke, so takde la nak keliru dengan huruf O. Jadi takpe la, ade motor tu nanti, ade la entri pasal motor idaman Khai tu.
Scukz pula suka sangat down. Ntah kenapa Khai pun tak tahu. Scukz dah dihostkan lebih 2 tahun di CGYhost dan diakui, memang banyak masalah yang melanda. Scukz juga pernah kehilangan segala data selepas hampir 5 bulan beroperasi yang membuatkan Khai menangis tak berlagu. Masa tu dalam masa 5 bulan je, Scukz Community dah ada lebih 10 ribu ahli berdaftar yang telah menjadikan Scukz sebuah komuniti yang paling pantas membangun. 5 bulan untuk lebih 10 ribu register user? Hurmm, bukan mudah. Tapi tolonglah, Khai taknak menangis tak berlagu lagi. Takpela, Selagi CGYhost masih ada, selagi itu Scukz akan sentiasa menyokong CGYhost dari belakang, tepi dan depan. Besar jasa mereka pada Khai. Ah, mana ada hosting yang betul-betul bagus. Kalau uptime bagus pun macam Exabytes, tapi banyak sangat restriction nya, pun tak boleh tahan juga. Zaman sekarang bukan web HTML lagi. Nak upload MP3 letak dalam server (koleksi sendiri) pun tak boleh, terlebih sikit guna script pun dah kene sound, bosanlah macam tu.
Hari ni dah hari Khamis. Lagi 2 hari Akak ke-3 Khai, Riena nak mengakhiri zaman bujang (02 Februari 08). Ketika ni, Khai masih lagi di Limkokwing hostel. Di Cyberjaya bandar yang mati. Ini kali pertama Khai langsung tak dapat nak tolong ma dan abah kat rumah. Before, masa abang dan dua akak Khai khawin, Khai still di zaman persekolahan. So memang sentiasa ada rumah untuk tolong apa yang patut. Tapi sekarang, jauh dari mereka. Anak-anak yang lain pun sibuk bekerja dan dapat balik sehari sebelum kenduri. Kesian Abah dengan kudrat yang masih ada, lakukan semuanya demi seorang yang dipanggil, ANAK. Khai hanya dapat balik pagi sabtu nanti itu pun kalau dah dapat 125zr tu. Kalau takde motor, entahla. Naik bus la kot. Kalaulah Advertlets dah hantar cek untuk bulan November, pasti Khai akan sewa helikopter. Come on la Advertlets, dah nak masuk February maa.. Hurm, Khai tak dapat balik awal sebab kelas last hari Jumaat. Habis pukul 5 petang plak tu. Ikutkan hati nak saje Khai ponteng. Bukan kedatangan yang Khai risaukan, tapi ianya subjek sukar iaitu 3D Animation yang menggunakan persian Autodesk 3D Max sepenuhnya. Satu software yang amat jarang Khai gunakan. Bak kata lecturer, sekali kamu tak datang, jangan harap kamu nak faham. huhu.. Tapi sangat seronok rasanya meluahkan imiginasi dalam bentuk 3D menggunakan 3D Max.
Kalau nak kenal dengan akak Khai, mereka semua aktif di Myspace. Sis Azie, Sis Riena, Sis Yatie dan ini Myspace Khai yang dah berwajah baru. Add la Kak Riena tu dan ucapkan selamat pengantin baru kepada dia. Cuma abang (along) dan seorang lagi akak (angah) yang tak berapa minat nak ber’myspace’kan diri. Eh lupa nak kasitahu, Khai ada seorang abang dan empat orang kakak. Khai anak yang terakhir. Anak mak ke? mestilah anak mak dan abah…
So kepada Kak Riena, selamat pengantin baru adik ucapkan. Semoga berkekalan sampai ke akhir hayat. Dapat abang ipar pun satu kepala. Nice nice.. Memang abang ipar dan bakal abang iparku semua satu kepala. Suke suke.. Pandai sisters ku mencari. Kak Riena ada menjemput semua rakan-rakan Khai tak kira di University ni atau di internet, tapi saje Khai malas nak jemput sebab taknak susahkan korang. Hahaha.
Pssttt: Banyak lagi lagu baru dah diupdate. Semuanya untuk korang hanya di http://emp3s.blogspot.com. Mana Wizurai ni, kata mau sponsor domain? Oh ya, blog ini juga mahukan sponsorship. Siapa sponsor Khai, sampai bila-bila akan dapat promosi percuma. Mahu?
Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya best. Rumah saya ada Mak, ada Abah. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya ada PS1, PS2 & PS3. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya ada TV Sony 50+ Inci. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya ada line internet yang laju. Sebab apa saya suka rumah saya? Sebab itu rumah saya, saya sukalah!
Kenapa saya suka blog saya? Sebab saya suka berkongsi sesuatu. Kenapa saya suka blog saya? Sebab ini blog paling best bagi saya. Sebab ini kan blog saya. Haha. Kenapa saya tak update lagi blog saya? Sebab saya tunggu motor baru. Hehe, bodoh sungguh apa yang Khai tulis ni. So untuk menjawab sebarang persoalan kenapa blog ini masih tepu tanpa sebarang entri, jawapannya ialah Khai sedang menunggu ketibaan 125zr Maroon beberapa hari lagi untuk dijadikan Entri blog ini.
So nantikan entri akan datang mengenai motor baruku. Jangan tak tahu, Yamaha 125zr adalah motor idaman Khai sejak bertahun-tahun lamanya. Bertahun-tahun telah diletakkan dalam Whis List di blog ini. Hampir setiap hari termimpi-mimpi tentang perkara yang sama iaitu Yamaha 125zr. Oh Yamaha 125zr, bunyimu, kelajuanmu, kecantikkanmu, meruntun kalbuku. Even orang cakap kau maintenance tinggi pun, peduli apa aku.
Adakah Khai akan menjadi seorang Mat Rempit? Nantikan kemunculan entri mengenai motor baru akan datang.
Pssttt: Sesungguhnya entri ini adalah tribute untuk menanti ketibaan motor idaman hati. Oh ya, Khai terjumpa sebuah Content Management System (CMS) yang sangat bagus untuk mereka yang ingin mewujudkan sebuah komuniti di hujung jari iaitu Ning. Ning langsung tiada pertalian saudara dengan Ning Baizura ok?! Lagi satu, sebut pasal rempit, aku ada satu video Minah Rempit untuk dikongsikan. Tak payah download, korang boleh nengok secara online je terus. Tapi jangan salahkan minah rempit tu, salahkan bapak dia sebab cuai jaga anak.. 18 tahun ke atas sahaja! (ngk dulu baru tahu).
UPDATED: Khai dah dapat 125zR.. Alhamdulillah.. Moga Khai akan lebih mengingati Allah SWT di atas limpah kurnianya. Klik di sini untuk entri mengenai 125zR ku itu.
First of all, Khai nak minta maaf coz tak dapat nak update blog ni setiap hari jam 3 pagi. Ada yang cakap Khai tulis tak serupa bikin. Haha, sorry la yosh! Khai terlalu busy dek kerana semester 5 yang baru bermula. Now, Khai kembali menulis sambil melunjurkan kaki ke luar tingkap bilik tingkat 11 di Desaria Villa Condominium (Limkokwing University Hostel) ini. Udara nyaman sekali sambil melihat pemandangan Cyberjaya. Melihat Multimedia University (MMU) sungguh indah sekali menara air yang begitu ketara dari bangunan yang lain. Mungkin itu trademark MMU la kot tempat si Hafreze study sambil menjadi Playboy paling berjaya. Hehe!
KL-Putrajaya Highway
Dari tingkap ni juga, Khai dapat lihat Lebuhraya KL - Putrajaya yang baru je dibuka untuk orang ramai. Tol masih free [updated: Kini tol dari KL ke Bukit Jalil RM 1.50 dan untuk terus ke Putrajaya, RM2.50]. Menurut akak Khai, dia ambil masa lebih kurang 15 minit sahaje untuk sampai ke Putrajaya. Buat susah-susah je Samy Veloo ni kan? Tapi baguslah sekurang-kurangnya tak payah nak susah payah nak rempuh kesesakkan yang meruntum jiwa dan harapnya, bila bayaran tol dah bermula nanti, Samy Veloo pun janganlah susah-susah plak nak naikkan harga plak ye? Exit highway ni nanti berdekatan dengan Limkokwing University. So singgah la kejap kita leh makan-makan ke.. minum-minum ke.. Hahaha. Kalau map kat atas tu terlalu kecil, korang nengok kat sini.
Salam Takziah
” jarak pusara pakngah dari batu pusara atuk ”
Semalam, Khai dikejutkan dengan pemergian Pakngah (adik mak) pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan jam 2 petang di Tanah Perkuburan Jalan Puchong beberapa selang dari kubur Allayarham Atuk.. Selepas hampir 12 bulan pemergian Allayarham atuk, Arwah sebagai anak lelaki yang pertama turut pergi menyembah Illahi. semasa hidupnya tak pernah kedekut atau berkira kepada anak-anak saudaranya. Khai masih ingat, setiap kali exam, kalau dapat number 1 sampai 3, mesti ada hadiah yang arwah kasi. Time UPSR dulu, 1A mesti dia kasi RM10. Hurmm, sebelum bersara, arwah bertugas sebagai Tok Kadi di daerah Kuang, Selangor. Selepas bersara, beliau kembali ke rumah asalnya di Shah Alam dan hanya menjadi penceramah bebas. Selain itu ada diundang oleh TV3 dan beberapa pihak Universiti untuk memberi ceramah. Kalau korang perasan, baru-baru ini ada iklan Zaitun. Akhir iklan tu ada seorang ustaz memegang ubat gigi Zaitun dan berkata sesuatu. Itulah Pakngah. Apa yang Khai tahu, arwah dah lebih 4 bulan terseksa dek kerana buatan orang. Kenapalah orang semulia itu masih ada yang khianat melihat kejayaan dan kebahagiaan keluarganya. Khai betul tak faham dengan dunia sekarang. Semoga roh Allayarham di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Salam takziah kepada Makngah serta sepupuku Along Atan, Angah, Azri dan Fitri. Ketahuilah setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua.
Nufflets Penipu?
Honestly, Khai bercadang untuk menurunkan iklan dari Nufflets dek kerana rasa tertipu. (more…)