
Ada baca kisah cinta tiga segi si banduan bernama Hazwan dalam blog ni? Kalau belum korang mesti baca kerana sampai sekarang, hits cerita tu sahaja selama tiga minggu dah lebih 20 ribu hits dan dah lebih dari 350 komen dari pembaca dan terus meningkat. Nak lagi best, baru beberapa hari lepas Khai updated (upload’kan) video yang kononnya video pembunuhan Hazwan ke atas girlfriendnya. silalah download.
So cakap banyak pun tak guna sebab korang bukan boleh dengar. Hahaha. Hurm, berapa ramai pengguna Google Search Engine di luar sana? Ramai nyeee… tapi berapa ramai dari itu yang betul-betul mengoptimakan penggunaan Google Search?
Frasa Pencarian Google
Kalau korang nak cari ayat contohnya Pergi ke London iaitu ayat yang tidak terpisah (satu ayat), korang kena letak quotes (” dan “) sebelum dan selepas ayat tu. Contohnya seperti “Pergi ke London”. Google akan automatik mengeluarkan hasil carian mana-mana artikel yang ada menulis Pergi ke London. Kalau tak buat macam ni, Google secara rambang akan mencari mana-mana artikel atau web yang terdapat ayat Pergi, ke dan London. Bila tunggang terbalik hasil yang dikeluarkan, itu bermakna korang mencari sesuatu yang susah.
Gunakan tanda “-ve” dan “+ve”.
Contohnya seperti PKR -kool. Dengan adanya tanda “-”, Google akan mencari mana-mana artikel yang mempunyai ayat PKR dan pada masa yang sama turut menyenaraikan HANYA web yang mempunyai ayat kool dan PKR. Kiranya, takde la keluar result dengan hanya satu kata kunci yang korang letak tu. Err, contoh ayat tu tak bermakna PKR memang kool ok.
Gunakan susunan ayat yang betul.
Ini selalu yang kita buat. Contohnya kalau nak cari perkataan Limkokwing University di Google, ada yang gemar meletakkan University Limkokwing. Suka hati je nak terbalikkan sana sini. Sebenarnya ianya sedikit sebanyak memberi effect kepada hasil pencarian korang. Kalau nak melayu, taipkan aje la Universiti Limkokwing. Bukan University Limkokwing. Ini contoh je sebagai tribute di mana tempat Khai belajar sesuatu sekarang ni.
Google Forced Search
Google memang dah disetting untuk mengeluarkan ayat-ayat biasa seperti “how”, “and”, “what” dan sebagainya kerana ianya mampu melambatkan hasil pencarian korang. Tapi kalau perlukan ayat tu sebagai kata kunci utama pencarian korang, contohnya Khai +and Nieza.
Search for Unique Articles
Ni mudah je. Dari dulu Khai dah guna. Contohnya kalau korang terus nak mencari artikel mengenai Band Hujan di website Berita Harian, so korang kena ingat keyword ni.
site:URL “keyphrase”
Contohnya, site:bharian.com.my “Hujan”
Dot Dot of Google Search
Bagi Khai ini paling best. Dengan menggunakan simbol dot dot, korang akan dapat result dengan penuh sempurna di Google. Contohnya jika korang berhasrat ingin membeli seluar jeans dalam lingkungan harga RM50 hingga RM100, so apa yang perlu korang lakukan adalah, Jeans RM50..RM100. Tambahkan saja dot dot (..) di tengah-tengah tanpa ada space. Begitu juga untuk mencari fakta seperti P Ramlee 1928..1976
Google Define
Gunakan Google untuk mengetahui perkara yang korang nak sangat tahu. Jangan terlalu berharap kepada Wikipedia macam apa yang Khai selalu lakukan dulu. Berpandukan kepada hanya satu maklumat dari Wikipedia, tidak bermakna ianya sebuah maklumat yang lengkap. Contohnya kalau korang search “web 2.0′, so akan keluar banyak maklumat beserta praktikal di mana mampu membuatkan korang betul-betul tahu apa itu web 2.0 bukan dengan hanya tahu definasi sesebuah perkataan atau istilah.
Google Calculator
Google juga boleh berfungsi seperti Kalkulator. Amat mengagumkan. 1st time dengar ke? Kesiannya dia Sebenarnya member-member Khai yang ambil Diploma in Information Technology selalu gunakan untuk menjawab soalan-soalan math yang gila mencabar dengan menggunakan Google Calculator. Diorang cakap, Lecturer bukan tahu beb! Hahaha. Find out more about Google Calculator.
Google Spell Checker
Ini sebenarnya tak perlu Khai masukkan dalam senarai. Tapi rasanya bagus juga untuk korang yang masih belum tahu lagi. Tak kiralah perkataan melayu, english, cina atau apa pun, gunakan Google untuk mencari ayat yang betul kalau korang rasa bit confuse tentang ejaan yang betul. Contoh paling senang kita ambil, kalau korang confuse nak tulis “bussiness” atau “business”. Buka Google dan taipkan bussiness, then akan keluar “Did you mean: business”. So, itulah ejaan yang betul.
Jika sebelum ini korang lebih gemar menggunakan Yahoo sebagai platform utama membuat carian, berubahlah kepada Google. Bagi Khai, Yahoo lebih sesuai untuk search gambar (images) dan Google paling sesuai untuk membuat carian yang lain.
Posted on 31 March '08 by Khai, under Tutorial, Web Promotion. 25 Comments.
Lama tak buat tutorial kan? Sebenarnya Khai nak bercerita mengenai localhost. Sebenarnya amende fungsi localhost ni? Untuk sape yang tak tahu tu, biar Khai terangkan sedikit apa yang Khai faham. Localhost ni sama aje fungsinya macam hosting yang korang beli. Ada harga puluh-puluh, ada plak yang harga beratus-ratus sebulan. Apa yang bestnya, localhost tidak memerlukan korang membayar satu sen pun kerana korang akan gunakan computer korang sendiri sebagai server. Tapi jangan sampai syok sendiri pergi tulis entri pelbagai pulak kat blog dalam localhost tu nanti sebab takde sapa pun yang dapat lihat kecuali korang seorang aje.
Abis apekejadahnye kalau orang tak boleh baca? sebenarnye tujuan memasang blog dalam localhost ni membolehkan korang ber’dokumentasi dengan sesebuah theme, plugin atau apa sahaja sebelum proses upload dilakukan ke dalam server sebenar. Itu kan lebih mudah, selamat dan menjimatkan masa. Inilah perkara asas yang dilakukan oleh para designer. Khai juga gunakan ini untuk menulis entri bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini semasa menulis melalui WP sebenar menggunakan Firefox. Orait, ikut tutorial mudah tak sampai 10 minit ni.
Langkah 1:
Download XAMPP Lite untuk Windows. Amik yang EXE version tau. Kemudian install dalam C:\

Langkah 2:
Klik Start dan pilih Run. Kemudian, paste C:\xampplite\setup_xampp.bat then tekan OK sehingga kelihatan paparan seperti gambar di bawah. Ikuti arahan yang terpapar.

Langkah 3:
Bila dah selesai, double click xampp-control.exe kemudian tekan start untuk module Apache & Mysql.

Langkah 5:
Buka browser korang kemudian point’kan ke http://localhost/ dan pilih bahasa yang sesuai. English la kot yang paling ok kat situ. Then, click phpMyAdmin di bahagian belah kiri (http://localhost/phpMyAdmin)
(more…)
Posted on 23 December '07 by Khai, under Tutorial. 20 Comments.
Akhirnya aku selesai upgrade blog ini ke versi 2.3. Hurmm, membaca blog Mohd Ismail yang ketakutan untuk upgrade versi 2.2 wordpress ke versi 2.3 membuatkan aku tersedar rupanya dalam kesibukkan aku, belum sempat lagi untuk berbuat apa-apa untuk blog. Aku download versi baru wordpress 2.3 seperti biasa di sini, kemudian uploadkan (overwrite) kesumua file yang ada dan running upgrade.php. Ianya selesai.
Betul kata Matt, Wordpress versi 2.3 ini 800% lebih laju dari versi sebelumnya. Apa yang menjadi masalah di sini, bila aku nak publish sebarang post atau ingin save selepas meng’edit post, database problem menyusul.

Ah, problem bodoh apa pula ni. So Mohd Ismail dan mereka yang mahu ke Wordpress 2.3, please take note! Haha.. Aku mula risau dan bertanyakan kepada rakan-rakan bloger yang lain tapi tiada siapa boleh membantu. Aku pun create table wp_post2cat yang kononnya tidak wujud itu, ianya tidak menjadi. Damn!! Aku men’google’kan diri ke Chaos Laboratory, tetapi ianya langsung tidak membantu. Kemudian aku ke Wordpress Support yang lagi la langsung tidak membantu. Ah, apa aku nak buat ni? Membaca di Wordpress Support, ada user yang sampai restore balik database 2.2 dan bersumpah tidak mahu lagi menggunakan versi 2.3. Aku mula fadeup, perlukah aku juga berbuat demikian.
Akhirnya aku membuat tindakkan sendiri. Aku sedar sebentar tadi aku telah melakukan kesilapan iaitu tidak disable’kan kesemua plugin yang active sebelum memulakan upgrade. Akhirnya aku cari kesemua plugin yang kene mengena dengan “posting” dan akhirnya aku menjumpai, sebuah plugin yang tidak ku sangka-sangka menjadi penyebab aku tension selama 13 minit 23 saat iaitu Google Sitemaps dan selepas itu kelihatan blog aku kembali berjalan lancar menggunakan versi Wordpress 2.3 yang baru.
Apa yang baru di Wordpress 2.3? Kau lihat sendiri di sini. Ah peduli apa aku semua itu, yang aku tahu, aku sukakan footer Wordpress Admin Panel yang baru ini. Ianya lebih hensem dari yang sebelumnya. Tapi ada satu yang aku mahukan tapi masih tiada. Entah bila, iaitu option untuk memilih saiz thumbnail masa nak mengupload gambar.
Posted on 4 October '07 by Khai, under Tutorial. 12 Comments.

Owh. Malam ni aku betul-betul hilang akal tapi aku masih belum gila. Harini macam-macam masalah yang datang. Lepas satu datang satu lagi. Tak selesai masalah aku, aku kena fikir pula masalah dengan girlfriend. Aiyoo.. memang orang lain tertanya-tanya apa masalah aku ni? Aku nak cerita pun berat tapi takpe la, biar aku tanggung sendiri cuma yang aku harap, orang yang aku sayang akan boleh memahami aku apa adanya. Itu sudah memadai.
All right, oleh kerana ramai yang PM aku secara personal mintak lagu ini dan itu, terus terang bukan aku tak mampu nak tolong, cuma line internet di hostel ini betul-betul membuatkan aku tertekan. Lembap memang tak ingat. Memang Go Light Speed ni sengal seadanya. Mungkin customer mereka makin meningkat, tapi service still macam masa customer 5 orang dulu. Tak pernah nak ber’upgrade. Kepada yang meminta lagu ini dan itu tu, maaf aku pinta kerana bukan sahaja keadaan internet tidak mengizinkan, tetapi aku online di internet bukan sekadar untuk Myspace dan Friendster, tapi banyak perkara lain yang perlu aku utama’kan dari menolong orang mencari lagu.
So di sini aku hanya ingin menyarankan kepada semua untuk mencuba satu cara yang mudah dan pantas untuk mendapatkan sebarang lagu. Tidak perlu menggunakan apa-apa software, yang perlu ada hanyalah satu syarat iaitu kau boleh masuk ke halaman carian Google. Kalau dah boleh maknanya, peluang kau untuk mendapat lagu dengan mudah sangat besar. Ini cara aku mencari lagu selama ini gi Google. Tapi untuk lagu melayu susahlah sikit. Ada rezeki, ada la. Begini caranya..
?intitle:index.of? [extension] [nama artis atau tajuk lagu]
Nampak di atas tu? kau hanya perlu copy dan tukar mengikut apa yang kau mahukan. Contoh jika kau ingin mencari lagu dari My Chemical Romance, kau hanya perlu menukar data-data di atas itu menjadi ?intitle:index.of? mp3 My Chemical Romance dan search gi Google. Kau akan lihat pelbagai senarai index yang akan keluar dan kau hanya perlu right click dan save as file tersebut. Kalau nak cari software, tukarkan sahaja Extension itu kepada exe dan sebagainya.
Begitu mudah bukan? Sebenarnya cara ini dah lama cuma pasti ramai lagi yang tak tahu sebab dulu tak pernah pun nak ambil tahu. Sekarang aku dah kasitahu, hehehe.. so apa tunggu lagi? Cubalah!! Kalau berjaya, kau memang best!
Disebabkan dah banyak blog yang dah review pasal Vista Transformation Pack 6.0 (VTP6) ni, so Khai pon rasa nak review kan juga lah.. Kebanyakkan blog yang Khai baca tu banyak memberi info yang salah. Maybe diorang just baca dari sumber lain dan tidak mencuba sendiri. Macam Khai dah mencuba sejak dari VTP3 lagi so boleh la kongsikan pengalaman dengan y’all..
VTP6 ni hanyalah sekadar transformation untuk Windows XP atau Windows Server 2003.. Ianya bukanlah Windows Vista yang baru direleasekan oleh Microsoft baru2 ini. VTP6 ni hanya akan mengubah penampilan Windows XP y’all menjadi 90% Windows Vista dari segi Boot Screen, sound scheme, cursor, icon, interface dan banyak lagi.. Kiranya, y’all akan rasa macam menggunakan Windows Vista tapi masih menggunakan system Windows XP. VTP ini dibangunkan oleh seorang warga Thailand yang menggelar diri beliau sebagai Windows X. Ianya sentiasa percuma untuk semua namun sumbangan ikhlas amat digalakkan untuk membantu beliau meneruskan project ini.
Namun ingat, sebelum melakukan transformation ini, backup dulu segala data yang ada dalam drive C sebagai simpanan sekiranya muncul masalah selepas meng-install VTP itu nanti. Sekiranya y’all belum pernah menggunakan mana2 version Vista Transformation Pack sebelum ini, Khai sangat2 merecommendkan y’all download dan install dulu VTP3 dan kemudian baru VTP6 untuk mendapat full transformation. Lakukan jika y’all betul2 sudah bersedia kerana risiko y’all kene format balik windows sangat tinggi sekiranya berlaku apa2 masalah. Paling penting, login dalam keadaan “Safe Mode” dahulu sebelum meng-install mana2 installation VTP. Untuk login dalam keadaan “Safe Mode”, restart PC anda dan semasa proses boot ingin bermula, tekan F8 berulang kali sehingga y’all diberi pilihan untuk masuk menggunakan mode apa (pilih safe mode).. Bila nak install, baca dulu manual yang diberi.. Jangan main next-next jer macam y’all install software biasa..
Spec system tak perlu risau.. Kalau y’all selesa sekarang menggunakan Windows XP, so tiada masalah untuk menggunakan Vista Transformation Pack ini. Kat bawah ini ada sedikit interface Windows XP yang khai pakai sekarang.. Nampak macam Windows Vista right? tapi XP aje sebenarnye.. Hahahaha.. Oh ye lupa nak ingatkan, lepas aje selesai dengan VTP ni, y’all kene right click dan click propertise kat desktop. Kemudian tekan Appearance dan pilih Aero Style (Vista - Beta 2)..

Untuk mendownload, sila click sini. Keterangan lanjut dan lebih banyak screenshot, sila ke windowsxlive.net
DO AT YOUR OWN RISK!!
pssttt: Screenshot IE7, Windows Defender dan Windows Media Player 11 yang khai gunakan tu just untuk pengguna XP Genuine (boleh didownload dan diupgrade di Microsoft site). Ianya not include in any VTP installation Pack.
Just Info : Harga Windows Vista (di Lowyat Plaza) kini adalah RM860 untuk Vista Home Basic dan RM1,656 untuk Vista Ultimate. Maklumat lanjut mengenai Windows Vista akan Khai tulis pada masa akan datang..
Posted on 25 February '07 by Khai, under Daily craps, Software, Tutorial. 18 Comments.
Sempat gak Khai update blog ni.. Actually kat CyberCafe lagi.. tapi bukan kat N9 tapi kat CC Pudu.. Ngah tunggu my sis datang ambik.. Nak cite sket pasal Backup. Sebut pasal backup still ramai yang tak amik berat pasal ni.. maybe ramai yang dah tahu cara nak backup, tapi menganggap benda ni tak penting sehinggalah data-data tu hilang dan you’all sendiri akan berputih mata sebab tak sempat buat any backup.
Backup bukan hanya untuk PC or notebook je, tapi jika y’all mempunyai website atau blog seperti ini, adalah penting untuk melakukan backup setiap hari. Tiada satu hosting pon yang y’all gunakan tu sentiasa akan berada dalam keadaan baik dan pastinya tiada siapa pun yang mampu menolak takdir Allah SWT.
Today Khai nak sentuh pasal backup di PC/notebook. Actually khai sendiri baru je merasa pengalaman hilang segala data dalam Notebook ni. Tiba-tiba je segala data dalam C: lenyap yang menyebabkan Khai perlu memformat balik notebook ni. Malas nak story. Buat sakit hati je tapi perkara ni betul2 menyedarkan khai bertapa pentingnya Backup files di Windows. Before this, Khai rajin buat backup website dan blog je padahal backup kat PC ni ternyata 500% lagi penting. HUH!
Backup boleh dibuat secara manual atau automatic. Secara manual tu samaada y’all nak pakai pendrive then send semua files penting tu sendiri atau terus create backup jer dari partition C: di PC y’all tu. So meh baca sket this tutorial. Actually ramai yang dah tahu cara nak create backup tapi mesti ade yang masih tak tahu atau alpa tentang benda ni. So sama-samalah kita mengingatkan. Click pic kat bawah ni ntuk image yang terang, jelas dan nyata (Izhar Halqi). Haha..

” go to C: > Right Click > Propertise ”

” choose Tools > click Backup Now ”
Then akan keluar satu wizard dan ikut la apa arahan dia. Khai suggest y’all jangan la save backup file tu kat C: jugak. Nanti kot C: tu hilang, dengan backup files pon hilang same. So adalah disarankan save backup file tu kat partition lain. Itupun kalau PC hard disk y’all ade diseparate kepada beberapa bahagian tapi kalau takde (just C: only), boleh la save terus ke Pendrive atau storan lain. Backup Files ni selalunya akan melebihi 1GB kalau anda seorang user yang menyimpan banyak files seperti Pictures, Videos, MP3 dan sebagainya di My Document, so pakailah pendrive yang bersaiz besar.
Dinasihatkan, lakukan backup ni kalau boleh sekali seminggu. Bukan makan masa yang lama pon. Dalam 5 minutes dah setel daa.. Okies.. orang kata ” Sediakan Keyboard sebelum Menaip ” .. Jangan nanti dah jatuh baru nak terngadah.. Hehe .. Skema plak aku :P
Pssstt: mana y’all prefer? jenis blog yang menceritakan kehebatan diri sendiri yang konon memang maha hebat design-mendesign atau blog yang share info dengan pembaca? dengan kata lainnye blog yang sharing is caring? Kalau aku la hebat gile design2 ni, dah lama share tutorial.. bukan heboh dengan hasil kejayaan sendiri sebaliknya berkongsi kejayaan bersama..
Posted on 15 January '07 by Khai, under Tutorial. 7 Comments.
Hoho.. lama sungguh beta tak update.. ni baru nak update.. almaklumla.. bz cat umah.. my sis nak bertunang.. huhu.. Ermm.. entry kali ni nak menguji adakah rakyat Malaysia ni boleh menaip laju? Kot kot ade yang perasan hebat menaip laju (macam aku) tu, sedar sedar la sebenarnya adakalanya skill menaip korang tu takde la betul sangat pon.. Walaupon dah cukup laju, tapi sebenarnye you all leh taip lagi laju dari tu. 120 words/minutes boleh? Ermm.. itu adalah kehebatan budak 12 tahun (gurlz & chinese) dari Malaysia yang akan mewakili Malaysia untuk kejuaraan dunia tidak lama lagi.
Sapa nengok Majalah 3 minggu lepas? kan ade preview pasal budak tu kan? masa kuar TV tu, bila nengok je budak tu leh menaip 120 words/minutes, khai pon cakap
” hek eleh.. kecoh nak mampos.. aku taip lagi laju ”
ahahaa.. Then diorang ade kasi 1 website ntuk test kelajuan menaip kita. Then khai pon try.. dapat la 80 words/minutes. Erk!! tergamam jap.. Kalau kat college semua member puji khai taip laju, tapi skang baru khai sedar, khai la manusia paling lembap menaip di dunia.. Ahahaha.. So y’all elok sangatlah try software ni (trial jer) sebab software tu nanti akan ajar y’all step by step cara menaip dengan betul tanpa satu pon typo error!! contohnye adakah y’all tahu yang satu tanda kecil di huruf F dan J di keyboard anda adalah tempat meletakkan jadi telunjuk kanan dan kiri tangan?

Software ni trial jer. Tapi sapa ade crack dia, share la ngan khai okies.. illegal? of coz.. tapi untuk kegunaan persendirian jer.. ape salahnye.. Orait.. sambil mendownload tu, apa kata y’all try Online Typing Test. Result dia nanti jangan lupe kasitahu via comment kat sini yer…
LINK : start your online typing test
Offical Website : http://typingtest.com/
Di website ni, bukan y’all just leh belajar cara menaip dengan betul, tapi y’all gak leh beli Typing Skills Certificate dari sana. Easy right? at least, takyah gi kelas menaip yang mahal tuh!!
Pssttt : Tolong link kan blog ini ye jika anda mengambil mana-mana artikel dalam blog ini. Janganla rude sangat beb!!
Posted on 4 December '06 by Khai, under Tutorial, Web Promotion. 30 Comments.