Damailah engkau di sana.

Page ini telah menerima kunjungan sebanyak 691 views

Kepermegian Hj. Abd. Manap b. Ahmad

Hj. Abdul Manap bin Ahmad .. satu nama yang memang takkan hilang dalam ingatan Khai.. Pagi tadi (takde la pagi kot jam 1.. pagi bagi orang yang bangun lambat cam khai), time tengah nyenyak2 tido, Khai dapat call dari akak Khai dia cakap “dik, atuk dah takde” .. Khai dengan pisat2nye tu rasa terkejut ada, natural ade.. pendek kata takde perasaan.. Then dalam jam 1330, abang Khai dah tunggu kat Plaza Desaria Villa (LUCT student Hostel) untuk bawa ke rumah atuk di Petaling Jaya. Sebenarnya atuk Khai ni dah lama menderita sakit tua.. Umur dah 79 tahun.. Bila dah elok je sakit dia, tak lama kemudian, sakit balik.. Ermm.. itulah yang kita akan rasa nanti bila dah tua.. Dua adik lelaki bawah dia dah meninggal dulu beberapa bulan lepas. Sekarang tinggal 2 orang kakaknya yang masih meneruskan sisa-sisa hidup..

Baru aje selasa lepas kami lima beradik (kecuali angah yang kini berada di Sabah) pergi melawat atuk.. Keadaan dia masa tu dah uzur sangat.. Dah tiga hari taknak makan bubur. But bila Abang sulung Khai yang suapkan dia, laju aje dia makan.. Khai pula urut kaki atuk.. Sambil tu dia sempat nasihatkan Khai supaya belajar bersungguh2.. Sedih lihat keadaan atuk masa tu. But tak boleh buat apa ler kan? Tengahari tadi jam 12 (berkat hari jumaat), atuk menghembuskan nafas terakhir disamping anak2 nya.. Sampai aja di rumah atuk, nengok orang dah agak ramai.. Nenek berada di sisi atuk. Mak saudara Khai ramai yang kelihatan sedang menangis.. Melihat wajah Allayarham, sungguh tenang dia meninggalkan seorang balu, 10 orang anak, 22 orang cucu dan 5 orang cicit.

Dalam jam 1500, Jenazah di bawa ke Masjid Abdul Rahman b. Auf, Jalan Klang Lama untuk dimandikan, dikapan dan disembahyangkan. My mom (anak sulong) dan my dad bergegas dari Negeri Sembilan dan sempat mencium ayahanda-nya. Time tu jenazah dah siap dikapankan. Time tu la air mata Khai dan adik beradik lain tak henti2 mengalir melihat mak mencium atuk seakan-akan sukar merelakan kepermegian atuk buat selamnya. Kemudian hujan gerimis turun dan berhenti sebaik sahaja atuk selesai disembahyangkan selepas solat asar.. Hujan rahmat agaknya.. kemudian jenazah di bawa ke tanah perkuburan Islam Petaling.. Suasana suram melihat atuk sedikit demi sedikit hilang dari pandangan kami ditelan bumi Allah. Damailah engkau di sana Atuk. Jasamu bertahta di hati kami semua hingga ke akhir hayat.

Sahabatku sekalian, sedekahkan lah al-Fatihah kepada Allayarham Hj. Abdul Manap bin Ahmad.. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

Abdul Manap bin Ahmad | Segar dalam ingatan | 01.12.1928 - 24.02.2007

23022007013.jpg 23022007022.jpg 23022007029.jpg

pssttt: Kalau boleh Khai taknak lalui kehilangan mak dan abah.. juga adik beradik yang lain.. biarlah Khai yang pergi dahulu sebelum mereka..

Bookmark Entri Ini

Bookmark

Artikel Berkaitan...

GPS Mobile Phone Tracking
Religion
Sayo~Nara
Ada apa dengan Gua.Com.My
Fast Update #2
Lisa Surihani
Bawang Merah Bawang Putih
Ramainya suka ais krim.
WWE Japan
Murtad

Ditulis pada 24 February '07 dan semestinya oleh Khai. Sape lagi?
Kategori: Daily craps.

RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

Comment by Eriyza
2007-02-24 01:57:21

Takziah buat Khai sekeluarga.
Al-fatihah.

 
Comment by shadowX_19
2007-02-24 02:35:22

i know how you feel. ucapan takziah dari aku. semoga diampunkan segala dosa2nya n dicucuri rahmat allah s.w.t amin…

 
2007-02-24 04:11:41

al-fatihah. aku doakan agar korang sefamily dapat lalui situation ni ngan tenang and terkawal.amin.

 
Comment by n3dmax
2007-02-24 10:03:04

salam takziah…doakn2 agar di tmpatkan di tempat2 org yg mulia..

 
Comment by kyohakeem
2007-02-24 12:09:47

salam takziah dari keem..

memoga dicucuri rahmat..

Al-Fatihah

 
Comment by apis
2007-02-24 14:35:08

takziah dari aku …:( . al-fatihah..

 
Comment by aman
2007-02-24 19:29:39

salam takziah… :(

 
Comment by azurt
2007-02-24 20:36:25

takziah. hari rabu (21 Feb), ayah ofismate (team-mate) meninggal kat Tmn Sri Medan PJ. Pegi menziarah jugak. Innalillah. Hari Jumaat pulak, kawan kepada kawan ofismate meninggal, tapi kat Melaka. :( takutnye

 
Comment by Khai
2007-02-24 20:47:03

[Comment ID #6440 Will Be Quoted Here]

ramainye kenalan2 yang dah pergi ek .. ermmm…. to yg lain, thanks ek :-?

 
Comment by mamadahiyah
2007-02-24 22:46:00

al-fatihah

 
Comment by mamadahiyah
2007-02-24 22:46:33

aminn…

 
Comment by azleah
2007-02-25 06:55:23

sabar aje la khai ye… sama la mcm arwah nenek tahun lalu, 2 minggu lagi nak spm dia dah pi.. :( hmm… tapi arwah datuk khai ada muda ckit la dari mt laye grandma.. lahir tahun 1919- 31 oktober 2006.

 
Comment by xdinx
2007-02-25 17:55:53

innalillah… may his soul blessed by Allah…
die dah puas nikmati hidup nih…
biarkan die pergi ngan tenang…
mase die idop, die nangis n ibu nye tersenyum…
semoga ketike die pergi, org2 lain pulak yg nangis n die yg senyum…. :)>-

 
Comment by soulof99
2007-02-26 04:37:22

Al-fatihah. Takziah untuk khai dan keluarga. Semoga roh datuk khai tenang di sana.

Amin…

 
Comment by bulanbiru
2007-02-26 15:16:18

Salam Takziah.tak dpt utk byangkn saat khilgan terutama dr org2 tersayang..jika dpt diganti, mgkin itu yg dilakukan.tp..tak siapa dpt melawan kuasaNya.hanya doa dpt mengiringi..al fathihah..

 
Comment by rora
2007-02-27 14:19:39

takziah khai..
al-fatihah utk arwah atuk khai, arwah ayah rora dan semua muslimin muslimat yg telah meninggal dunia.
al-fatihah

 
Comment by azizul
2007-04-24 15:57:35

takziah khai.
aku pernah melalui pengalaman yang sama.
atok ngan nenek aku smua dah xde termasuk ayah aku sekali.

al fatihah

 
Comment by Khai
2007-04-25 17:01:24

thanks all for the wish.. sama2 lah bersabar menghadapi dugaan dan rintangan dariNya

 
Nama (required)
E-mail (required)
Website
Subscribe to comments via email
Respon Anda (smaller size | larger size)
Tired of typing in your details!? Then why not Register?!
Don't forget to add your information to your profile!