** Wishlist
Page ini telah menerima kunjungan sebanyak 1,510 viewsKalau orang lain mempunyai impian dan harapan, kenapa tidak Khai? Khai juga manusia. Manusia biasa.. dilahirkan oleh seorang wanita bergelar ibu hasil perkongsian hidup dengan seorang lelaki bergelar bapa..
Khai bukan jenis yang suka berangan-angan. Disaat rakan-rakan mengimpikan kereta Mutsubishi Evo 7, apabila ditanya, Khai mahukan kereta apa, Khai dengan selamba hanya menjawab, “Produa Kancil, lepas tu baru Khai pikir nak kereta ape “.. mereka ketawa.. Khai diam membisu.. dalam hati Khai terdetik, ” hek eleh.. gelakkan gua.. ngko tu motor kapcai pon belum tentu dapat bayar sewa bulanan “.. Khai hanya membisikkan kata-kata itu di dalam hati. Ingin ku luahkan, namun apakan daya, Khai bukan jenis manusia bangang yang suka cakap lepas. Ade plak yang kecik hati nanti.
So hakikatnya, dalam hidup ni kita mesti la ada target. Akan tetapi, berpada-padalah. Jangan target perkara yang keterlaluan. Jika kau terlalu obses akannya, kau akan merana dan menyedari diri kau tidak guna kerana gagal menunaikan impian yang adakalanya, imposible..
Ini adalah wish list Khai yang ada yang tertunai dan sedang diusahakan.. Khai bersyukur!
Yay!! Dah Selesai
1. Notebook / Laptop

Sejak dari tingkatan satu Khai mengimpikan untuk mempunyai sebuah notebook. Apa taknya, dari darjah 6 gunakan desktop PC, terasa bosannya. Terima kasih kepada abah kerana membelikan Khai sebuah notebook sempena Khai masuk belajar di Limkokwing University. Actually bukan abah Khai yang belikan, dia kasi duit je.. Khai ngan abang ipar yang gi serbu Plaza Low Yat sana tu.. Hikhiks..
2. University

Cita-Cita Khai sejak dari awal tingkatan 4 lagi adalah untuk meneruskan pelajaran Khai lepas SPM di Multimedia University (MMU). Selesai sahaja SPM, Khai apply dalam course Creative Multimedia. Alhamdulillah, permohonan Khai diterima. 4 hari sebelum Khai ingin mendaftar di MMU, Khai ditawarkan sponsorship untuk belajar di Limkokwing University, Cyberjaya. Tanpa berlengah dek kerana sponsorship, Khai terus terima dan menolak tawaran dan impian Khai mengenai MMU. Apa kurangnya LUCT? satu perkara yang langsung tidak Khai jangka untuk berada di sini. Di Limkokwing University.
3. Girlfriend atau mungkin Isteri
Oh.. ramai dah tahu. Kini Khai ada seorang gadis yang amat Khai cintai. Dia terlalu istimewa untuk Khai. Kalau before Khai pernah bercouple, Khai tak dapat rasakan apa-apa perasaan dalam hubungan itu, tapi dengan dia, Khai rasa Khai lah insan paling bertuah di dunia ini. InsyaAllah, akan kekal sampai bila-bila. Gaduh baik, gaduh baik, clash couple, clash couple, itu biasalah’kan adat sepasang pasangan? Tapi sampai bila Khai atau dia akan setia dengan hubungan ini, Allah yang menentukannya. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui.
4. Website
Dari tingkatan 4 Khai bercita-cita ingin memiliki website sendiri. Kini baru Khai sedar yang Scukz.Com ini adalah milik Khai sepenuhnya.. Termasuklah justkhai.com ini.
5. Nokia 3250 N73

Dulu kat senarai belum terlaksana, tapi sekarang dah terlaksana la. Tapi bukan Nokia 3250. Tapi dapat yang lagi power rangers, Nokia N73. Dapat percuma sebagai hadiah dari Kak Lea. Boleh baca entri mengenai hadiah birthday ni di sini. Sure korang jeles punye la!
6. Yamaha 125zR.

Akhirnya terlaksana. Terima kasih atas kerjasama semua especially Kak Yatie, Abang Fird dan Kak Lea. Korang boleh baca artikel mengenai Yamaha 125zR ini di sini.
BELUM TERLAKSANA
1. 125z
Dari sejak awal keluaran motor ni lagi, Khai dah meleleh air liur. Walaupun melambak lagi motor baru yang keluar, tapi bagi Khai design ni lah yang paling boleh blah.. Khai nak sangat!! tak dapat sekarang pun, bila kerja nanti, Khai akan dapatkan juga. Sekarang Khai hanya mampu berbangga dengan Suzuki RGV Khai yang sangatlah mengancam itu. Kelajuannya, membuatkan mat rempit menangis.
2. Khawin
Adakah Khai akan berkhawin dengan wanita yang Khai idam dan harapkan?
3. Degree,PhD, Master
Khai yakin Khai akan menggenggamnya.. Curently struggle for Diploma.
4. Professional Web Developer & Web Designer
Hmmm… my ambition.. Mintak-mintak dapat kerja yang kena la dengan apa yang Khai minat.
5. Rumah sendiri yang lengkap dengan SONY brand
Impian Khai yang ini tidak kiralah sebelum atau selepas mendirikan rumah tangga nanti. Khai teringin nak mampunyai sebuah rumah dua tingkat yang ada halaman dan perabot dalamannya 100% dari Ikea. Barangan teknologi seperti TV, DVD Player, Notebook, Playstation dan lain-lain Khai hanya mahukan jenama Sony 100%. Untuk bilik, Khai hanya mahukan jenama ELLE sebagai katil, bantal dan segala jenis lagi barangan bilik tidur.
6. Nama Anak
Jika panjang umur dan murah rezeki, Khai teringin nak mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Nurqistina. Khai berminat dengan nama ni lepas nengok Spa Q. Oh Norish Karman..
Semoga Allah menunaikan segala impian dan harapan seorang insan bernama Khai. Amin-Amin ya Rabbal Alamin.
Apekah? sekadar gambar hiasan.. peace ~
Full RSS Feed
Free email updates
Favourite this blog






kawin (isteri - nieza) pon belum terlaksana kan? tak termasuk dalam wishlist ke? hu hu
[Comment ID #10845 Will Be Quoted Here]
gadis je.. mean just awek.. kira dah jumpa la wanita idaman… tapi ntuk jadikan dia isteri, masuk dalam wishlist yang belum terlaksana…
yup yup… wishlist memang banyak. spt yang kita tau terbahagi dua… kehendak dan keperluan, hehe (kemahiran hidop)
moga terlaksana semuanya yg belum terlaksana tu…huehue..
khai..khai..aku tau ko sure x kan ingat aku nye.aku x kisah la.just nk ckp,ko mmg x leh blah..ayat2 skema n telus ko tu wat aku pecah prot.(seb baik aku x gelak sambil nanges baca blog ko ni)
keep up the gud work!
wslm..
hard disk otak khai ni 80 juta belion terrabyte ok.. so khai masih ingat.. dulu kita selalu calling calling kan.. hehe.. windu ngan u..
kakakaka nokia 3250…cam hp abang aku jerk..huhuhu bukan macam dah memang pown huhuhu..sebenonye dah lame aku nak mintak hp tu kat abg aku,tapi hampehs..tak dapat maaa
aku dah dapat :) *materials and half of my life*
nak kawen tggu org tu jadi engineer mas dulu haha :)
wow..notebook dan hp kite sama ler….dah terlaksana. hehee..then ape lg yaa yg sama..
weh2 khai .. khai..
tukq nama anak ko nanti hahaahhahaa
nama makwe akuu tuhhh hahahhahaha
tukaq2 hahahahha
pegi la mampos.. hahaha
mcm mana nak mampos!
kubuq x gali lagi!
rumah kata pergi
kubuq kata gi balik rumah!
kalau dia suh nko balik umah, nko rayu lah cakap da x saba nak mati…
nunu owez doakn khai yg terbaek…
wish u ley cpai sume 2…
amin