Khinzir, Sucikah ia?

Page ini telah menerima kunjungan sebanyak 6,565 views

year_of_the_pig_vii_by_temabina-2.jpg
Dua hari Khai tak update mungkin kerana Khai terlalu sibuk dan penat untuk mengarang artikel. Cukuplah, tiada lagi najis untuk entry terbaru ini. Lupakan Fear Factor Japan yang kalian baca sebelum ini. Ianya terlalu kotor untuk dikenang kembali. Bukan begitu? Hehe. Semalam pelbagai perkara menarik berlaku. Di kampus berlansung hari patriotik. Khai sebagai pelajar yang mengambil course Creative Mutlimedia terpaksa datang ke kampus se’awal jam 8 pagi bagi memeriahkan majlis tersebut. Tapi biasalah, janji orang Malaysia (Khai tak mahu tujukan kepada melayu lagi kerana semua bangsa pun sama sahaja) kata sahaja jam 8 pagi, tapi mulanya tetap pukul 10 pagi. Akhirnya kedatangan Timbalan Menteri Pelajaran tiba disambut dengan paluan kompang dan permaidani merah. “Eh, mana Pak Lah, kata beliau juga datang. Ah, mungkin terlalu sibuk”, hati ni berdialog bersendirian. Tak perlu Khai ceritakan lebih lanjut mengenai majlis ini kerana Khai akan ceritakan di TheLUCT sahaja nanti. Habis sahaja majlis, Khai ke kelas pula. Habis pukul 8 malam. 12 jam Khai berada di kampus, ianya sebuah rekod baru untuk diri Khai.

Entri apa ingin Khai tuliskan kali ini. Ah, Khai terlalu penat. Baru pukul 2 pagi Khai dah mengantuk. Ini bukan suatu yang normal bagi diri Khai tapi mungkin sesuatu yang sangat normal bagi kalian. Tapi ada satu perkara yang sangat tidak normal untuk kita semua iaitu menyentuh Khinzir also known as Babi dengan tangan. Ianya najis!! Najis Mughallazah, peringkat najis paling berat. Khai tahu kita boleh menyentuh anjing apabila tangan dan bulu anjing tersebut kering. Ianya di izinkan. Tetapi bagaimana pula dengan menyentuh Khinzir? Khai kurang arif bab-bab begini. Mungkin gadis bertudung di bawah boleh menjawabnya kerana beliau terlalu arif. Mungkin juga dia doktor haiwan tapi kalau Khai ditakdirkan menjadi doktor haiwan sekalipun, Khai pasti menggunakan sarung tangan kerana Khai lebih arif mengenai perkara-perkara mudah.


khinzir_gadis_tudung_1.jpg khinzir_gadis_tudung_2.jpg
khinzir_gadis_tudung_5.jpg

khinzir_gadis_tudung_3.jpg khinzir_gadis_tudung_4.jpg

Dia terlalu ‘bijak’ untuk menjadi doktor pakar bedah atau doktor gigi. Doktor haiwan’lah paling sesuai bagi yang menyangka Khinzir itu suci! Kalian di belakang Khai atau tidak?

Via: Scukz Forums

Bookmark entri ini

Bookmark

Boleh print kalau nak

 Print artikel best ni.

Artikel Berkaitan

Perlukah Berbadan Sasa Untuk Perempuan?
Macam-Macam Khai

Ditulis pada 23 August '07 dan semestinya oleh Khai. Sape lagi?
Kategori: Event, Religion, University, Weird/Funny Stuff.

RSS feed | Trackback URI

147 Comments »

Comment by SFX Subscribed to comments via email
2007-08-23 03:36:32

Adeh.Pegang Babi dan anjing memang haram.Buang tebiat ke awek tu..mungkin dia akan samak selesai saja proses penyelidikan terhadap babi tersebut kot.

Comment by Khai
2007-09-07 14:30:18

pegang je x haram.. makan baru haram.. mengikut kata-kata mereka yang lebih adil dalam hukum..

 
Comment by arejim
2008-03-16 15:39:16

largh……
biasE largh…….
blaJa pasaL binatanG…
huH…
medExx…..
mmG la kEnE pGG babi tuh…
huH….
nanti dia samak la blik..

 
Comment by fadzil
2008-06-24 14:25:22

kita pegang perkara mudah yang penah di ajar dari kecik anjing & babi itu haram……..

 
Comment by fare4z
2008-07-04 20:44:51

tapi takpa lah pegang menatang tuh,bagi doktor haiwan.. sbb dia ada akan menggunakan sabun samak selepas pegang

 
Comment by bro
2008-07-29 15:12:56

camaner pulak boleh jatuh hukum haram?..pegang je lah..pastu samak 6 kali air mutlak dan 1 kali air + tanah yang suci..amboi ko pegang tangan awek ko yang belum jadi bini ko tu baru lah jatuh hukum haram jadah namanya..yang tu ko tak pk haram la pulak yek?..moralnya..pegang tangan babi tu lebih baik dari pegang tangan awek….

 
Comment by DAy
2008-08-05 20:53:25

aik…..
siap posing maut lagi dengan c babi2 lknt 2….
penyelidikan ke permodelan?????

 
 
Comment by adib. Subscribed to comments via email
2007-08-23 03:41:36

gla…bodoaw…..babi..mmg celaka..xtaw spa laa ustaz depa dulu…diorg nih bodo mcm babi

 
Comment by Khai
2007-08-23 05:02:34

maybe la.. tapi patut ke posing bergambar ngan babi macam tu… cam terencat akal je…

Comment by nurul85
2008-03-22 12:18:35

ini nurul stuju sngt…klau nk wat research sekali pn x pyah la posing ngan babi cam tu…nk tngk pn nk muntah inikn pgang…cam bangga jer la awek tu…blajar tinggi tp x leh pk…hai….mcm2 la………

 
 
Comment by amirez
2007-08-23 06:08:04

aku geli n jijik bila tgk babi..apatah lg pegang. tp kita xleh kata camtu kat awek tu. biasanya bakal doktor haiwan didedahkan dgn perkara2 camtu. mesti dia dh blaja cara2 utk samak. pegang anjing atau babi adalah haram selagi belum samak.

pegang tgn kekasih yg belum sah milik pun haram tp ramai gak org pegang (^_^) bleh samak ke lepas tu?

 
Comment by azmie
2007-08-23 06:11:22

well bagi aku ler babi ker anjing ker sumernyer makhluk Allah swt. hukum haram itu pun kalau disentuh pasal ianya najis mughallazah. so kalau ada penyentuhan, boleh disamak.

kengkadang aku heran tgk sekumpulan bebudak kecik (dan ada juga org tua…memalukan) kat tempat aku, amek batu nak baling kat anjing sedangkan anjing tu tak kacau depa pun. aku tny apsal wat mende tu? depa kat anjing tu haram…wtf? yg korang nyeksa binatang tu kebende???

 
Comment by Hulubalang Subscribed to comments via email
2007-08-23 08:39:20

ye memang anjing ngan babi tu makhluk Allah…tapi hukum Allah jgn dimudah2kan…yg haram tetap haram…kalau tersentuh, Allah permudahkan kite menyamak…tapi ini secara sengaja…fikir2kan lah….banyak cara nak pegang mende natang tuh kalau nak sangat wat kajian…tapi dak pompan tuh memegang utk bergambar!!! adakah patut???

Comment by nurul85
2008-03-22 12:21:19

itu la…haram ttap haram whai rakan sekalian….

 
Comment by breng
2008-07-29 15:23:28

patutlah bodo…yang tak berdosa tu ko dok sibuk2 sangat apesal? tak berdosa pun minah tu tu pegang BABIIII..lepas tu pandailah dia nak samak (kalau dia tahu) huhu…ko pegang tangan pastu cium awek ko tu ape hukumnya? lagi baguih cium babi tu…huhu..tak berdosa pun…

 
 
Comment by dragonfly Subscribed to comments via email
2007-08-23 10:47:18

hahaha…aku pun dah masukkan gambar2 ni kat blog aku.memang femes la budak pempuan ni dgn hidung kembang mcm binatang tongek tu..pegang ngan sengaja adalah haram wpun boleh samak…tetap dapat dosa…

 
Comment by zul Subscribed to comments via email
2007-08-23 10:47:25

awek ni jahil bebenor…
mak bapak die x ajar ke….
BABI adalah HARAM disentuh…..

Comment by zOra Subscribed to comments via email
2008-09-09 14:16:32

babi haram di mkn je la
bukan haram desentuh
ko pon x blaja ker?

Comment by Khai
2008-09-09 15:00:14

ahahaha… tapi even x haram disentuh pon, ingat! jgn sengaja disentuh plak…

(Reply untuk komen ini tamat di sini)
 
 
 
Comment by paklang Subscribed to comments via email
2007-08-23 11:25:49

bagi aku kite mesti mengadili sesuatu ngan hukum. sape kate pegang babi haram? kalo kite makan daging babi baru la haram. dari segi hukumnyer kalau terpegang atau sengaja pegang babi samak je la. mane ade hukum pegang babi haram.

Comment by don
2008-09-07 23:37:13

ANJING…haram disentuh,,,,,BABI…haram dimakan,bukan haram dipegang.xda nas-nas mengatakan babi haram disentuh…sila taye ustaz kalo xcaye yeeeerrrrrr

 
 
Comment by Khai
2007-08-23 13:03:19

konfius ni pegang babi haram atau tidak.. :-?

to bro azmie, kelakuan mereka membaling anjing mmg tak boleh diterima semata-mata kerana anjing itu haram.. isk isk..

 
Comment by YaNa Subscribed to comments via email
2007-08-23 13:34:15

khai, nape entry kat blog khai banyak amik dari forum scukz? bukan pe..sbb dah masuk forum so dah tau sedikit sebanyak..maybe kpd user yg xmasuk forum scukz xtau pasal ni..erm..jgn marah erk..just curious..newey, tetap baca every entry khai..
so terdetik pertanyaan ini..
sekian…

 
Comment by Khai
2007-08-23 15:47:59

banyak ke? takde la banyak.. skit2 entry je.. neway bukan semua pembaca blog ni budak-budak scukz.. so ramai yang tak tahu ape isu isu yang ada kat forums kita tu..

so khai akan cuba olahkan ianya menjadi sebuah isu dan di sini dan cuba membawa pembaca blog ini menyertai forums scukz.com ..

ape yang nak dicurioskan ni cik yaNa oiii.. hehehe.. neway thanks for da question bebeh.

 
Comment by csankai Subscribed to comments via email
2007-08-23 17:24:42

isk…kejadah dia la pompuan nie…

banyak² benda leh pengang macam penyapu ker, kucing ker, ayam ker, batang pisang ker, menda alah ni jugak yang dia pegang…

 
Comment by Robotys Subscribed to comments via email
2007-08-23 18:55:56

Pegang babi/anjing = haram
Tapi berdosa besar ker kalau kita pegang babi and anjing (tapi bukan macam pompuan atas nih la yg sgt suka2 pegang babi tuh.. WTF??!)? as in berdosa besar melakukan zina?

Sekian soalan dari saya :)

 
Comment by FAIZ Subscribed to comments via email
2007-08-23 20:15:34

Siapa kata pegang babi haram?

Pegang tahi haram ke? Berdosa ke kau pegang tahi?

Tak pernah pula aku dengar gitu.

Sejak bila pegang babi haram? Sertu aja dengan tujuh basuhan air dengan sekali tanah.

Lebih-lebih lagi dia ni bakal veterinar mukminah, insya Allah.

Kamu ni orang terpelajar pun boleh nak kecoh-kecoh benda macam ni, bukannya nak kecoh isu terpelajar sikit.

Adik, malu ditengok non-Muslim. Minta jasa baik untuk delete atau edit posting ni.

Sekian, terima kasih.

 
Comment by Khai
2007-08-23 20:49:55

pegang tahi mmg tak berdosa.. tapi ade ke orang yg saja saja mahu pegang taik?

begitu juga dengan bab1.. ada ke orang yang saja2 nak pegang babi instead kalau nak buat something pon, gunakan sarung tangan… kerna kita tahu ianya najis. bukan sengaja pegang then kelam kabut mahu samak..

oh itu lagi memalukan… tiada post yang akan di delete.. malu kepada non-muslim? jika ingin dedifinasikan apa itu malu, yang melompat2 macam monyet separuh bogel di bandar sana tu, itu baru betul-betul memalukan..

Comment by bro
2008-07-29 15:26:34

ko cium pipi makwe ko pakai sarung tangan tak? bodoh…dah la dapat dosa…cium babi lagi bagus…haloo…apa nak sibuk sangat pegang babi tu tak berdosa pun..ko pegang tangan makwe ko tu…ko tak sibuk yek…yang tu dapat dosa tuh…pilihlah nak pegang siapa…

 
 
Comment by Fahmishah
2007-08-23 20:57:19

x silap aku kalau tujuan belas kasihan x mengapa.kalau kowrank nampak anjing jatoh longkang x dapat naik korang kena tlg angkat dia..belas kasihan besar pahala..

 
Comment by fiffy
2007-08-23 21:34:27

hukum pegang babi ni mmg la haram tp ble samak…
ape yg xsedap mate mmdg kt cni minah ni dgn gembiranye bgambar ngan sang babi tuh…
even kitaorg kt hospital klu nk bg injection yg de kandungan lemak babi pun pki glove dan sgt bhati2 takut tercucuk diri sdr….
inikan pulak pegang babi tu directly…

Comment by bro
2008-07-29 15:37:39

Yang aku tahu pegang babi tidaklah haram…tak berdosa pun…haram apabila dimakan

 
 
Comment by rokudaime_jr
2007-08-23 22:11:40

Huh…bg aku…citer ni simple jek..dia tgh belajar…n ada cara utk dia menghilangkan najis tuh….(samak)..so….bg aku..x salah utk dia pegang…ramai lagi doktor haiwan yg terdiri di kalangan orang Islam…Cume….cara cik adik ni menyuruh kawan2nyer mengambil pic nyer berposing dgn pig yg membuatkan kita jd x keruan ngan isu ini….Lain kali…x yah la gatal2 nak amik pic dowh….Adess…

 
Comment by azmie
2007-08-23 22:23:59

yerp setuju ngan rokudaime tu. dan kengkadang sesetengah orang berpemikiran jika ianya haram maka ianya terus berdosa. tapi bagi aku, hukum haram disini jika disentuh. dan berdosa jika tak disamak. itu shj yang perlu diambil tahu…betulkan aku jika aku salah menerangkan jawapan aku k?

 
Comment by YaNa Subscribed to comments via email
2007-08-23 22:33:48

[Comment ID #11693 Will Be Quoted Here]

ye…maybe time baca entry tu kebetulan yg ada kt forum..sorry erk..jgn terasa lak..

 
Comment by amirez
2007-08-23 23:14:31

setuju dgn azmie. so isu haram tu rasanya dh agak jelas kat sini. cuma yg x betulnya cara awek tu bergambar..mmg x patot. sekian :)

 
Comment by uranicade Subscribed to comments via email
2007-08-24 02:14:39

aku sebenarnya tak la tau sangat dalam bab agama ni.tapi ni aku dapat dari emel.pepandai la korang pikir sendiri berkenaan babi dan binatang yang diharamkan ni.ok?

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Ketika pembukaan Kota Mekah, beliau mendengar Rasulullah s.a.w yang ketika itu berada di Mekah bersabda: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala. Kemudian baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana dengan lemak bangkai yang digunakan untuk mengecat perahu, untuk dilumurkan di kulit supaya berminyak dan untuk menyalakan lampu? Baginda menjawab: Tidak boleh. Ianya tetap haram. Lalu baginda meneruskan kata-kata: Semoga Allah membinasakan orang-orang Yahudi. Sesungguhnya Allah s.w.t ketika mengharamkan lemak bangkai kepada mereka, mereka beralasan lalu menjualnya dan memakan hasil penjualan tersebut
http://hadith.al-islam.com/Display/Hierarchy.asp?Src=1&AlmiaNum=2959

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila anjing menjilat air yang berada dalam bekas salah seorang daripada kamu, hendaklah dituangkan air tersebut, seterusnya basuhlah iaitu samaklah sebanyak tujuh kali
http://hadith.al-islam.com/Display/Hierarchy.asp?Src=1&AlmiaNum=417

Hadis Abi Mas’ud Al-Ansariy r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang (memanfaatkan) hasil penjualan anjing, hasil pelacuran dan mengupah tukang tilik
http://hadith.al-islam.com/Display/Hierarchy.asp?Src=1&AlmiaNum=2929

kat link tu dia tulih dalam bahasa arab.aku dah check.yang hantar kat emel tu dia paham bahasa arab.korang bole la tanya orang yang lebih arif lagi.jangan sesenang aje main takrif memacam.bukan apa,jalan takwa ni diibaratkan seperti berjalan dijalan yang dipenuhi duri.jadi kena selalu berhati-hati.

wallahu’alam

 
Comment by FAIZ Subscribed to comments via email
2007-08-24 09:07:05

ulama-ulama kecil di sini sepakat mengatakan pegang babi haram. Siap ada ulama muktabar seorang tu berkata haram kalau disentuh tapi berdosa kalau tak disamak.

Saudara, kalau haram tuh berdosa kalau buat, apa ada benda haram dibuat tapi tak berdosa dibuat?

Yang perlu dititikberatkan di sini ialah pegang babi TIDAK HARAM!

Kalau dia pegang anjing sekalipun, tak kisah lah dia senyum gembira ka dia lompat kijang ka dia minum sirap ka sambil pegang anjing, tidak pernah haram.

Yang dia gembira ambil gambar sambil pegang babi tuh apa masalahnya? Langsung takda masalah.

Kau nak dia muka bermuram durja, sedih akan kehinaan babi itu, dan beristighfar sambil pegang babi tu, baru kau puas hati?

Furthermore, yang kau dok publicize (tak kisah lah kaut mana) gambar dia ni tak malu ka? Apa punya aib kat orang.

Sekian.

 
Comment by samudera_maut Subscribed to comments via email
2007-08-24 09:50:58

[Comment ID #11680 Will Be Quoted Here]

sian babi tu, xpasal2 dapat title xbaik, makhluk Allah tu, kalo nak hina pon jangan la hina sampai camtu skali, dah kejadian Allah macam tu, pasal budak pompuan 2, kita bersangka baik je, kalo macam tu tugas dia masa belajo, biarkan je la, tanggungjawab tu…

 
Comment by musnazdotnet Subscribed to comments via email
2007-08-24 10:48:45

eh, kompius pulak saya… babi adalah haram dipegang? maksudnya berdosa dipegang? setahu saya yang tak berapa arif nih, pegang babi tu ialah pegang najis mughallazoh jek, then samak je lah…. apa ada hal… yang berdosanya kalau makan babi.

tapi kat minah yang bangga posing ngan babi tu memang speechless gak la saya dibuatnye walaupon saya nih speech therapist, ho ho….

 
Comment by csankai Subscribed to comments via email
2007-08-24 11:43:40

kalu ragu², jgn buat…itu jer..islam is simple…

ada org org cakap haram ada yang tidak…

mungkin kita di malaysia nie, kita cakap haram…tapi saudara faiz cakap tidak, im sure he have a strong point there rite.???

so, ikut yang mana kita yakin….dan betul….

 
Comment by Ntah Subscribed to comments via email
2007-08-24 11:48:40

susah nak komen tapi yang pasti kalo dah hukum nyer haram kenape nak dipertikaikan lagi hukum tuh? mungkin kita boleh berlagak baik & suci kononnya kesian kat babi tuh la ini la.. pada aku kalo untuk tujuan study pun takkan xreti nak pakai sarung tangan? samak memang la boleh samak, tapi paham tak kita kenapa ada samak? sebabnya kalo TERsentuh kita boleh samak maknanya kalo tak de samak susah la kita.. maksud saya hukum dah tetapkan haram kalo sentuh babi. so jangan sesuka ati sentuh. ni tak, siap bergambar plak dengan muka bangga dengan babi tuh. kalo dah darurat terpaksa sentuh itu boleh diterima sebab DARURAT. ni tak, sentuh dengan sengaja sedangkan zaman sekarang sarung tangan sudah berlambak jual kat kedai. so apa yang kita kena paham ialah kalo kita kena pegang babi utk study sekalipon kita kena cari inisiatif mcm pakai sarung tangan dan sbgnya tapi kalo dah tersentuh baru la kita boleh guna samak. bukan sesuka ati nak sentuh then samak… tolong paham bebetul wahai umat islam. Hukum agama xboleh kompromi.

 
Comment by Ntah Subscribed to comments via email
2007-08-24 11:59:05

lagi satu aku tak puas ati ade lak komen dari kawan2 seislam kita yang suh delete entry nih kononnye malu kat penganut lain.. excuse me! agama tetap agama dan yang pasti hukum tetap hukum. kenapa nak malu? sedangkan itu kebenarannya, dah banyak benda kita kompromi dengan agama lain kat malaysia ni tapi bukan bermakna mereka boleh pijak2 islam. ni la yang susahnya kita, tidak berpegang teguh kepada islam. soal hukum hakam dibuat main2 sebab tu dah jadi macam2 benda yang tak masuk akal skang ni.. puncanya kita menghalalkan benda2 yang pastinya haram.

 
Comment by Hulubalang Subscribed to comments via email
2007-08-24 12:18:36

aku sokongggg Ntah….hukum tetap hukum…dan islam itu mempermudahkan kite…kalau tersentuh islam bagi kite jalan utk menyamak….dan bukan bagi kite jalan utk kite sesuka hati nak pegang mende natang tuh….dan kemudian menyamak… hukum Allah bukan utk dipermainkan….kalau nak belajar pon apa salahnyer pakai sarung tangan….susah sgt ke???

 
Comment by Khai
2007-08-24 12:27:22

Saya setuju dengan Ntah. Setahu saya dahulu semasa belajar di sekolah Agama (masa darjah 1 hingga darjah 5), ustaz saya ada mengatakan, jika kita “TER”sentuh babi atau anjing, baru la kita boleh menyamak najis berat tersebut.

Tidak pulak dikatakan, kita boleh main main dengan anjing dan babi, dokong dokong mereka, bawak mereka tidur atau mandikan dia bila mereka kotor kemudian barulah kita samak najis tersebut.

Jadi di sini, kita boleh samak jika kita tersentuh babi dan anjing. Ya, sentuh babi memang tidak berdosa. Itu memang releven. tetapi kalau boleh sebagai seorang muslim, ada pelbagai cara untuk kita menyentuh babi atas tujuan penting seperti perbuatan. Doktor menyentuh pesakit (MANUSIA) pun pakai penutup mulut dan sarung tangan inikan pula menyentuh haiwan hensem itu.

Kalau boleh la samak sentiasa selepas pegang anjing dan babi, maka ramailah orang islam yang bela anjing dan babi. Maklumlah anjing kan bijak. Lepas pegang2 mereka je boleh samak.

Kita lihat contoh polis. Mereka ada anjing penyiasat. Dan siapa yang selalu membawa anjing tu dengan tali? Ya, ianya bukan islam. Selalunya kaum india yang menjaga anjing tersebut. Kenapa bukan melayu? Kerana ramai lagi polis bukan beragama islam.

Begitu juga dengan wanita ini, jika ingin memegang babi atau anjing, gunakan sarung tangan. Takde la sibuk nak samak2 lepas tu. Then kalau dah minat sangat nak jadi doktor haiwan, perlu’kah nak eksen tangkap gambar2 camtu kemudian publish di internet. Kalau tak publish di internet, masakan gambar tu hari ini berada di blog naif ini..

 
Comment by FAIZ Subscribed to comments via email
2007-08-24 12:34:53

Maka mailbox ku flooded. hehe.

I think kita get over the issue of haram or halal, sebab jelas PEGANG babi tak haram (di Malaysia atau di mana-mana pun sama.)

Tak pernah langsung dengar dalil kata pegang babi haram, on its own. Kalau ada, sila keluarkan. Tak kisah lah Malaysia atau apa pun.

Yang menjadi kepincangan ialah low level mentality yang sangat jelas di sini, yakni menyiarkan gambar anak orang yang berjihad dan bersifat ihsan pada haiwan, lalu disertai komen-komen tak patut.

I don’t know if there are any other pictures, tapi yang paling ‘provokatif’ pun yang dia pakai baju merah tu. Nampak kasih dan sayang pada babi tu. Siap bergambar lagi. Tiada masalah LANGSUNG pun.

Apa kejadahnya dia pakai glove ke idak jadi isu? Ish, risau aku mendengar.

Malu bukan kerana ni hal agama, kerana NYATA ni bukan hal agama. Malu kerana mentaliti picisan. Sangat harsh, tapi harsh lagi posting kamu tu pada that girl, bukan ke?

postscript: just nak kasi teaser, sure ada kat sini yang rasa kalau dalam wudhu’, lalu ada tahi/air kencing/babi dilontarkan pada kau, wudhu’ akan batal. Betul ke ni? hehe nama pun postscript teaser.

 
Comment by Khai
2007-08-24 12:45:00

“Apa kejadahnya dia pakai glove ke idak jadi isu? Ish, risau aku mendengar.”

ianya adalah sebuah isu.. bukan ke kelakuan memegang babi secara umum begitu lebih memalukan umat islam bila dilihat oleh non-muslim? Mereka kata kita cakap babi ni najis tapi pegang juga..

postscript teaser: Ya, jika terkena tahi cicak dalam keadaan wudhu’ maka terbatallah air sembahyang kita kerana tahi cicak termasuk dalam golongan Najis Mutawassitah iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang.

 
Comment by FAIZ Subscribed to comments via email
2007-08-24 12:46:48

Eh cepat yang amat ada reply.

While i’m still here.

Oh. Jadi masalahnya sekarang ialah “ish, kasihan wanita ini, pakailah sarung tangan, kalau tak, susah-susah je dia nak samak.”

Dia yang pegang, dialah yang samak.

Yang dipostkan lalu diherdik lalu disindir pasal kebijaksanaan dia ni perlu ke Khai?

Saya ni bukan kenal Khai, budak perempuan tu pun tak kenal. Tapi patutkah diletakkan post ni lalu comment dibiarkan unmoderated sebegini?

Betul atau tidak kalau saya kata isu yang jadi polemik bebenor ni ialah 1. dia nampak macam suka benar main babi. dan 2. dia tak pakai sarung tangan.

Itu je ke isunya? Aren’t they RIDICULOUSLY silly!?!

Yang anjing polis dan sebagainya itu you know and i know the one reason is because nanti leceh nak samak, and takut orang ‘cakap-cakap’. Itu je. Tapi kalau ada polis Muslim bawa anjing, siap angkat peluk, perlukah kau buat posting dan mengherdik dia yang sebenarnya seribu kali mulia dari ‘pengharam benda yang halal’?

 
Comment by amira Subscribed to comments via email
2007-08-24 12:52:52

[Comment ID #11698 Will Be Quoted Here]

benggap juga sorang ni …. apa ko pegi ke gereja, tokong cina, atau kuil hindu…. ko pakai pakaian yg macam kat atas tu… lepas tu ambil gambar post kat sini …. dan ko tulis komen tidak ade salahnye kalau kita masuk ke tempat2 yang macam tu

bikin la kalau berani…. benggap punya muslim

 
Comment by FAIZ Subscribed to comments via email
2007-08-24 13:03:56

[Comment ID #11731 Will Be Quoted Here]

Wallah takda salah pergi ke gereja, kuil, tokong mahupun synagogue yahudi sekalipun.

Tangkap gambar pun tak salah.

SEMBAHYANG dalam gereja PUN ada kawan aku pernah buat, di St Paul’s Cathedral, sebab hujan di luar. Kalau tak biasa atas rumput aja atau changing room di shopping complex.

Bengapkah dia? Bengapkah kami ni yang tidak mengharamkan benda yang halal?

 
Comment by FAIZ Subscribed to comments via email
2007-08-24 13:12:02

[Comment ID #11729 Will Be Quoted Here]

hehe suka saya bertukar pendapat dengan pelajar uni macam saya sendiri ni. Kalau di forum-forum lain macam KMU, dah keras hehe.

Oh tidak, wudhu’ anda tidak batal. Sila basuh najis itu, mutawassitah atau apa najis pun. Tidak perlu ambil wudhu’ sekali lagi. Sekadar berkongsi maklumat.

Sekian, nanti kita borak lagi di blog kamu ni haha. Have to go for Asr.

 
Comment by Khai
2007-08-24 13:20:24

nobodies here kenel wanita itu jadi tidak mungkin akan memalukan pihak beliau. Post ini bertujuan memberi pengajaran kepada kita semua. Membincangkan soal najis dan sebangainya.

bukan 2 aje isunya saudara. banyak lagi. Jika dikatakan beliau tu doktor haiwan, kenapa babi yang perlu diberi rawatan. Jika ya pun, patutnya sebagai muslim, perasaan malu tu patut ada. bukan dengan bergambar2 kenangan bersama babi.. wth!!

Jika saudara juga tidak kenal siapa wanita itu, mana kita tahu dia seribu kali lebih mulia dari pengharam menda yang halal. Wanita tersebut mengganggap benda yang haram sebagai halal. dokong seperti kucing. Para komentar di atas tu juga keliru. jika salah betulkan. Jangan putuskan siapa lebih mulia di sini..

to amira, elakkan kegunaan kata-kata kesat. Itu bukan sesuatu yang normal bagi bangsa kita. Ok amira?

 
Comment by amira Subscribed to comments via email
2007-08-24 13:26:05

[Comment ID #11732 Will Be Quoted Here]

cuba lah ambil asas dalam kita sebagai muslim

jgn buat benda 2 yg pelik atau syak

kita tak harus buat sesuatu yg bole menyebabkan org lain berkata2 (yg disalah ertikan)

apabila seseorang itu mula mengata (kata2 yg disalah ertikan … maka org itu telah berdosa…. tapi kita yg memulakannya ada lebih bertanggung jawap keatas dosa org itu)

aku nak tanya sikit boleh ke kita buat kerja kat depan laman rumah kita dengan berpakaian tak menutup aurat… (senang cakap seorang lelaki separuh umor “ajk masjid” menyiram pokok bunga di hadapan rumah dgn hanya pakai tuala)

bole atau pun tidak, halal atau pun haram,
siapa yg berdosa
jiran yg mengata… atau dia yg membuat itu berdosa

apa yg lebih teruk lagi apabila amalan yg dibuat itu dipanjangkan oleh org lain

senang cerite jaga lah agama kita

jgn terlalu ambil mudah sgt dlm semua hal

ni yg jadi apabila bila ambil mudah pada ungkapan dibawah ini

“sembahyang …. tak payah,
puasa….. tak payah, yg payah ialah mengerjakannya”

 
Comment by Khai
2007-08-24 13:43:05

iye ke wudhu’ tidak terbatal. Hurm, maafkan saya jika tersilap dan terima kasih kerana membetulkan. Tapi saya selalu praktikkan bila terpijak tahi cicak atau baju terkena tahi cicak yang tidak kering, saya akan tukar baju lain atau mengambil air sembahyang semula..

 
Comment by Khai
2007-08-24 14:21:51

ye, jgn terlalu ambil mudah dalam soal agama.. hakikatnya, jika semua orang berpegang selepas pegang pada benda haram seperti anjing dan babi, kemudian boleh samak, maka punahlah agama..

akan kelihatan la ramai kaum melayu membawa anjing bersiar-siar di waktu petang….

 
Comment by hafreze
2007-08-24 14:52:47

eyh..tp pak arab pn bela anjing per..cume sape yg bela anjing nie..malaikat tk masuk umah..but..bela babi aku tk sure laa kan..aku bukan hebat pn psl agama nie..tp aku baru mntak mmber aku yg blh kata terer bab agama nie wat posting die dlm blog..mayb dlm 2-3 hari..kite blh tgk trackback utk isu cmnie..sekian..

 
Comment by balqis Subscribed to comments via email
2007-08-24 14:55:58

wallahua’lam (;

 
Comment by wenkt
 
Comment by Aljohori Subscribed to comments via email
2007-08-24 15:12:08

Doktrin yang membebankan ini sebenarnya hanyalah ijtihad Imam Syafie yang mengqiyaskan kenajisan babi dengan kenajisan anjing dengan kaedah “qiyas awla”nya (al-Syafie, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara jelas di dalam al-Quran wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih atau sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 1 m.s. 161), maka babi yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Quran lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.

Atas dasar inilah majoriti pengikut mazhab Syafie sehingga ke hari ini menganggap kenajisan babi adalah sama atau lebih berat dari kenajisan anjing.
Bagi jumhur (majoriti) umat islam pula hadith Abu Hurairah yang berkaitan dengan cara menyucikan kenajisan anjing jika anjing adalah semata - mata untuk anjing dan bukan untuk selainnya. Menurut mereka pengharaman daging babi (surah al-Maidah (5): 5) adalah berkaitan dengan persoalan makan dan tiada kena mengena dengan cara menyucikannya. Tambahan pula dalam ayat tersebut bukan hanya daging babi yang diharamkan, bangkai dan juga darah disebutkan bersama dengannya. Mengapa qiyas yang sama tidak digunakan untuk menggolongkan darah dan bangkai bersama anjing dan babi sebagai najis mughallazah…Saya tinggalkan persoalan ni kepada semua pembaca blog ini..

untuk keterangan lanjut boleh baca di http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com/2007/05/doktrin-babi-yang-menyusahkan-umat.html

 
Comment by Hulubalang Subscribed to comments via email
2007-08-24 15:21:28

Ni la bahana owang yg berpahaman barat…lebih sekular dari sekular….lebih barat dari yg barat….apa pon kite serahkan pada yg lebih arif…terima kasih…:D

 
Comment by azmie
2007-08-24 17:20:58

[Comment ID #11714 Will Be Quoted Here]

herm adakah anda maksudkan saye?

 
Comment by azmie
2007-08-24 17:55:33

ok bila dibaca balik mmg tak logik ler kalau dikatakan haram disentuh tapi berdosa kalu tak disamak…so aku tarik balik respon aku seblum ni…tapi lain citer ler kalu biler dah sentuh tapi tak bersamak pastu wat perkara2 yg lain seperti makan, sembahyang dan macam2 lagi? tentu berdosa….kan?

dan aku rasa mende ni “sudah terang lagi bersuluh” yang haram disini adalah jika kita memakan daging babi ni. tapi ini bergantung kepada keadaan jika dalam keadaan tertentu shj dimana tiada makanan lain maka dibolehkan makan daging binatang tersebut. dan jika kita sentuh maka hendaklah kita menyucikan anggota badan yang tersentuh tu.

salah tolong betulkan yer…

ps: kpd org tu, jgnler menyindir org lain dgn mengatakan “ulama kecil” atau apa shj yg berkaitan. semua disini cuma menyuarakan pandangan masing2, dan jika ada yg salah dan silap, minta tolong betulkan dengan cara yang baik.

sekian

 
Comment by FAIZ Subscribed to comments via email
2007-08-24 18:29:27

Minta maaf lah azmie, belajar sindir-sindir ni dari Khai yang cukup suka sindir perempuan ni sebagi ‘lebih bijak’. Maaf lah ye, minta Khai tolong ambil iktibar juga.

1. Kalau isu agama BUKAN ukuran di sini, sepertimana ada yang suggest, kenapa tak ada orang sindir gambar dia dengan anjing tu? Bukan ke nampak lagi mesra gambar anjing tu? Tapi tidak, gambar itu tidak dikomen, kerana ‘anjing itu boleh dipegang jika kering’. Nampak sangat ni pasal halal haram pegang haiwan, mulanya.

2. Kemudian apabila hujah agama dah tumpul, mula bangkitkan ’sarung tangan’, ‘gambar kenangan’ dan ‘anjing polis, dan ‘punahlah agama’. Tak pernah dalam sejarah agama atau kerajaan Islam tu punah sebab orang bawa anjing jalan-jalan di petang hari. Seperti yang dijelaskan oleh aljohori, tidak semua mazhab berpegang sama seperti Mazhab Shafie pasal benda ni. Ada ke kamu nampak punah agama mereka?

3. Punah agama, atau kerajaan islam, kerana sifat Muslim yang tidak rajin belajar, mengamalkan taklid, membuka aib orang tanpa sebab, saling memfitnah, mengharamkan yang halal(which is as bad as mengharamkan yang halal…siapalah ustaz kau agaknya ek? hehe).

4. Kamu nak dia pegang babi macam mana lagi? Soalan simple habis. Nak dia muram durja ke? Nak dia sambil pegang tuh dia istighfar dan bertasbih ke? Dia nak ambil gambar kenangan di kandang haiwan tu pun nak persoal, pelik habis. Again, apsal takda langsung orang persoal dia peluk anjing yang entah-entah bukan haiwan rawatan pun tu?

5. Minta sangat edit or delete posting ni. Saya tahu orang muda macam kita ni ego kuat habis, tapi memang pohon sangat-sangat. Malu bukan sebab ni bincang agama, tapi menggunakan agama sebagai ‘veil’ menutup sifat yang boleh ‘punahkan agama’.

Sekian, cukuplah tu. Back to my studies. I’ve made my point, kalau rajin visitlah blogku.

 
Comment by Khai
2007-08-25 00:38:23

ok… tiada posting yang akan didelete di sini.. jgn cakap lagi..

ok.. u got the point…
bukan bukan… bukan nak salahkan perempuan tu. jgn salah anggap.. yang utamanya di sini, tolong baca ape yang dah ditulis kat atas tu.. bukan cari kesalahan orang je…

1. Jika wanita itu doktor haiwan sekalipun, setahu aku doktor takkan la takde sarung tangan.. nak pegang babi, pakai la sarung tangan… x susah pon.. bukan nye sengaja nak pegang babi dan anjing, then sibuk nak samak najis tu..

2. perlu ke tangkap gambar? ye, point awak takkan dia nak tangkap gambar dengan muka yang masam or x suke dengan babi tu.. ya, biarlah dia senyum or nak buat apa gaya sekalipun.. tiada sapa yan kisah.. persoalannya di sini, perlu ke dia nak tangkap gambar dan letak di internet? Jika posting ini memalukan umat islam, salah kan perempuan itu.

itu je point nye.. x perlu nak besarkan meleleh-leleh ke tempat lain.. anggap je saya ni baru belajar.. kalau salah tolong betulkan. bukan dengan sindiran seperti orang yg x cukup ilmu… hihi.. jgn amik hati.. newaymm thanks for the visit….

psstt: Dalam post di atas, tak tertulis langsung yg aku mengatakan sentuh babi tu haram.. which is aku x pernah mengharamkan benda yang halal.. tertulis di situ aku kurang arif hal hal begini.. tapi kalau boleh, elakkan dari pegang babi.. dan banyak point aku dalam komen2 di atas yang x di ambil peduli oleh saudara faiz tanpa sebarang jawab balas..

 
Comment by mohdismail
2007-08-25 01:51:26

aku macam pernah nampak gambar awek ni..somewhere else.. tp aku lupa da.. ha ha

*speechless..

 
Comment by Khai
2007-08-25 02:53:43

ekceli, muka dia macam one of my lecturer…… hurmm.. speechless gak ni… :P

 
Comment by FAIZ
2007-08-25 08:12:53

One reason yang dia tak pakai sarung tangan tu is dia nak ‘desensitization’. Kalau nak tahu lebih lanjut sila google. Sini ia bermaksud dia nak biasakan dengan memegang babi dan segalanya. Kalau doktor manusia pun nak merawat pesakit digalakkan tak pakai sarung tangan unless perlu. Ada banyak sebab musabab yang mungkin susah kita nak faham sebagai non-medic/vet students.

Anyway Vet School UPM dah tulis panjang lebar replynya mengenai isu ni, sila cari.

Jangan baling batu sembunyi tangan, Khai. Dah sindir dia abis-abis, tiba mengaku ‘bukan nak salahkan perempuan itu..jangan salah anggap’. WTH???

Dia entah-entah budak bandar mana entah, so sesekali gih kandang babi teringin nak ambil gambar then upload kat internet. Sympathetic lah sikit. Tak perlu didedicate satu posting khas untuk menunjukkan kita ni holier-than-thou (IF you’re not familiar with this term, minta tolong sangat search…tolong…berkongsi ilmu).

Minta sekali lagi edit atau delete posting ni. Desensitization! hehe

 
Comment by medic_khai
2007-08-25 10:47:49

doktorr haiwaannn … boleh sentuhhh binatang tuu … mmg xbleh buat ape2 …
kalau niatt nak membantuu …
x dosa ..
kalauu niat dia saja2 nak setuh benda tuu ..
dosa lah aweks tuuu ….

 
Comment by fuad
2007-08-25 11:56:52

Diambil dari sorg brader di Forum Jiwang
————————
Soalan:

From: **** *****
To: alFaisal Ibn Yusof
Sent: Tuesday, August 21, 2007 4:21:28 PM
Subject: Fw: APA DAH JADI NIE?

Assalamualaikum

I have receives this photos. Maybe she (in picture) is a future veterinary doctor or officer …
So apa hukum dia pegang semua haiwan haram tersebut … bersentuh kulit dgn pakaian dia sekali tu…?????
Boleh tolong jawabkan…

Thanks

Jawapan alFaisal:

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, kita memuji-Nya, meminta pertolongan-Nya, meminta petunjuk-Nya, meminta ampunan-Nya dan meminta perlindungan-Nya dari kejelekan-kejelekan jiwa kita dan keburukan amalan-amalan kita. Barangsiapa diberi petunjuk-Nya maka tidak ada yang bisa menyesatkannya, dan barangsiapa yang sesat niscaya tidak akan mendapat hidayah-Nya.

Saya bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada ilah kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad SAW adalah hamba dan Rasul-Nya. Amma ba’du.

Saya akan cuba menjawab persoalan yang diajukan dengan kemampuan ilmu saya dan apa yang telah saya pelajari. Dalam menjawab, saya akan bersangka baik kepada gadis di dalam gambar tersebut sebagaimana disuruh Rasulullah SAW. Baginda bersabda:

Hendaklah kalian menjauhi berburuk sangka kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta perkataan.. [Sahih al-Bukhari – no: 6724]

Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata:
Apabila sampai kepada kamu sesuatu berita tentang saudara kamu, maka carilah alasan yan membenarkan tindakannya. Jika kamu tidak menemuinya, maka katakanlah: “Mungkin dia mempunyai alasan”. [ al-Taubikh wa al-Tanbih, no: 97]

Setakat ini tiada saya temui larangan menyentuh anjing atau khinzir. Ulamak hanya berselisih pendapat dalam perihal samada ianya najis atau tidak, najis mughallazah atau mutawasittah dan sebagainya. Namun tidaklah ditemui sebarang fatwa melarang menyentuh kedua haiwan tersebut apatah lagi sekiranya ianya melibatkan pembelajaran. Hal ini juga dapat dilihat dalam fatwa Syaikh Sayyed Mutawalli Ad-Darsh [rujuk http://www.islamonline.net/servlet/Satelli...d=1119503544368 ]

Samada gadis tersebut memilih pendapat mazhab Syafi’i bahawa khinzir itu najis mughallazah ATAU memilih pendapat majoriti ulamak bahawa khinzir hanyalah najis mutawassitah yang hanya memerlukan basuhan sekali sahaja jika tersentuh dengannya sama seperti nanah, tahi dan juga kencing (lihat al-Sya’rani, al-Mizan al-Kubra,jld. 1, m.s. 138) ianya tidak menjadi masalah. Sekiranya memilih pendapat mazhab Syafi’i maka dia perlu melakukan tujuh kali basuhan, dan sekali basuhan dengan air tanah. Andai dia memilih pandangan jumhur ulamak bahawa Khinzir itu najis mutawassitah pula, maka memadai dia membasuh pakaiannya seperti biasa membasuhnya daripada tahi, kencing dan sebagainya.

[nota: Sekalipun Imam an-Nawawi merupakan Imam besar dalam mazhab Syafi’i, beliau lebih cenderung pada pandangan jumhur ulamak bahawa khinzir bukanlah najis mughallazah. Lihat al-Majmu',jil. 4, m.s. 604]

Begitu juga dengan anjing, walaupun dia memilih pandangan mazhab Syafi’i, menurut pandangan mazhab Shafie, sentuhan biasa ketika sama-sama kering tidak perlu dibasuh tujuh kali termasuk sekali dengan tanah. Sayyid Sabiq pula berkata:

Mengenai bulu anjing, maka yang terkuat adalah suci. Dan tidak ada alasan mengatakannya najis. [Fiqh as-Sunnah, victorie agencies, jld.1, ms. 58]

Maka adalah tidak mengapa bagi gadis itu, apatah lagi dia mungkin bakal seorang doktor haiwan. Tidak mengapa menyentuh haiwan-haiwan tersebut kerana tiada larangan dalam Islam dari menyentuh haiwan-haiwan tersebut.

Wallahua’lam

Edry Faizal bin Eddy Yusuf @ alFaisal
Timbalan Amir 2, Institusi Usrah Cyberjaya,
wacko_ghetto@yahoo.com
+6013*******
http://demipena.blogspot.com